Thursday, April 14, 2016

Siri 1: ROADSHOW SELAMATKAN ZURIAT KITA @ Masjid Abdullah Fahim

Alhamdulillah, program Selamatkan Zuriat Kita sebentar tadi, dari jam 8pg-1ptg berjalan lancar.
Program ini adalah kerjasama Jabatan Mufti Pulau Pinang, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH Malaysia) dan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia).
Seramai 160 pelajar (tingkatan 1-5) dari sekolah-sekolah sekitar Kepala Batas yang hadir. Antara tujuan program ini, memberi pendedahan kepada mereka mengenai isu-isu gejala sosial yang patut dihindari.
Diharapkan agar program ini dapat menjadikan mereka sebagai remaja yang kukuh jati diri untuk mendepani pelbagai cabaran.
----------
Insha Allah, program Selamatkan Zuriat Kita akan diteruskan melalui program-program roadshow di Pulau Pinang (merangkumi daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah)
Tarikh akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.




Misi 04: KISAH TONTO KEBAL, VAGABOND DAN LOKASI HIDU GAM

Laporan Outreach
Lashkar Cinta.
1 April 2016. Georgetown.


KISAH TONTO KEBAL, VAGABOND DAN LOKASI HIDU GAM
Alhamdulillah. Kali ini kami berkesempatan lagi untuk turun kelapangan. Outreach bermula lewat dari biasa, jam 9.30 kami mula masuk ke lokasi biasa di Komtar, Prangin Mall dan 1st Avenue. Sesuatu yang luar jangka kami dapat lihat.

Selepas perbincangan dengan Team Lashkar Cinta, kami telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan hebahan media tentang 'pusat hiburan keluarga' yang sebenarnya menjadi pusat judi dengan mesin slot, tembak ikan dan lain-lain (baca laporan Lashkar Cinta yang lepas untuk mengetahui lebih lanjut). 

Oleh itu, kami bercadang membawa wartawan media untuk turun sama Outreach pada kali ini. Namun apa yang kami lihat, kebanyakan pusat 'judi' ini lengang. Hanya beberapa pelanggan yang kelihatan. Kami tidak masuk, hanya memerhati dari pintu. Rupa rupanya, semua mesin2 slot judi telah dicabut di semua premis terbabit. Hanya ada mesin tembak ikan sahaja. Kami tidak pasti, game tembak ikan ini masih lagi dimain dengan taruhan wang tunai atau tidak. Kami tidak tunggu lama disitu kerana ada mata-mata yang asik memandang...

Mungkin, ada TONTO yang membaca page UNGGAS. Mungkin juga pihak berkuasa ada membaca laporan kami yang lepas. Baguslah, ada juga peminat yang membaca. Walau dalam kehairanan atas apa yang terjadi, kami mengucapkan syukur. Namun kami masih ragu2 adakah ini hanya bersifat sementara atau premis-premis ini akan kembali aktif dengan judi dalam masa beberapa minggu.

Jam 10 malam, ketiga-tiga bangunan ini akan ditutup, hanya panggung wayang sahaja yang beroperasi. Kami memutuskan untuk meninjau di sekitar kawasan luar bangunan tiga serangkai ini.




Warga Vagabonds (gelandangan) jelas menguasai 'scene'. Sejak jam 9.30 malam lagi, kami sudah perasan mereka berkumpul disekitar Maybank. Seperti biasa, setiap hari akan ada NGO yang akan mengedarkan makanan untuk mereka. Hari ini (Jumaat) agak special. Kami memutuskan untuk duduk melepak bersama beberapa vagabond sambil berkongsi-kongsi telatah dan cerita. Terlalu banyak cerita-cerita mereka jika mahu di kongsikan disini. Mungkin kami akan kongsikan kemudian.

Apa yang menarik, sepanjang berada di stesen bas komtar. Ada 4 buah kumpulan NGO dan orang persendirian yang tiba mengedarkan makanan. Ada roti, nasi dan kuih. Wah, mewah sungguh rakan gelandangan kita pada malam Jumaat rupanya. Hampir semua gelandangan mengambil kesemua makanan yang diberi, mereka simpan dalam plastik. Harap2 ia dimakan sebelum basi. Jika tidak, maka ia menjadi suatu pembaziran yang nyata.

