Wednesday, November 11, 2015

Membina Generasi Berilmu..!

Membina Generasi Berilmu!
Persoalan melahirkan Generasi Berilmu yang bakal menjadi pemimpin masa datang, tidak kira sebagai ketua keluarga, masyarakat mahupun negara bukanlah seharusnya bijak membaca!
Bijak membaca yakni berlatarbelakang pendidikan yang mantap. Mungkin juga pemegang skrol PhD. Kemudian, bekerja dengan pulangan gaji lumayan. Pangkat apatah lagi, yang bagus mungkin.
Namun, itu semua bukan kayu ukur generasi itu BERILMU.
-----------------------------------------------------------
Kita rujuk Firman ALLAH. wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra'!
"Bacalah dengan nama tuhan-MU yang menciptakan"
-----------------------------------------------------------


BACA yang dimaksudkan bukan sekadar kenal huruf, pandai mengeja. Itu hanyalah teori. BACA yang dimaksudkan lebih mendalam. Bukan sekadar bijak membaca, tetapi bijak memahami.
Jika kita merujuk kepada pendidikan anak-anak kita, pastinya kita menitikberatkan soal pencapaian akademik.
Hakikatnya, mendepani realiti zaman sekarang, pencapaian akademik haruslah seiring dengan pemantapan AKHLAK. Akhlak dalam kehidupan seharian.
Akhlak merupakan benteng diri, bukannya pencapaian akademik. Bijak dalam akademik, belum tentu mampu menjadi pemimpin adil.
------------------------------------------------------------------------
Nota: Rasulullah tidak tahu membaca, tetapi Baginda dikenali penduduk satu dunia, dan juga disenaraikan INDIVIDU PERTAMA terpengaruh di dalam sejarah manusia. (Rujuk buku 100: A Ranking of The Most Influential Persons In History oleh Micheal H.Heart).
-------------------------------------------------------------------------

Projek BuFFER @ Schooldi Sekolah Al-Itqaan, Teluk Kumbar, Penang!

Kami dari Skuad BuFFER membawa tema 'Aku SuperSaiya - Sebarkan Auramu' di Sek. Agama Al-Itqan ini. Program diadakan pada 6 November 2015 (Jumaat).


Slot program:
1) Ceramah Jati Diri



2) LDK 'Aku Tahu, Kaupun Tahu'
*Mereka dikehendaki melukis semua jenis gejala sosial yang mereka tahu dan membentangkan dihadapan semua orang.
*Pemerhatian yang dapat disimpulkan ialah, mereka sudahpun terdedah kepada gejala sosial kerana terdapat beberapa kes seperti ber'couple', hisap gam, dan merokok.
*Mereka juga turut mengetahui mengenai perbezaan vape dan shisha.






Namun, masalah gejala sosial disekolah ini tidaklah begitu meruncingkan.
Dan untuk pengetahuan semua juga, Skuad BuFFER juga menerima saguhati daripada pihak sekolah.
Respon daripada pelajar dan juga guru, mereka mengharapkan agar skuad kAMI dapat kembali ke sekolah mereka.



Bakal pemimpin akan datang. Moga kedatangan skuad BuFFER memberi manfaat besar pada adik².
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Mereka masih lagi suci. Tak mengenal dunia luar seperti apa. Moga ilmu mampu menjadi benteng diri. Insha Allah.


Awasi anak anda..!

Benar pepatah "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat". Dalam ISLAM juga amat menitikberatkan perihal mendidik anak-anak sejak dari kecil.

Penting menanam jati diri dalam jiwa anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya-budaya hedonisme di luar sana.
Lelaki terapkan nilai kepimpinan dan tanggungjawab. Manakala perempuan, pentingnya memelihara maruah diri.



Wednesday, November 4, 2015

Ini PENDIRIAN kami terhadap TPPA!

