Wednesday, May 28, 2014

HIJAB, Simbol Ketamadunan Manusia Paling Hebat

Sokong GEMAR Malaysia


"Bertudung adalah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia, dan ia bukanlah kemunduran"

ALLAH telahpun menjanjikan kejayaan kepada hamba-NYA yang mengikut cara berpakaian yang telah ditetapkan.

Ianya jelas dalam ayat ALLAH,di akhir ayat dalam surah AN-NUR: 31

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, WAHAI ORANG-ORANG BERIMAN, SUPAYA KAMU BERJAYA"




Friday, May 23, 2014

RKM USM Menyatuni Gelandangan

40 ahli Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM), Universiti Sains Malaysia (USM) bersama UNGGAS turun menyantuni gelandangan@vagabond dalam program Roti dan Ros.
Hujan yang turun tidak menghentikan perjalanan kami.
Sekitar malam tadi. 

Sesi taklimat ringkas latar belakang isu Gelandangan/Vagabond


Membawa roti sebagai token untuk mudah mendekati Gelandangan/Vagabond






Resolusi program

Thursday, May 22, 2014

Skuad GEMAR bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang

Selesai berkongsi ilmu bersama pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas pada 21 Mei 2014

Jika sebelum ini skuad Gerakan Menutup Aurat (GEMAR Malaysia) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kailan memfokuskan kepada pendidikan mengenai aurat.Penerangan yang ringkas, sesuai dengan peringkat umur mereka.

Namun, berlainan dengan kaedah yang diaplikasi kepada golongan yang lebih dewasa, lingkungan umur 18 Tahun hingga 22 Tahun. Skopnya lebih luas, penerangan mengenai kesan-kesan tidak menutup aurat kepada individu lebih mendalam.

Kepada lelaki, fokus kepada tanggungjawab sebagai abang, suami dan ayah. (Surah Al-Ahzab: 59). Intipati Surah An-Nur: 30 juga dihuraikan dengan memberi contoh isu-isu semasa (zina, pergaulan bebas dan lain-lain) adalah kesan jika tidak mengikut pesanan ALLAH dalam ayat ini.

Kepada perempuan, surah An-Nur: 31 diperjelaskan panjang lebar dengan memberi contoh fesyen-fesyen terkini yang kelihatan seperti menutup aurat, namun hakikatnya tidak. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat kepada mereka. 





Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Ahzab : 59)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur: 31) 

PMI USM bersama Gelandangan di Georgetown

Pada 10 Mei yang lalu, UNGGAS Malaysia bersama pelajar Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Sains Malaysia (PMI USM) dan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM USM) memberi makan kepada gelandangan. 

Ada yang gelandangan mempunyai rumah, keluarga, pekerjaan. Persoalannya, mengapa mereka bahagia bergelandangan? Peserta berpengalaman untuk berbual dengan gelandangan dan mencari jawapan kepada persoalan ini.









Satu tindakan akan mengubah persepsi. Yang penting, BERTINDAK!

Wednesday, May 21, 2014

Another Mei Agendas

Coming Up Next:
1) Roadshow GEMAR Malaysia: Bengkel Aurat bersama pelajar Kolej Komuniti, Kepala Batas, Pulau Pinang
Tarikh: 21 Mei 2014
Masa: 2.00PM hingga 4.00PM
2) "Sedetik Bersama, Selamanya Terasa" - Beri makan kepada Gelandangan bersama sekumpulan pelajar dari Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) Universiti Sains Malaysia (USM)
Tarikh: 22 Mei 2014
Masa: 10.00PM hingga 1.30AM
* Berkumpul untuk taklimat di Dewan Utama Pelajar, USM
3) Bengkel Dakwah bersama Persatuan Pendidikan Islam, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
Tarikh: 25 Mei 2014 (Ahad)
Masa: 10.00AM hingga 4.30PM
4) Karnival Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) di Masjid Jamek Haji Saad, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Masa: 10.00AM hingga 4.30AM
*Sebarkan. Boleh sertai jika berkelapangan. Info lanjut, hubungi Hotline UNGGAS (0174133858)

