Para peserta diberi kefahaman tentang kategori permasalahan sosial dari perspektif UNGGAS. UNGGAS mengamil masa setengah hari (3 jam) untuk membina perspektif kepada peserta Akademi Dakwah berkaitan permasalahan Sosial.
setelah itu, peserta di bawa turun ke lapangan untuk melihat sendiri senario semasa yang disampaikan secara teori. peserta diberi peluang untuk melihat sendiri dan membuat perbandingan dengan pendedahan yang UNGGAS diberikan secara ketika sesi perbincangan.
peserta telah di bawa ke Pusat membeli belah Summit Bukit Mertajam dan Megamall Seberang Perai. sebelah malam pula, peserta telah di bawa ke Pantai Bersih berhampiran dengan Tol Butterworth Outer Ring Road (BORR). kawasan ini merupakan antara kawasan tumpuan utama golongan muda dan keluarga di Pulau Pinang. perlabagi permasalahn yang dapat dilihat secara lansung disini. contohnya pergaulan bebas, lepak, sub budaya, remp-it, hiburan melampau dll. selain itu peserta juga didedahkan kaedah yang UNGGAS gunakan untuk mendidik golongan disana. pendekatan tersebut adalah dengan mengadakan tayangan pacak. video-video nasihat yang dihasilkan sendiri oleh UNGGAS dengan kerjasama KOSUKE dipertontonkan kepada umum.
berikut sedikit gambaran semasa program UNGGAS bersama peserta Akademi Dakwah II.
Antara dapatan dari peserta Akademi Dakwah selepas turun d i lapangan. maklumat yang mereka perolehi telah menghasilkan 3 laporan lengkap berkaitan kajian lapangan mereka selama 1 hari 1 malam di sekitar Pulau Pinang.
Peserta AD meluangkan masa petang mereka untuk beriadah bersama kanak-kanak Serambi Dakwah (kanak-kanak dari kampung berdekatan dengan pejabat Serambi Dakwah)
Peserta wanita sedang menyiapkan bahan edaran (phamplet) untuk diagihkan kepada pengunjung Pantai Bersih (BORR). bahan ini dijadikan kaedah untuk mendekati golongan remaja di kawasan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes.
"Pihak polis memandang serius kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terbabit adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat hari ini.
Jumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1,441 kes.
Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula, Hishammuddin berkata sehingga 31 Julai lalu jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang.