Thursday, February 18, 2016

Sambutan GEMAR Malaysia di Indonesia

Untuk makluman umum, GEMAR Malaysia dimulakan di Indonesia oleh Teachers Working Group (TWG) pada tahun 2012. Acara utamanya adalah parade (perarakan). 

Tahun ini juga, TWG tetap istiqamah dalam sambutan GEMAR Malaysia yang disokong ribuan orang di Jakarta.







Sokongan dari sahabat Indonesia. (Saudari Lia Soendari)
Program Rihlah Dakwah Nasyiatul Aisyiyah Langkat, Medan Indonesia
Lokasi : Kecamatan P.Brandan
Agenda :-
---> Sosialisasi Mengenai Antisipasi Valentine day dan pentingnya menutup aurat
Games (membuat poster dengan potongan kertas origami)
---> Ramah mesra dengan pimpinan daerah Nasyiatul Aisyiyah Langkat
---> Aktiviti hasilkan poster tentang memelihara aurat (poster page gemar)
Sekaligus menunjukkan sokongan kepada Kempen Gerakan Menutup Aurat.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.




GEMAR 2016: 'Aurat Terja, Malaysia Sejahtera' @ Queensbay Mall, Penang.


Alhamdulilah, pada 14 Februari 2016 yang lepas, Skuad GEMAR Malaysia dari UNGGAS Malaysia turun ke lapangan bagi menjalankan kempen Gerakan Menutup Aurat.

Seramai 15 sukarelawan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ikatan Pekerja Malaysia dan Indonesi (IPMI) turut sama membantu dalam melaksanakan kempen ini.




Aktiviti bermula jam 5.00 pm dan berakhir pada 10.30pm. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen di Persisiran Pantai QB Mall, Penang ini ialah:

1) Sebaran flyers Menutup Aurat
2) Solidariti kempen dengan bergambar bersama poster GEMAR Malaysia
3) Edaran key chain, button badge dan pelekat cermin kereta percuma
4) Edaran air kotak percuma
5) Sesi soal jawab (questionare) bersama orang awam
6) Pameran poster
7) Edaran belon percuma kepada kanak-kanak



Sukarelawan menerangkan kepada orang awam mengenai GEMAR Malaysia




Persiapan pameran poster oleh sukarelawan dari IPMI

Sokongan dari Dr  Tanbira Alam (Bangladesh)
"...HIJAB is not for only women, but men also should wear HIJAB (lower your gaze)..."














Semoga usaha kita mendidik masyarakat mengenai kepentingann menutup aurat dapat diteruskan. Insha ALLAH. Sokongan anda semua juga diperlukan.

Like Page:
https://www.facebook.com/gemarmalaysiaofficial/ (GEMAR Malaysia)
https://www.facebook.com/MYUNGGAS/?ref=hl (UNGGAS Malaysia)


Kenapa GEMAR Malaysia membawa tema "Aurat Terjaga, Malaysia Sejahtera" tahun ini?


🌸

Perkembangan arus GLOBALISASI sangat dahsyat! Hal ini dibuktikan dengan wujudnya media sosial yang pelbagai fungsi, sedikit sebanyak menyumbang kepada isu gejala sosial remaja kita khususnya.

👫

Pergaulan bebas lelaki dan perempuan atau sinonim dengan istilah 'couple' sudah sampai ke tahap yang lebih 'daring'. Saling menghantar gambar bogel, berbalas mesej lucah dan seumpamanya. Ada juga yang menghasilkan video lucah tanpa rasa malu. 



Semua bahan ini akan dikongsi di whatsapp, telegram, tumblr, facebook, wechat dan pelbagai medium lagi. Tanpa mereka sedar bahawa gambar dan video tersebut pasti akan terus berada dialam maya sehingga berpuluh tahun. Lebih membimbangkan lagi, pasangan cinta songsang gay dan lesbian turut berkongsi gambar dan video tanpa malu. 

💋Semua ini menjurus kepada isu seks bebas, seterusnya mengandung anak luar nikah dan buang bayi.


Aurat tidak hanya terbatas kepada aspek luaran atau pakaian semata. Kita juga selalu mendengar cerita mereka yang bertudung dan menutup aurat pun, boleh terjebak ke lembah pergaulan bebas dan penzinaan. Kerana itu, menutup Aurat seharusnya difahami dengan prinsip asasnya iaitu kesederhanaan dan menjaga adab. 

Cukup dengan isu ini, sudah boleh membuatkan kita risau akan masa depan anak-anak remaja kita.

🏽
Justeru, GEMAR Malaysia kali ini cuba membawa tema ini sebagai usaha untuk mendidik masyarakat kita betapa pentingnya menjaga aurat agar negara kita aman dan selamat.



👳


AURAT bukan sahaja mematuhi etika pakaian yang ISLAM telah gariskan, tetapi juga berkait rapat dengan;

1) Lelaki perlu menjaga pandangan
2) Perempuan seharusnya bijak untuk memelihara kehormatan diri
3) Menjaga adab dan tatasusila

Ianya perlu diaplikasikan secara seiring agar kita menjadi muslim yang sejati. Insha ALLAH.

🐦
Di bawakan kepada anda oleh
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)

#Ingat14febingatGEMARMalaysia
#SayasokongGEMARMalaysia