Monday, October 20, 2014
UNGGAS KL bersama mereka
Kelas Matematik di STB
STB Kini:
Sebelum masuk tajuk Plan and Elevation (Pelan dan Dongakan), cikgu nak pastikan mereka kenal bentuk-bentuk terlebih dahulu. Segitiga, Piramid, Segi empat tepat, Segi empat sama, dan Silinder.
Semangat mereka melukis bentuk-bentuk mengikut arah pandangan berlainan. Kata cikgu, "Tajuk ni pelajar lelaki senang nak score sebab imaginasi lelaki tepat".
Meon menyahut: " Tapi, apa motif depa reka soalan ni cikgu"?. Cikgu hanya mampu membalas dengan ketawa kecil.
Alhamdulillah. Walaupun bukan semua yang memberi kerjasama, tak menjejaskan sesi pembelajaran tadi.
Insha Allah, esok pagi (8.30pg-11.00pg), kelas tambahan Matematik akan dijalankan.
Counting down: SPM
Saturday, October 11, 2014
Program Gelandangan" bersama RKMUSM dan PPMUSM
"Voluntarism With Consciousness (Kesukarelawanan dengan kesedaran)"
Sekitar turun lapangan: 10 oKTOBER 2014 (Jumaat)
Kelas Pendidikan Islam di STB
STB kini:
Minggu lepas kelas Matematik, jam 11.00pg-1.00t.hari. Disambung pula dengan kelas Pendidikan Islam dari jam 2.00ptg-4.00ptg.
Selepas makan tengahari dan solat, pegawai STB menggunakan mikrofon dalam surau, umumkan kelas Pendidikan Islam akan disambung.
Ada yang datang dengan muka mencuka, ada yang bersahaja, dan ada yang berwajah gembira. Riak muka mereka sememangnya terserlah tanpa sembunyi.
Teringat perbualan antara guru Pendidikan Islam dan salah seorang penghuni yang suka dipanggil gelaran "Meon".
Meon: "Cikgu, saya terus terang cikgu, saya tak ikhlas ni masuk kelas ni. Saya terpaksa ni cikgu"
Cikgu: Sambil tersenyum.. "Insha Allah, ikhlas tu pasti ada dalam hatimu kelak"(Detik dalam hati)
Kelas lepas, guru Pendidikan Islam memberi pengisian mengenai memperbaiki niat. Masing-masing terdiam, kusyuk mendengar setiap butir kata guru.
Insha Allah, esok kelas Pendidikan Islam SPM akan bermula pada jam 11.00pg-1.00t.hari.
*** Counting down: Setengah bulan dari sekarang.
Monday, October 6, 2014
Pesta Arak Terbesar Di Dunia ? UNGGAS Malaysia Gesa Masyarakat Zahirkan Bantahan Dengan Jelas
KENYATAAN BERTINDAK.
Pesta Arak Terbesar Di Dunia ? UNGGAS Malaysia Bantah dan Gesa Seluruh Masyarakat Yang Prihatin Untuk Menzahirkan Bantahan Dengan Jelas.
Kami merujuk kepada acara Oktoberfest yang telah mula dilaksanakan secara kecil-kecilan bermula 24 Sept dan acara kemuncak 'outdoor'nya pada 10-12 Oktober di Pasaraya 1 Utama, Petaling Jaya. Penaja utama acara ini menurut laporan media adalah Carlsberg Malaysia.
Sejak dahulu lagi kami membantah keras sebarang acara yang mempromosikan amalan memunim arak atas dasar yang jelas bahawa ia bukan sahaja salah dari segi syarak bagi umat Islam dan juga agama-agama lain yang tidak suka umatya mabuk. Bahkan sangat terang lagi bersuluh ia membawa banyak implikasi sosial dan kesihatan yang buruk yang tidak perlu dijelaskan lagi disini. Terdapat beribu-ribu kajian yang telah dijalankan menunjukkan akibat buruk daripada amalan meminum arak.
Dengan cuma beberapa hari sahaja lagi acara besar-besaran Oktoberfest akan berlangsung. Kami menyeru agar semua warga Malaysia yang prihatin agar dengan tegas bertindak menyatakan bantahan secara individu atau berkumpulan.
Kami menyeru masyarakat yang prihatin agar membajiri media sosial dengan kempen anti pesta arak. Kami menyeru masjid-masjid, rumah-rumah ibadat, sekolah-sekolah, serta premis-premis utama mempamerkan kain-kain rentang membantah acara ini dan pertubuhan-pertubuhan awam agar memulakan kempen bahaya arak secara tegas. Kumpulkan aktivis-aktivis sosial, kesihatan dan moral dan turunlah ke lapangan ke pasar-pasar raya dan tempat-tempat awam seluruh Malaysia untuk memberi penerangan dan berkempen tentang bahaya arak dan kenapa pesta arak di tempat tumpuan awam perlu dibantah.
Walaupun akhirnya nanti jika pesta kemuncak Oktoberfest ini tetap dilaksanakan, kita telah menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa kita, rakyat Malaysia yang prihatin, tidak redho dengan pesta maksiat ini.
Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada generasi kita dimasa hadapan.
Fitri Amir
UNGGAS Malaysia
6 Oktober 2014
https://www.facebook.com/pages/Urusetia-Menangani-Gejala-Sosial-UNGGAS