Wednesday, November 6, 2013

GEMAR di UUM

Sila like Page GEMAR OFFICIAL
Ditengah-tengah keriuhan segelintir media dan pihak-pihak tertentu mempromosi budaya sambutan hari kekasih pada 14 Februari, beberapa pertubuhan Muslim telah tampil dengan sebuah gerakan yang mempromosi menutup aurat sebagai satu budaya. 14 Februari : Gerakan Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR) adalah nama kempen yang telah disepakati untuk sama-sama diluncurkan di tengah-tengah masyarakat.

Kempen GEMAR 2012 telah berjaya melibatkan beberapa buah negara antaranya Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Macau, Singapura, dan United Kongdom. Penyertaan terbesar adalah daripada Indonesia. Hampir semua kepulauan di Indonesia berjaya meluncurkan kempen ini.
OBJEKTIF KEMPEN:
1) Memberi kesedaran akan kewujudan sebuah kempen menutup aurat pada 14 Februari kepada seluruh umat Islam di Malaysia
2) Memberi kesedaran bahawa menutup aurat adalah wajib ke atas umat Islam tanpa sebarang kompromi dan alasan dalam melaksanakannya
3)  Mendidik golongan sasaran seperti remaja dan mahasiswa untuk menghayati konsep menutup aurat menurut syariat Islam
4)  Memberi semangat dan ransangan kepada setiap Muslim  untuk menutup aurat tidak kira dimana mereka berada

ALHAMDULILLAH, GEMAR kali ini akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan:-

1) KEMPEN BESAR-BESARAN
* Acara ini akan diadakan di sekitar kampus UUM (kawasan tumpuan) pelajar-pelajar kampus. 
* Edaran flyers yang mengandungi mesej-mesej berkaitan dengan syariat menutup aurat seorang Muslim
* Hadiah misteri
2) BOOTH PAMERAN
2) FORUM BERSAMA ARTIS JEMPUTAN: HELIZA HELMI






No comments:

Post a Comment