Friday, July 22, 2011

HELAH SIAP TUGASAN PERANGKAP DIRI

Alor Setar- sepasang kekasih yang memberi alasan hendak menyiapkan tugasan kolej di sebuah hotel akhirnya terperangkap dengan helah berkenaan.
Alasan yang diberikanitu tidak berjaya menyelamatkan diri mereka daripada ditahan Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
Pasangan kekasih yang mendakwa baru sahaja mendaftar masuk hotel itu ditahan pada serbuan yang dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi bagi menjalankan siasatan lanjut.
Ketua Operasi JHEAIK, Md Nasir Md Dali berkata, setelah pemeriksaan dijalankan mendapati pasasangan itu menginap di hotel berkenaan selama dua malam.

Menurutnya, pasangan berusia 20-an itu itu berasal dari Alor Setar dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan pejabat agama bagi menjalankan siasatan sebelum dibebas dengan jaminnan RM 1000.
“Kedua-dua mereka yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 9(1)(2) Enekmen Kanun JenayahSyariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai.”
“sekiranya disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM 2000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.”
Md Nasir berkata, serbuan yang dilakukan itu adalah hasil daripada Operasi Bersepadu Gejala Sosial yang dijalankan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama JHEAIK, polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Beliau berkata, selain pasangan itu, serbuan maksiat yang dijalankan turut menahan 12 orang berusia antara 20-an hingga 40-an yang turut disiasat mengikut seksyen sama.
“Pada tangkapan itu, kita turut menahan empat wanita warga Indonesia di rumah sewa yang terletak di Jalan Tun Razak.’
“Mereka ditahan kerana mendapati berkurung bersama seorang lelaki tempatan di rumah itu,”katanya.
*Sumber:- Sinar Harian, Isnin, 18 Julai 2011.

Ps/: Awasilah setiap perilaku anak-anak agar tidak terjerumus ke kancah hina.

No comments:

Post a Comment