Monday, November 25, 2013

GERAKAN MENUTUP AURAT (GEMAR) di peringkat Universiti

Kempen Gerakan Menutup Aurat atau GEMAR Malaysia (like page) semakin diperluaskan ke peringkat universiti. Kempen GEMAR berobjektifkan:-

2.1 Memberi kesedaran akan kewujudan sebuah kempen menutup aurat pada 14 Februari kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Kami Sokong GEMAR


Penerangan mengenai GEMAR


Penerangan mengeani GEMAR

Pemberian cenderahati kepada sasaran kempen GEMAR


2.2 Memberi kesedaran bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas umat Islam tanpa sebarang kompromi dan alasan dalam melaksanakannya.
Kami sokong GEMAR



2.3 Mendidik golongan sasaran seperti remaja dan mahasiswa untuk menghayati konsep menutup aurat menurut syariat Islam.
Sokongan daripada mahasiswi luar negara



2.4 Memberi semangat dan ransangan kepada kaum Muslim untuk menutup aurat tidak kira dimana mereka berada.
 
Tandatangan petisyen tanda sokong GEMAR



Insha ALLAH, UNGGAS Malaysia akan menganjurkan kempen besar-besaran dan kemucaknya adalah pada 14 Februari 2014 tahun hadapan. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan GEMAR, boleh menghubungi/sms hotline UNGGAS (0194223850/0174133858)
Bersama Heliza Helmi dan Aisyah Syakirah sebagai ahli panel Forum "Auratku Maruah bukan Murah"

KAMI SOKONG GEMAR
 

Wednesday, November 13, 2013

BENGKEL DAKWAH: KOMUNIKASI LAPANGAN

Bengkel dakwah pada 7 November yang lalu ini bertujuan memberi penerangan mengenai komunikasi lapangan dakwah. Peserta bengkel terdiri daripada guru kafa seluruh daerah Kg Gajah, imam masjid dan pegawai unit penguatkuasa agama.

Ketua Jurulatih dan Jaringan UNGGAS Malaysia, Ustaz Kamaruddin Kassim menunjukkan cara 'berhemoi' dengan klien/madu'/sasaran yang ingin didekati.

Kaedah komunikasi: Memberi salam dari jarak yang dekat (sambil hulurkan tangan) untuk memastikan sasaran tidak dapat mengelak daripada berbual
                                                                                                                                                     
Presiden UNGGAS, NurFitri Amir Muhammad menerangkan sejarah pertubuhan dan gerak kerja UNGGAS

Ustaz Kamaruddin Kassim menerangkan mengenai tuntutan berdakwah kepada umat Islam
Persoalan-persoalan mengenai cara berkomunikasi dengan masyarakat setempat juga ditimbulkan oleh Imam Masjid semasa bengkel dijalankan.




Monday, November 11, 2013

HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN

WAKE UP CALL!!
Calling all northern activists and volunteer ! Hadir dan segarkan semangat aktivisma anda.

 

"HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN" bersama API Malaysia serta lapangan UNGGAS dan AMANI. Dengan kerjasama Gabungan kelab-kelab UUM.

Wednesday, November 6, 2013

GEMAR di UUM

Sila like Page GEMAR OFFICIAL
Ditengah-tengah keriuhan segelintir media dan pihak-pihak tertentu mempromosi budaya sambutan hari kekasih pada 14 Februari, beberapa pertubuhan Muslim telah tampil dengan sebuah gerakan yang mempromosi menutup aurat sebagai satu budaya. 14 Februari : Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) adalah nama kempen yang telah disepakati untuk sama-sama diluncurkan di tengah-tengah masyarakat.

