Wednesday, November 13, 2013

BENGKEL DAKWAH: KOMUNIKASI LAPANGAN

Bengkel dakwah pada 7 November yang lalu ini bertujuan memberi penerangan mengenai komunikasi lapangan dakwah. Peserta bengkel terdiri daripada guru kafa seluruh daerah Kg Gajah, imam masjid dan pegawai unit penguatkuasa agama.

Ketua Jurulatih dan Jaringan UNGGAS Malaysia, Ustaz Kamaruddin Kassim menunjukkan cara 'berhemoi' dengan klien/madu'/sasaran yang ingin didekati.

Kaedah komunikasi: Memberi salam dari jarak yang dekat (sambil hulurkan tangan) untuk memastikan sasaran tidak dapat mengelak daripada berbual
                                                                                                                                                     
Presiden UNGGAS, NurFitri Amir Muhammad menerangkan sejarah pertubuhan dan gerak kerja UNGGAS

Ustaz Kamaruddin Kassim menerangkan mengenai tuntutan berdakwah kepada umat Islam
Persoalan-persoalan mengenai cara berkomunikasi dengan masyarakat setempat juga ditimbulkan oleh Imam Masjid semasa bengkel dijalankan.




No comments:

Post a Comment