PROGRAM DISCOVERY RAMADHAN
Seperti Tahun sebelumnya Pihak Unggas turun kelapangan sekali lagi membawa peserta-peserta yang berminat untuk menyelami kehidupan gelandangan di Sekitar George Town Penang. Mereka didedahkan dengan realiti kehidupan di Kota Kapitalis dan masalah yang membelenggu mereka.
Kali ini setelah membentangkan Kertas Cadangan pusat Perlindungan warga Jalanan [PEWAJA], Pihak JKM, MPPP dan PUZ meminta UNGGAS menjalankan satu saringan bagi membentuk 1 DATABASE yang menyenaraikan maklumat golongan Gelandangan di sekitar George Town.
Secara kasarnya lebih kurang 100 lebih golongan fakir miskin dan homeless mendaftarkan maklumat diri mereka kepada sukarelawan Unggasdan Kupon bantuan diberikan kepada mereka untuk ditebus pada 3 Ogos nanti pada Program Dicovery Ramadhan
Katil di Kaki Lima |
Hanya mampu tidur untuk menahan lapar, Sementara menunggu waktu berbuka. |
Pak Cik Ramli yang mengalami penyakit Hati bengkak dan jangkitan Peparu memerlukan sedikit bantuan wang bagi menjalani rawatan di Hospital Kepala Batas, beliau mendengar pada bulan Ramadhan Bantuan Zakat diberikan di Masjid Kapitan dan beliau datang meminta simpati. Kami akan cuba mendaftarkan Pak cik masuk ke senarai mereka yang menrima bantuan Zakat bagi meringankan Beban. |
Golongan Pelarian dari Rohingnya yang meminta Sedekah di hadapan Masjid Kapitan. |
Bukti KAD UNHCR [The UNITED NATION REFUGEE AGENCY] yang dibawa oleh pelarian dari Rohingnya. Database mereka dikumpul oleh kami bagi membolehkan mereka menumpang di sebuah Pusat perlindungan Warga Jalanan yang bakal dibina kelak. Sukarelawan Kami Meneruskan Pendaftaran di Malam hari di Chulia Street untuk bertemu golongan Penarik beca yang tidak berumah di sana. Suasana hening Senja Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Penang Sifatnya yang Pemurah memberi makanan bubur lambuk, moreh dan Zakat menyebabkan ia menjadi 'Main Attraction' bagi Fakir miskin, warga jalanan, Pelarian dan Pengemis untuk berkampung di sini bagi mencari 'Rezeki Ramadhan' |