Kempen GEMAR 2012 telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kongdom. Penyertaan terbesar adalah daripada Indonesia. Hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya meluncurkan kempen ini.
OBJEKTIF KEMPEN:
1) Memberi kesedaran akan kewujudan sebuah kempen menutup aurat pada 14 Februari kepada seluruh umat Islam di Malaysia
2) Memberi kesedaran bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas umat Islam tanpa sebarang kompromi dan alasan dalam melaksanakannya
3)  Mendidik golongan sasaran seperti remaja dan mahasiswa untuk menghayati konsep menutup aurat menurut syariat Islam
4)  Memberi semangat dan ransangan kepada setiap Muslim  untuk menutup aurat tidak kira dimana mereka berada

ALHAMDULILLAH, GEMAR kali ini akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan:-

1) KEMPEN BESAR-BESARAN
* Acara ini akan diadakan di sekitar kampus UUM (kawasan tumpuan) pelajar-pelajar kampus. 
* Edaran flyers yang mengandungi mesej-mesej berkaitan dengan syariat menutup aurat seorang Muslim
* Hadiah misteri
2) BOOTH PAMERAN
2) FORUM BERSAMA ARTIS JEMPUTAN: HELIZA HELMI






WAKE UP CALL!!



Calling all northern activists and volunteer ! Hadir dan segarkan semangat aktivisma anda.

""HARI AKTIVISMA DAN KESUKARELAAN bersama API Malaysia serta lapangan UNGGAS dan AMANI. Dengan kerjasama Gabungan kelab-kelab UUM.

16/11/2013 (Sabtu):

"Kelas Anak Serambi. Tidak syak lagi. Pendidikan merupakan senjata paling ampuh untuk merubah kehidupan sosial masyarakat ke arah lebih baik. Namun berapa ramai kanak-kanak yang keciciran sekolah akibat kemiskinan dan masalah keluarga ?
Dimana harus kita bermula dan bagainana.. Dapatkan jawapan kepada persoalan ini di Hari Aktivisma & Kesukarelaan."
9.00am - 10.30am : - Syarahan Melakar Perubahan, Menjadi Agen Masyarakat. Oleh NurFitri Amir (Pengerusi API)

11.30tgh - 12.30tgh : - Jemputan Khas Taklimat Isu Semasa; TPPA: Apa untuk Malaysia Oleh Mariani Ali Amran (Pegawai MTEM)

17/11/2013 (Ahad)

9.00am – 5.00pm : Booth pameran

"Tora @ Kura-kura @ gam. Plastik tu bukan sampah. Tapi tempat bubuh gam, ludah sikit bagi basah, pastu tekup muka, hidu sampai kering..."
2.00pm – 7.00pm: Bengkel Aktivis Isu Sosial Oleh Kamaruddin Kassim (Ketua Jurulatih UNGGAS Malaysia)

"Sehingga kini terdapat hampir 4000 anak yatim khusus akibat konflik di Selatan Thai. Adakah mereka ini nanti bakal teroris kerana sejak kecil mereka trauma dengan kematian ayah dan ibu yang dibunuh ?"
9.00pm – 11.00pm: Bengkel Aktivis Isu Selatan Thai Oleh Pegawai NGO Hak Asasi Perikemanusiaan: HAP

Lokasi : Syarahan dan Bengkel (Auditorium S.A.C UUM) Pameran (Foyer Perpustakaan UUM)
Anjuran Gabungan Kelab-Kelab UUM.

GEMAR MALAYSIA DI UUM: "AURATKU MARUAH, BUKAN MURAH"

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikumu w.b.t

InsyaAllah pada 23hb akan datang, UNGGAS (like page UNGGAS) akan mengadakn Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) di UUM. Like page GEMAR Malaysia Sehubungan dengan itu, pihak kami bercadang untuk mengagihkan stokin, handsock atau tudung labuh pada mad'u nanti..

Antara dakwah yang paling berkesan adalah dengan memberi hadiah.. Semoga dengan pemberian barangan seperti ini akan menjadi satu wadah dan asbab buat muslimat memulakan penghijrahan mereka pada tahun baru ini untuk menutup aurat dengan sempurna.. InsyaAllah..

Jadi, kami membuka pintu infaq kepada sesiapa sahaja yang mahu memberikan sumbangan dalam apa sahaja bentuk terutamanya STOKIN, HANDSOCK dan TUDUNG. Kami amat mengalu-alukan tidak kira dalam kuantiti berapa ,,kami terima seadanya... insyaAllah.. Kuantiti tidak penting yang penting keikhlasan ketika memberi.. Biiznillah~

* Boleh diberikan kepada Afifaliza (0174133858) atau PM di (FB)
* Boleh juga memberi sumbangan wang tunai untuk memudahkan pengurusan teknikal.
SPREAD THE WORDS ~~