Dalam jam 11.30 malam, sedang kami melepak di sekitar KOMTAR, kami lihat seorang remaja yang meragukan. Ditangannya ada topi (cap). Dia beberapa kali mencium topinya itu, dengan cara menangkupkan topi ke hidung. Perilaku begini biasa kami lihat. Kami terus memerhati dengan dekat.

Sah jangkaan kami, remaja ini sedang hidu gam. Gam diisikan dalam plastik minuman, kemudian disorok dalam topi. Jika gian, mereka akan tangkupkan topi ke hidung.

Kami memandang remaja ini dengan penuh kasihan. Kesan menghidu gam, boleh menyebabkan seseorang hilang akal. Banyak kes2 yang sebegini berlaku.

Kami menyoal siasat dengan lebih lanjut dengan rakan gelandangan kami. Nah, rupanya ada port hidu gam yang biasa jadi tempat lepak budak-budak ini. Lokasinya disekitar Lebuh Chulia. Kami tidak sempat untuk meninjau lokasi terbabit kerana jam telah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Kami perlu bergerak kerana ada janji untuk bertemu dengan seorang brother yang bertugas sebagai anggota polis. Brother ini, kawan satu sekolah kami dulu...

Kami menceritakan tentang pusat judi terbabit kepada beliau dan bertanya mengapa premis2 seperti ini berkembang pesat dan seolah-olah kebal. Bro polis terbabit tidak dapat memberikan jawapan melainkan memberitahu, 'biasanya tempat2 begini ada tangan2 ghaib yang control'... Wallahu aklam. Jika benar, amat malang sekali.

InsyaAllah pada minggu seterusnya, kami akan membuat pemantauan di Lebuh Chulia dan pusat judi berkenaan.
Dilaporkan oleh;
Bro Amir
------------------------------
Anda prihatin terhadap isu ini, silalah like dan kongsian kisah ini.
Kami mengalu-alukan penyertaan anda dalam Lashkar Cinta. Anda juga boleh menyumbang ke akaun UNGGAS untuk membantu kami melaksanakan lebih banyak lagi program kemasyarakatan dan dakwah.
CIMB ISLAMIC 8600937558
PERTUBUHAN MENANGANI GEJALA SOSIAL MALAYSIA.
Terima Kasih.

Projek IQRA' @ STB

[Sukarelawan Guru Mengaji DIPERLUKAN]

Agak-agak di mana ni?
Pelajar semua berjubah coklat,
Kepala pula kemas berlilit serban...
Alhamdulillah. Inilah adik-adik Sekolah Tunas Bakti , Teluk Air Tawar, Butterworth (sebuah sekolah juvana). Baru minggu lepas mereka rasmikan baju baru.
Peraturan baru, mereka diwajibkan memakai serban dan jubah semasa solat Subuh, Maghrib dan Isyak.
Kata Pegawai Hal Ehwal Pelajar,
"..Mereka lilit sendiri serban, tak ada sesiapa pun yang ajarkan. Hasilnya, macam-macam fesyen la. Ada ekor di tepi, bunjut atas kepala..". Insha Allah, mudah-mudahan lembut hati mereka, tempias pakaian sunnah yang disarungkan.

Masih ingat posting UNGGAS Malaysia mengenai seorang penghuni yang tidak pandai membaca ' Alif Ba Ta'? Kerana ini, kita perlu bertindak supaya mereka pandai mengaji..!
Sukarelawan lelaki diperlukan...! Kita akan tubuhkan team khas untuk membantu adik-adik STB belajar mengaji pada setiap hari Rabu (Selepas Isyak).
------------

SUKARELAWAN DIPERLUKAN
Sesiapa yang berkelapangan, dan ingin membantu mereka, boleh hubungi:
016-4846956 (Azizi)
019-4223850 (Afifa)
Bantuan kecil ini, amat bermakna untuk adik-adik STB.
Program ini ialah kerjasama antara UNGGAS Malaysia dan The Fateh Consultant.
Bagi yang ingin memnyumbang untuk melancarkan lagi program ini, boleh sumbangkan ke akaun Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (CIMB Islamic Bank) : 8600937558.