Ketua Modul Motivasi, Cik Solehah Abd Halim dari Kampus USM Induk mengetuai program hari tersebut.
Sesi taklimat modul sebelum program bermula |
Sesi perkenalan bersama barisan fasilitator |
Roket Impian! "Aku nak balik!" "Aku nak jadi anak soleh" "Aku nak jadi pengusaha padi berjaya!" "Aku nak kahwin" "Aku nak jadi angkasawan" "Aku nak jaga mak ayah" |
Alhamdulillah, program tamat pada jam 12.30 tengah hari.Pengalaman bersama mereka amatlah bermakna. Tada langsung kepayahan yang dirasa. Mudah mendengar kata. Itu antara maklum balas dari barisan fasilitator yang beraktiviti bersama mereka selama dua jam setengah.
Adik-adik STB juga sangat memberikan kerjasama penuh. Ada yang bertanya, "Bila lagi nak datang?", "Nanti aktiviti apa pulak?"
Insha ALLAH, sesi kedua dijadualkan pada 14 Mac 2015. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.