Pada 25 April 2012 yang lepas, UNGGAS Malaysia bersama-sama dengan Koordinator Zon Utara Yayasan Salam Malaysia Haji Fazilah B. Ismail serta wakil pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia telah turun ke lapangan untuk melakukan sedikit pemetaan sosial untuk isu gelandangan di sekitar Georgetown. Pemetaan komuniti ini diadakan adalah sempena Program Meniti Ranjau Malam Siri 1 yang akan diadakan pada 3 hingga 4 Mei ini di sekitar Komtar, Pulau Pinang. Program ini adalah hasil kerjasama antara Persatuan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia ( UNGGAS Malaysia) dan Yayasan Salam Malaysia Zon Utara.
Kami mula berkumpul di Pejabat Urusan UNGGAS seawal 9.30 malam untuk bersama-sama mengadakan sedikit perbincangan dan taklimat tentang program tersebut. kami mula bertolak ke Georgetown kira-kira 11 malam untuk pemetaan komuniti.
Gambar-Gambar sekitar pemetaan komuniti:
Sesi perbincangan
Wakil Yayasan Salam Wilayah Utara ( Berbaju Kuning)
Pemetaan komuniti Sekitar Georgetown
Sedang menemubual sepasang warga emas yang tidur di kaki lima kedai
Arafah dan Syukriah sedang menemubual seorang penarik beca
di Stesyen Bas KomTAR
Sedang mendengar penerangan daripada saudara Bukhari yang pernah mengadakan projek "Food Not Bomb" untuk gelandangan di hadapan bekas pusat operasi projek tersebut
http://www.mugmerah.com/2012/04/unggas-malaysia-demi-kesejahteraan.html
ReplyDelete