TPPA DAN ISU SOSIAL


Ini adalah kebimbangan kami berkenaan isu-isu yang mungkin akan timbul apabila TPPA ditandatangani :
1. Peraturan-peraturan PBT berkenaan operasi kelab-kelab malam, operasi hotel, rumah urut dan yang seangkatan dengannya boleh dicabar .
2. Lembaga Penapisan Filem mesti mencairkan tapisan secara berperingkat peringkat kononnya untuk mengikut standard barat yang lebih terbuka.
3. Filem-filem ganas, aksi ngeri, pembunuhan dan kata-kata kesat tidak boleh ditapis.
4. Artis-artis antarabangsa tidak perlu mengikut garis panduan persembahan PBT / JAKIM.
5. Peraturan peraturan rokok seperti amaran kanser akibat rokok, dan polisi-polisi akan datang tidak dapat dilaksanakan, cukai rokok yang tinggi boleh menyebabkan kerajaan disaman oleh syarikat rokok atas alasan halangan untuk berniaga. Begitu juga halnya dengan cadangan kawalan terhadap Vape atau apa lagi produk baru yang mungkin menjejaskan kesihatan awam.
6. Peraturan-peraturan jualan arak di tempat terbuka perlu ditarik balik atau syarikat arak boleh saman kerajaan kerana menghalang mereka berniaga.
7. Pengharaman buku-buku, majalah import yang menghina Islam tidak dapat dilaksanakan.
8. Bahan-bahan luar (bercetak atau digital) yang mempromosikan LGBTIQ tidak boleh dihalang untuk diniagakan.
9. Majalah lucah, filem-filem kuning, lagu-lagu lucah tidak boleh dihalang masuk ke Malaysia atas nama kebebasan perdagangan.
10. Cadangan untuk meletakkan ketum dibawah akta dadah mungkin dicabar oleh syarikat-syarikat farmasi. Begitu juga cadangan untuk mengawal pengedaran gam untuk menghindari gejala hidu gam juga mungkin tidak dapat dilaksanakan.
11. Apabila ekonomi merosot, institusi keluarga terdesak dan tertekan, institusi keluarga akan retak dan gejala sosial akan meningkat.
Tuan-tuan sekalian,
TPPA atau Trans Pacific Partnership Agreement adalah sebuah perjanjian 12 buah negara pasifik. Ia diwar-warkan sebagai sebuah perjanjian perdagangan paling moden abad ke 21 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI), Tok Pa. 
Namun, ia sesungguhnya bukan hanya berkisar soal perdagangan. Ia juga melibatkan perjanjian untuk mengubah dasar undang-undang dan juga turut memberi kesan kepada sosio-budaya masyarakat.

Sehingga kini isi kandungan yang telah dimuktamadkan di Atlanta pada 5 Oktober lalu masih belum dibentangkan kepada umum. Pihak kerajaan telah menyatakan bahawa ia akan dibentangkan di Parlimen pada Januari 2015, namun semua sedia maklum bahawa jika ia diperdebatkan mana yang baik dan mana yang buruk sekalipun, teks perjanjian tidak boleh lagi dipinda. 
Dan lebih mengecewakan lagi, Perdana Menteri menerusi mesyuarat Kabinet tidak memerlukan kelulusan Parlimen pun untuk menandatangani TPPA seperti yang telah dijelaskan Menteri berkenaan.



Selain isu-isu sosial yang dijelaskan diatas, perjanjian ini juga dilihat lebih memberi hak kepada syarikat-syarikat gergasi berbanding kepentingan awam dalam hal Hak Pekerja, Bekalan Ubatan, Kedaulatan Makanan dan Perundangan, Perolehan Kerajaan dan Industri Kecil dan Sederhana.
Kami menyeru kepada pemimpin negara-negara yang menyertai Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) ini untuk menolak sebarang usaha ke arah Kolonisasi Korporat terhadap warga Asia Pasifik dan berusaha untuk melindungi, mengekalkan dan mempromosi sistem perdagangan yang benar-benar bebas, adil dan selamat di antara negara-negara yang terlibat.

Istilah Kolonisasi Korporat sangat tepat untuk merujuk kepada Regim TPPA, kandungannya dan proses perlaksanaannya kerana kepentingan gergasi-gergasi korporat sangat jelas telah mempengaruhi peruntukan-peruntukan kontroversi di dalam perjanjian ini.
Ia adalah satu perjanjian mudarat yang akan memberi kesan kepada kedaulatan negara, memperjudikan kesejahteraan ekonomi, dan akan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada rakyat negara ini.

INILAH PENDIRIAN PERTUBUHAN URUSETIA MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM ISU TPPA INI.
Terima Kasih.
Nurfitri Amir Muhammad
Presiden
UNGGAS Malaysia
Mohon disebar luaskan.

Bengkel Pengupayaan Organisasi oleh Yayasan Ihtimam Malaysia

Pada 31hb Okt - 1hb Nov, UNGGAS Malaysia telah menyertai Bengkel Pengupayaan Organisasi Menangani Isu Sosial anjuran Yayasan Ihtimam di Bangi.
Alhamdulillah, boleh mempertingkatkan ilmu dan bersilaturahim.

Antara sahabat NGO lain yang terlibat ialah:
1) Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI)
2) Persatuan Pahang (PIP)
3) Persatuan Kebajikan Darul Modahish
4) Rumah Solehah
5) Pertubuhan Harapan Kasih
6) Hijrah Republique