Monday, May 7, 2012

Laporan Program Meniti Ranjau Malam Siri 1

Setelah melakukan perjumpaan dan pemetaan gelandangan sebelum ini, akhirnya Program Meniti Ranjau Malam Siri 1 selamat diadakan. Program ini telah berlangsung pada 3 Mei 2012. Program anjuran Persatuan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Yayasan Sinar Salam Malaysia Zon Utara dan UNGGAS Malaysia telah disertai oleh hampir 70 peserta. Peserta telah berkumpul di Pusat Operasi UNGGAS seawal 7.35 malam. setelah makan malam dan solat jamak, peserta diberi taklimat dan tunjuk cara semasa turun padang nanti. Taklimat ini dikendalikan oleh penggerak-penggerak UNGGAS iaitu Nurfitri Amir, Ustaz Kamaruddin dan Bukhari.

Aktiviti sebelum turun lapangan: -ketibaan rombongan peserta, solat berjemaah, makan malam dan taklimat serta pembahagian kumpulan.


Aktiviti semasa turun lapangan: - Memberi makanan kepada gelandangan sekitar Komtar, Menemubual Gelandangan, Sesi perkongsian dan sesi pemberian cenderahati.


Sekalung penghargaan buat semua peserta program Meniti Ranjau Malam Siri 1. Terima kasih kepada Persatuan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia dan Yayasan Sinar Salam Zon Utara kerana memberi kepercayaan kepada pihak UNGGAS untuk turut sama dalam program ini. Semoga program yang bermanfaat ini akan dapat diteruskan dari masa ke masa.

No comments:

Post a Comment