Thursday, September 30, 2010

Pelajar Tingkatan 1 dakwa diliwat

Pelajar Tingkatan Satu dakwa diliwat
Oleh Haika Khazi

2010/09/30
Senior peluk, cium serta paksa mangsa buka baju

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang seniornya dari Tingkatan Empat, pada 20 September lalu. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa berada seorang diri di bilik muzik sekolah, pada jam 10 malam. Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan didatangi seorang pelajar lelaki tidak dikenali berusia 16 tahun seperti dirasuk sesuatu terus memeluk dan mencium pipinya dari arah belakang.

Katanya, mangsa yang panik dan tergamam kemudian dipaksa membuka pakaiannya, sebelum diliwat. Pada mulanya, mangsa mengambil keputusan tidak mahu mengadu insiden berkenaan kepada pihak sekolah dan polis kerana terlalu takut dan malu sekiranya kejadian terbabit diketahui pelajar lain.

Bagaimanapun, mangsa berasa geram dan marah kerana diperlakukan sedemikian oleh pelajar senior, dan kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian terbabit kepada seorang guru lelaki dan ibunya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya, jam 2 petang, kelmarin, katanya.

Difahamkan, mangsa turut ditemani seorang guru pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Sumber itu berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan mangsa dan suspek kelmarin bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari sama selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP), Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan kes liwat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii tanpa kerelaan mangsa.

Thursday, September 16, 2010

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.

sumber : Malaysiakini/bm (Bernama)

Thursday, September 2, 2010

Komuniti GAY dah MELAMPAUI BATASNYA

Apabila paderi homoseksual tunggal Malaysia mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan gereja 'gay' atau 'sesama jenis lelaki' yang pertama di negara ini, beliau dihujani pelbagai kritikan dan bidasan.

Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.



Menurut laporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.

Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.

"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi,” katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.

"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'.”

Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka “tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.”

sumber : malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/141719)

UNGGAS mengutuk sekerasnya komuniti GAY yang bertapak di Malaysia. hal ini kerana secara perundangan kita sedia maklum adalah terkait dalam jenayah. dari sisi nilai ketimuran pula, sangat tidak bersesuaian dengan budaya setempat di Malaysia. UNGGAS menyeru masyarakat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama, mengutuk usaha oleh segelintir pihak yang cuba menyuburkan budaya sonsang ini di Malaysia.

Siaran Akhbar UNGGAS

Kenyataan Akhbar

Di Malaysia rakyat pada umumnya merasa bersyukur kerana kesejahteraan dan nasib mereka umumnya lebih baik berbanding negara umat Islam lainnya. Namun apabila dilihat dengan lebih mendalam, apa yang sebenarnya perlu ditekankan di sini ialah perlunya masyarakat memahami kemerdekaan dalam konteks yang luas dan bukan hanya bermakna bebasnya sesuatu bangsa daripada penjajahan kuasa asing sahaja.

Terdapat kecenderungan masyarakat, atau lebih tepat lagi golongan muda, hari ini yang tidak memahami erti kemerdekaan sebenar. Mereka kemudian meletakkan beban memperjuangkan nasib negara ini di bahu hanya segelintir orang sahaja. Malahan dalam banyak laporan dimedia cetak dan elektronik, Malam Merdeka dianggap oleh muda-mudi kita tidak lebih daripada sebuah pesta bagi mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Andai tidak dibendung ,percaya lah dalam tahun, hari dan masa yang akan datang nescaya nilai kemerdekaan itu hanya keseronokan bermandi percikan mercun, dan malam peragaan siapa lebih ‘daring’ semata-mata bagi anak muda kita yang diharap-harapkan dapat menyambung hayat bangsa Malaysia. Ini menunjukkan semangat patriotisme semakin terhakis. Ia juga menunjukkan bahawa semangat hedonisma dan materialisme jauh lebih besar daripada kecintaan terhadap tanah air.

Penyakit suka berpesta tanpa erti ini juga sudah terjangkit kepada 3 tarikh perayaan yang dominan menyumbang kepada permasalahan sosial iaitu 14 februari, 31 ogos dan 1 jamuari. Justeru itu Ops Sayangi Remaja telah digerakkan sejak 2 tahun lepas oleh UNGGAS dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang untuk turun ke lapangan dan berdepan secara lansung dengan anak muda ini pada malam-malam perayaan tersebut.
Malam kemerdekaan kali ini, operasi menasihat dan kaunseling (bukan penguatkuasaan) telah melibatkan 100 sukarelawan di Queensbay dan 200 sukarelawan di RnR BORR Pantai Bersih. Operasi kali ini melibatkan aktiviti pengedaran risalah untuk ibubapa iaitu Risalah Dimana Anak Anda Menjelang 12 Tengah Malam, dan risalah untuk remaja iaitu risalah Jauhi Zina. Turut diadakan adalah tayangan wayang pacak video-video kesedaran dan ceramah dan juga sesi kaunseling khusus. Penemuan-penemuan berkaitan permasalahan sosial kali ini tidak jauh bezanya dengan malam kemerdekaan tahun-tahun sudah. Pasangan kekasih bercengkerama, remaja di bawah umur keluar lewat malam, kumpulan-kumpulan subculture seperti Punk, Gothcik, Mat Rempit dan Skinhead menunjukkan citra warna mereka yang masih terjajah. Tidak terlepas kanak-kanak berbasikal beragam yang merempit cara mereka. Turut ditemui botol-botol alkhohol yang bertaburan di sepanjang Pantai Bersih dan Pantai Queensbay. Kemuliaan bulan Ramadhan pada tahun ini telah dicemari dengan teruk apabila terdapat sebuah ‘funfare’ yang beroperasi di Queensbay dangan hiburan yang tidak sesuai dengan semangat Ramadhan.

