Tuesday, October 23, 2012

DILEMA SEORANG IBU MALANG

Wanita adalah nadi dalam sesebuah rumah tangga. Sekiranya wanita tidak berfungsi sebagai isteri dan ibu seperti yang sepatutnya maka tunggulah natijah buruk yang bakal terhasil.

Ibu kepada 4 orang anak. Menjadi isteri kedua kepada seorang suami yg hanya tahu menghina keturunannya sebagai keturunan perempuan jalang. Setiap kali melihat anak tirinya, sang suami pasti menghambur kata-kata kesat seperti pelacur, jalang, tidak berguna, tiada masa depan.

Hasilnya, larilah sang anak yang baru berusia 15 tahun ke pangkuan sang kekasih untuk mendapatkan perlindungan kerana tidak tahan dicaci dihina seperti anjing kurap. Kecantikan dan kemugilan yg dimilikinya telah dieksploitasi semahunya oleh sang kekasih demi setiub syabu. Dari satu lelaki ke lelaki lain meratah tubuhnya. Dek kerana giannya terhadap dadah durjana, maruah dan harga diri ditolak tepi..

Si ibu dirumah hanya mampu mengalirkan air mata dan berkeluh kesah. Tidak berani mengungkap tekanan yang dialami dihadapan suami sendiri kerana takut akan dicaci. takut ditinggalkan dan hilang tempat bergantung. Merasa diri tidak berdaya tanpa suami yang bongkaknya super tinggi. Mana si anak yang sudah berbulan-bulan lari pula memerasnya: "Ibu, kakak boleh pulang, tapi kakak  tak mau pakcik ada dirumah". Ibu ini terus berada dalam dilema yang tidak berkesudahan. Antara suami dan anak, keduanya adalah insan-insan penting dan insan kesayangan dalam hidupnya

Arrghhhh ketika ini naluri keperempuanku begitu terguris. Ingin saja menerjah kerumah wanita malang itu dan mendakapnya. Aku tau itu yang dia amat perlukan kini.. sokongan moral. Teman-teman yang celik jangan abaikan persekitaran anda. Jangan melihat masalah sosial sebagai suatu yang norma dan biasa. Kerana sikap begitu bakal menghancurkan sebuah bangsa yang bertamadun. Hulurkan bantuan semampumu jangan menjadi seorang yang pentingkan diri dalam mendepani dan menangani segala isu moral yang tidak berkesudahan dan semakin meruncing ini.


PROGRAM MENITI USIA REMAJA- CABARAN DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN


Remaja merupakan aset penting sesebuah negara. Hal ini kerana, remaja adalah golongan yang bakal mewarisi negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. Kata  –  kata yang selalu kita dengar ialah ‘jika kita ingin melihat sesebuah negara pada masa hadapan, maka lihatlah remaja negara tersebut pada masa kini’.

Kes  pembuangan  bayi,  ragut,  pecah  rumah,  bunuh,  rogol  adalah  sisi  negatif  yang  semakin menghantui  negara  kita  Malaysia.  Kes  –  kes  jenayah  yang  tidak  bermoral  ini  merupakan  titik tolak  daripada  pelbagai  unsur  negatif  yang  semakin  menular  ke  negara  kita.  Selain  itu,  hal  ini juga  berpunca  daripada  pendidikan  nilai  –  nilai  murni  yang  tidak  diterapkan  secara  mapan dalam diri setiap murid di sekolah.

Justeru, bagi merealisasikan impian melahirkan generasi pewaris minda kelas pertama, Sekolah Rendah  Al-  Itqan  dengan  kerjasama  Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia)dan Pertubuhan Aktivis  Pengupayaan  Insan  Malaysia (API)  telah menganjurkan ‘’Program  Meniti  Usia  Remaja  ,  Cabaran  dalam  Dunia  Tanpa  Sempadan”.  Program  ini bertujuan  untuk  memberi  kesedaran  kepada  murid  –  murid  tahun  enam  (remaja)  yang  bakal mengharungi  alam  remaja  dan  cabaran  –  cabaran  yang  akan  dilalui  oleh  mereka.  Di  samping itu,  mereka  di  beri  kesedaran  tentang   peranan  dan    tanggungjawab  mereka  kepada agama, bangsa dan negara. Program ini telah diadakan pada 15 Oktober 2012 yang lalu dan dihadiri oleh seramai 47 orang peserta. Berikut adalah gambar sekitar program.





Peserta Disoal Tentang Keterlibatan Dengan Gejala Sosial


Sesi Perkongsian

Tuesday, October 16, 2012

PERANAN NGO ISU SOSIAL DAN PERUBAHAN MASYARAKAT




 “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah an-Nahl : 125)


PREMIS

            UNGGAS Malaysia sering diajukan soalan ‘cliche’ berkenaan bidang tugas dan fokus UNGGAS. Kenapa UNGGAS begitu sibuk untuk menangani masalah sosial sedangkan banyak lagi permasalahan yang lebih utama untuk diselesaikan. Isu rasuah, pencemaran alam, masalah pengangguran, peperangan dan lain-lain lagi yang lebih utama dan penting untuk kemajuan negara perlu diutamakan. Persoalan ini seolah-olah memperlecehkan usaha murni UNGGAS untuk menangani permasalahan sosial. Ia dapat difahami apabila kita semua maklum bahawa gejala sosial kini sudah disempitkan maknanya kepada persoalan ‘berpacaran’ dan ‘tangkap basah’ semata. Paling jauh pun, gejala sosial akan dirujuk kepada permasalahan ‘arak’, ‘dadah’ dan seumpamanya. Sejak mula digerakkan pada tahun 2008, UNGGAS sedar bahawa persoalan ini akan timbul lantas dengan jelas menyatakan bahawa UNGGAS hadir untuk membawa perubahan minda tentang bagaimana gejala sosial dilihat serta bagaimana ia diatasi.

Dalam hal ini, kami percaya bahawa semua permasalahan yang ditimbulkan itu, samaada bersifat bencana alam atau sikap manusia, ia berpunca daripada satu krisis yang sama, kurang akhlak dan adab. Manusia yang kurang adab akan mudah menerima rasuah, manusia yang kurang adab akan mudah merosakkan alam, manusia yang kurang adab hanya akan memikirkan hati perut mereka sahaja dan melakukan apa sahaja untuk itu. Jadi benarlah tujuan utama Rasululullah diutuskan iaitu untuk memperbaiki akhlak manusia.