Friday, September 18, 2015

"... Aku bertatu, Aku jahat? ..."



Si A: "Cikgu, iman dia terbatal tak sebab ni?" (Sambil selak lengan baju kawannya dan tunjuk tatu)
Cikgu: "Tak terbatal selagi dia bertaubat"
Si A: "Tapi kami dah cakap banyak kali dah, dia nak buat jugak"
Kawan bertatu: Diam.. Diam.. dan Diam..
*** Setiap manusia melakukan kesalahan, dan setiap manusia itu juga berhak mendapat peluang kedua! ***
Skuad BuFFER terus berusaha untuk melaksanakan program motivasi bertujuan memberi semangat baru kepada penghuni-penghuni Sekolah Tunas Bakti.
Berminat menjadi sukarelawan?
Info lanjut: 0194223850


LASHKAR CINTA TURUN KE 'MEDAN PERANG'


16 Sept 2015 : Pemantauan oleh Skuad Lashkar Cinta pada malam Hari Malaysia.
Seperti yang diuar-uarkan, aktiviti 'Lashkar Cinta' adalah bersifat turun lapangan dengan tujuan kajian sosial, pemulihan dan kaunseling.
Perlunya untuk turun ke lapangan ialah untuk kita mengumpul info-info penting yang berkaitan dan membina hubungan dengan komuniti sasaran agar objektif dakwah kita untuk memperbaiki keadaan sosial setempat dapat terlaksana dengan baik.

Ini adalah laporan aktiviti pada malam 16 September.
Pada awal malam, hujan lebat dan angin kencang melanda beberapa tempat termasuk kawasan tinjauan yang dirancang. Alhamdulillah, hujan reda jam 10.30 dan membolehkan pantauan diteruskan.
Kami telah melaksanakan pemetaan dan aktiviti temu seru di 3 kawasan pantai iaitu, Pantai Bersih, Pantai Rubina dan Kuala Muda (Pulau Pinang). Hasil pemetaan dan pemerhatian di tempat-tempat ini, skuad kami memerhatikan beberapa kegiatan isu sosial di port-port berkenaan:



1) Pantai Bersih
- Port ini memang sentiasa 'happening' terutama pada malam hujung minggu dan cuti umum. Sejurus selepas hujan, kami mula mendengar deruman motosikal satu persatu masuk ke perkarangan Kawasan Rehat dan Rawat Pantai Bersih.
- Beberapa 'Mat Rempit' memulakan aksi sekitar jam 11 malam .
- Tidak kurang juga pasangan lelaki dan perempuan yang mula hadir dan mengambil tempat berdua-duaan di batuan-batuan pantai menikmati malam sampai menghirup udara jerebu (barangkali). Kami sempat bertemu seru, berbual dan menasihati beberapa pasangan dan menghadiahi mereka cenderahati bermesej nasihat.
- Port ini juga menjadi tumpuan keluarga yang bersantai sambil memancing. Kami bertemu dengan beberapa pemancing disini dan mengajak mereka turut serta dalam program - program Lashkar.
- Lebih kurang satu kilometer dari R&R Pantai Bersih, terdapat sebuah jeti yang baru dibina di kawasan Dewan Panorama. Tempat ini dan kawasan sekitar menjadi lokasi remaja dan belia melepak.



- Kesimpulannya pada malam ini, jumlah pengunjung Pantai Bersih dan aktiviti sosial disini tidak seramai ketika hujung minggu dan malam perayaan Ambang Merdeka. Mungkin disebabkan faktor cuaca.
2) Pantai Robina
- Kami tiba di kawasan pantai ini sekitar jam 12 malam. Di kawasam ini terdapat beberapa restoran yang menjadi tempat tumpuan utama disini. Namun, bersebelahan restoran, terdapat lorong sepanjang lebih kurang 500 meter sepanjang pantai. Kawasan ini gelap kerana tiada lampu jalan.
Dalam suasana gelap itu, kami meronda menaiki kereta. Hal yang dijangkakan benar, kami melihat beberapa kereta yang 'tersadai' ditengah-tengah kegelapan. Menurut rakan-rakan yang biasa di sini, kawasan ini merupakan hot spot bagi pasangan kekasih berduaan.
3) Kawasan Pantai Kuala Muda
- Kami meneruskan pemetaan ke Kuala Muda, kawasan pantai di sini cukup indah. Dari sini, dapat dilihat lampu-lampu yang menerangi pesisir pantai Batu Feringgi dan Teluk Bahang yang hampir bertentangan dengan Kuala Muda. Kawasan pantai disini juga mempunyai sifat unik iaitu ia akan muncul dan hilang mengikut peredaran musim. Ketika ini, hanya terdapat tembok baru yang curam tetapi tiga bulan lagi akan terbentuk pantai seluas dua padang bola sehingga menenggelamkan tembok batu ini. Kitaran ini akan berulang sepanjang tahun. Itulah antara keistimewaan pantai Kuala Muda.
- Tidak ada orang yang kami lihat berada di kawasan pantai melainkan dua orang penduduk setempat yang sedang berehat. Kami sempat berbual dengan mereka. Kami memutuskan untuk meronda dikawasan jeti di muara Sungai Muda yang memisahkan Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Kawasannya indah dengan pemandangan bot-bot nelaya yang tersusun.
- Namun, keindahan ini dicacatkan dengan peristiwa tidak kami jangka. Ketika sedang meronda melalui lorong kecil di pesisir pantai jauh ke dalam kawasan semak samun, kami terserempak sekumpulan pemuda bermotosikal di tengah-tengah kawasan semak ini. Pada mulanya kami menyangka mereka adalah pemancing ikan. Apabila semakin hampir, tidak pula kami lihat mereka memegang pancing. Apa yang ada adalah tiga batang lilin yang sedang dikelilingi oleh tiga kelompok belia. Jumlah mereka lebih kurang 15 orang. Kami tidak berhenti untuk bertemu seru kerana bimbang akan keselamatan kami. Apa yang sedang mereka lakukan ? Mungkin anda boleh fikir-fikirkan.
- Berdasarkan rekod berita dan temu bual dengan pihak berkuasa, kawasan ini memang telah di tanda sebagai salah satu kawasan aktif aktiviti penagihan dadah.
Kami menutup aktiviti malam ini dengan sesi diskusi. Skuad Lashkar Cinta telah menetapkan akam turun membuat pantauan seminggu sekali di sekitar kawasan-kawasan ini dan negeri-negeri lain. Kami juga merancang untuk melaksanakan kembali Bengkel LANDAS (Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial).

Sekian, laporan pemantauan dan temu seru oleh Skuad Lashkar Cinta.
"Sebarkan Cinta, Bukan Nafsu"
*Kejelasan gambar kurang memuaskan. Tidak banyak gambar yang diambil atas faktor-faktor halangan tertentu.
*Kami mengalu alukan sesiapa yang berminat menyertai group whatsapp Lashkar Cinta bolehlah respon di ruangan komen.
*Sumbangan untuk melancarkan lagi penubuhan Lashkar Cinta dengan perlaksanaan Bengkel LANDAS bolehlah dibuat ke akaun berikut.
CIMB : UNGGAS MALAYSIA 8600937558
*Perhubungan :
Afifaliza 0194223850
Zakiah 012546 4813
Amir 0137069509