Thursday, September 2, 2010

Siaran Akhbar UNGGAS

Kenyataan Akhbar

Di Malaysia rakyat pada umumnya merasa bersyukur kerana kesejahteraan dan nasib mereka umumnya lebih baik berbanding negara umat Islam lainnya. Namun apabila dilihat dengan lebih mendalam, apa yang sebenarnya perlu ditekankan di sini ialah perlunya masyarakat memahami kemerdekaan dalam konteks yang luas dan bukan hanya bermakna bebasnya sesuatu bangsa daripada penjajahan kuasa asing sahaja.

Terdapat kecenderungan masyarakat, atau lebih tepat lagi golongan muda, hari ini yang tidak memahami erti kemerdekaan sebenar. Mereka kemudian meletakkan beban memperjuangkan nasib negara ini di bahu hanya segelintir orang sahaja. Malahan dalam banyak laporan dimedia cetak dan elektronik, Malam Merdeka dianggap oleh muda-mudi kita tidak lebih daripada sebuah pesta bagi mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral. Andai tidak dibendung ,percaya lah dalam tahun, hari dan masa yang akan datang nescaya nilai kemerdekaan itu hanya keseronokan bermandi percikan mercun, dan malam peragaan siapa lebih ‘daring’ semata-mata bagi anak muda kita yang diharap-harapkan dapat menyambung hayat bangsa Malaysia. Ini menunjukkan semangat patriotisme semakin terhakis. Ia juga menunjukkan bahawa semangat hedonisma dan materialisme jauh lebih besar daripada kecintaan terhadap tanah air.

Penyakit suka berpesta tanpa erti ini juga sudah terjangkit kepada 3 tarikh perayaan yang dominan menyumbang kepada permasalahan sosial iaitu 14 februari, 31 ogos dan 1 jamuari. Justeru itu Ops Sayangi Remaja telah digerakkan sejak 2 tahun lepas oleh UNGGAS dan NGO-NGO Islam Pulau Pinang untuk turun ke lapangan dan berdepan secara lansung dengan anak muda ini pada malam-malam perayaan tersebut.
Malam kemerdekaan kali ini, operasi menasihat dan kaunseling (bukan penguatkuasaan) telah melibatkan 100 sukarelawan di Queensbay dan 200 sukarelawan di RnR BORR Pantai Bersih. Operasi kali ini melibatkan aktiviti pengedaran risalah untuk ibubapa iaitu Risalah Dimana Anak Anda Menjelang 12 Tengah Malam, dan risalah untuk remaja iaitu risalah Jauhi Zina. Turut diadakan adalah tayangan wayang pacak video-video kesedaran dan ceramah dan juga sesi kaunseling khusus. Penemuan-penemuan berkaitan permasalahan sosial kali ini tidak jauh bezanya dengan malam kemerdekaan tahun-tahun sudah. Pasangan kekasih bercengkerama, remaja di bawah umur keluar lewat malam, kumpulan-kumpulan subculture seperti Punk, Gothcik, Mat Rempit dan Skinhead menunjukkan citra warna mereka yang masih terjajah. Tidak terlepas kanak-kanak berbasikal beragam yang merempit cara mereka. Turut ditemui botol-botol alkhohol yang bertaburan di sepanjang Pantai Bersih dan Pantai Queensbay. Kemuliaan bulan Ramadhan pada tahun ini telah dicemari dengan teruk apabila terdapat sebuah ‘funfare’ yang beroperasi di Queensbay dangan hiburan yang tidak sesuai dengan semangat Ramadhan.

Justeru, Urusetian Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), Jawatankuasa Generasi Pewaris Majlis Agama Islam P.Pinang dan NGO Muslim dengan ini memberi solusi bahawa:

a) Budaya menyambut detik kemerdekaan ala pesta pada 12 tengah malam oleh kerajaan mahupun individu dihentikan kerana Tunku Abdul Rahman sendiri menyambut Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Ini kerana sudah terbukti, terlalu banyak kerosakan yang berlaku pada pesta waktu malam berbanding sambutan pada waktu pagi yang lebih patriotik.

b) Pihak-pihak berkuasa bertindak lebih proaktif khususnya malam kemerdekaan dengan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pesalah moral dan juga mereka yang melanggar peraturan .

c) Ibu bapa harus memberi perhatian kepada pergerakan anak-anak selepas jam 12 tengah malam.

d) Masyarakat perlu lebih sensitif dan peka dengan permasalahan sosial di tempat masing-masing.

Dengan ini UNGGAS dan NGO-NGO Islam melancarkan Majlis Tindakan Gejala Sosial Penang (TEGAS). Majlis ini akan bertindak sebagai badan yang akan memantau permasalahan sosial peringkat negeri Pulau Pinang.




Nurfitri Amir Muhammad
Koordinator

No comments:

Post a Comment