Justeru, Urusetian Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), Jawatankuasa Generasi Pewaris Majlis Agama Islam P.Pinang dan NGO Muslim dengan ini memberi solusi bahawa:

a) Budaya menyambut detik kemerdekaan ala pesta pada 12 tengah malam oleh kerajaan mahupun individu dihentikan kerana Tunku Abdul Rahman sendiri menyambut Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Ini kerana sudah terbukti, terlalu banyak kerosakan yang berlaku pada pesta waktu malam berbanding sambutan pada waktu pagi yang lebih patriotik.

b) Pihak-pihak berkuasa bertindak lebih proaktif khususnya malam kemerdekaan dengan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pesalah moral dan juga mereka yang melanggar peraturan .

c) Ibu bapa harus memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak selepas jam 12 tengah malam.

d) Masyarakat perlu lebih sensitif dan peka dengan permasalahan sosial di tempat masing-masing.

Dengan ini UNGGAS dan NGO-NGO Islam melancarkan Majlis Tindakan Gejala Sosial Penang (TEGAS). Majlis ini akan bertindak sebagai badan yang akan memantau permasalahan sosial peringkat negeri Pulau Pinang.




Nurfitri Amir Muhammad
Koordinator

Wednesday, September 1, 2010

Cara remaja rai merdeka ditegur

GEORGETOWN - Sambutan menyambut detik 12 malam sempena meraikan Hari Kemerdekaan negara yang ke 53 di sini dicemari dengan pelbagai aksi liar remaja yang membimbangkan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan tumpuan sekitar negeri ini mendapati golongan remaja tanpa segan silu duduk berdua-duaan di pesisiran pantai Queensbay dan persiaran Gurney.

Walaupun umat Islam masih lagi berada dalam bulan Ramadan, terdapat juga remaja perempuan yang memperagakan pakaian menyolok mata selain ada beberapa kumpulan yang tanpa segan silu menunggang arak beramai-ramai.

Sinar Harian juga berkesempatan menyertai Operasi Kasih Sayang Remaja Malam Merdeka anjuran Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Pulau Pinang yang bertujuan membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu menghimpunkan 400 ahli sukarela dari 12 badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap masalah sosial remaja terutama kegiatan maksiat.

Pengerusi Unggas, Mohd Nizam Mahshar berkata, dalam operasi semalam, pihaknya menyasarkan dua lokasi utama iaitu sekitar kawasan pantai Queensbay dan Pantai Bersih, Bagan Ajam yang dijadikan ‘port’ remaja melepak sementara menunggu detik jam 12 malam.

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan sehingga jam 4 pagi semalam, lebih 5,000 remaja ditemui berpelesiran di sekitar kawasan Queensbay dan Pantai Bersih serta mendapati lebih 100 pasangan yang bukan muhrim duduk berduaan sambil melakukan perbuatan yang tidak senonoh.

“Kita mendapati keramaian seperti ini terutamanya pada malam merdeka, malam tahun baru dan sambutan hari kekasih mengundang pelbagai kegiatan sosial yang serius.

“Kita mengambil pendekatan turun padang ke port-port sosial dan memberi nasihat serta kaunseling kepada mereka agar dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perbuatan maksiat kerana pada masa kini gejala tersebut semakin berleluasa termasuk pembuangan bayi,” katanya pada sidang media, semalam.

Nizam berkata, dalam operasi yang diadakan semalam, mereka juga mengedarkan 10,000 risalah mengenai bahayanya perbuatan maksiat serta kesannya terhadap kehidupan seharian remaja.

“Kita edarkan risalah ini di beberapa tempat seperti bazar Ramadan, masjid dan beberapa lagi kawasan tumpuan. Dalam risalah berkenaan menceritakan mengenai masalah yang mungkin berlaku sekiranya anak-anak tidak pulang pada waktu malam.

“Kita berharap dengan pendekatan melalui risalah ini, ibu bapa akan lebih prihatin dan sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi semalam, Nizam berkata, pihaknya telah mendekati lebih 500 kes yang melibatkan remaja semasa meraikan sambutan malam kemerdekaan.

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan mendapati remaja tanpa berasa takut melakukan kesalahan jenayah seperti merempit, pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan gam.

Selain itu, ada remaja yang didapati meraikan merdeka dengan meminum minuman keras.

Nizam berkata, selepas pemantauan dan nasihat diberikan, pihaknya mengenal pasti lebih 50 orang remaja bermasalah kritikal dan membawa mereka untuk diberikan khidmat kaunseling oleh lapan kaunselor yang diundang khas dalam operasi tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story8129217.asp (sinar harian online)

OPS SAYANGI REMAJA
























Alhamdulillah Ops Sayangi Remaja 31 Ogos beru-baru ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan. tahun ini Urusetia Menangani Gejala Sosial Penang (UNGGAS) telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Unit Amal dan NGOs Muslim Pulau Pinang.

seramai 350 orang peserta mengambil bahagian dalam operasi pada kali ini. Ops kali ini berlansung di dua tempat berbeza. kawasan operasi pertama adalah di RnR Pantai Bersih Seberang Perai seramai 250 orang dan tempat ops kedua di Queensbay sebelah pulau seramai 100 peserta.

antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Ops Sayangi Remaja berlansung adalah, peserta turun mendekati mad'u, wayang pacak dan Klinik Kaunseling.

operasi diawali dengan majlis berbuka puasa, tarawikh berjemaah seterusnya taklimat dari para urusetia kemudian tepat pukul 12am peserta dilepaskan. program Ops Sayangi Remaja berakhir pada pukul 3.30am.