Jangan Pesimis Tapi Jangan Pula Percaya Semuanya

Sebelum turun lapangan, kami galakkan para aktivis sekalian hadir sesi latihan LANDAS ( kami mengalu-alukan jemputan anda) untuk memahami kaedah atau skills turun lapangan yang sepatutnya. Dalam setiap perkara yang kita lakukan, ada do and don't.  Jika kita abaikan hal ini, maka kesilapan yang membawa musibah boleh berlaku. Ini contohnya:

Dimaklumkan bahawa berita Utusan dibawah ini kurang tepat kerana team UNGGAS pernah menangani kes keluarga ini. Ini adalah respon daripada UNGGAS KL yang melaksanakan kempen menyantuni gelandangan setiap Ahad:

" Kes dah lama. Bbrp bulan lepas.
Saya uruskan sampai dpt duit Baitulmal rm3ribu. Dpt rumah DBKL tapi taknak .
Lari masuk blk bwh jambatan.
Tipu itu suami...padahal abang kandung.
Saya diugut bunuh. Cari saya lps duit bantuan habis.
Skrg tipu media lain pulak.....
Allah...pls help ! " - vimmi yasmin razak

Jika anda tidak percaya, bolehlah merujuk akhbar harian metro beberapa bulan yang lepas berkenaan kes Gelandangan Di Bangkok Bank.

Kami bersimpati diatas penipuan keatas wartawan berkenaan. Semoga terus cekal dalam tugas.


UNGGAS Banteras Gejala Sosial - Sinar Harian

14 Mei 2014 : PERTUBUHAN Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas) yang mula digerakkan pada 2008 bertekad untuk membantu golongan yang terjebak dalam kancah penyakit sosial dan membantu mereka keluar dari ruang tersebut melalui pencegahan dan pemulihan.

Pada masa sama, Unggas berusaha memahami permasalahan sosial dalam aspek makro dan mikro.

Yang Dipertua, Nurfitri Amir Muhammad berkata, Unggas ada misi tersendiri sepanjang penubuhannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO).

Misi Unggas adalah mewujudkan komuniti setempat yang dapat berfungsi semaksima mungkin untuk menangani gejala sosial berdasarkan kajian setempat yang dilaksanakan dan program latihan yang diberi.

Menurut Nurfitri Amir, Unggas memilih untuk menangani gejala sosial di Malaysia ekoran wabak itu dilihat makin serius berlaku sepanjang tahun.

"Isu bohsia, lepak, minum minuman keras, budaya black metal, bersekedudukan, trash metal dan banyak lagi sudah berleluasa sejak dulu lagi. Masa akan datang, kita tidak tahu apa lagi isu yang akan timbul.

"Sebab itu, kita di Unggas berusaha membanteras gejala sebegini kerana melihat satu keperluan untuk kita memobilisasi golongan muda ke arah keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial terutamanya di kalangan remaja dan belia," katanya kepada Citra.

Ditanya berkenaan persaingan Unggas Malaysia dengan NGO yang sedia ada di Malaysia, Nurfitri Amir tersenyum.

"Persoalan persaingan dengan NGO lain tidak timbul kerana kami meraikan pepatah the more the merrier bermakna lebih banyak NGO yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan, beban tanggungjawab untuk komuniti boleh dikongsi bersama.

"Unggas berbentuk gerakan yang membuat advokasi dan menyebarkan fahaman dakwah lapangan iaitu dakwah perlu dilaksanakan dengan turun ke lapangan, menyelami kehidupan mereka yang terlibat dalam isu sosial dan memahami sosio budaya masyarakat di sekelilingnya.

"Maka untuk memastikan gerak kerja Unggas berkekalan, pemahaman dakwah lapangan ini akan diterapkan dalam setiap komuniti yang kami dekati. Apabila mereka faham, mereka akan melaksanakan idea unggas ini dalam komuniti setempat mereka atas apa jua nama sekalipun seperti JKK, kariah, kelab pelajar dan sebagainya," katanya.

Aktiviti disertai

"Pelbagai aktiviti disertai Unggas, antaranya menyertai Ops Sayangi Remaja iaitu membawa sukarelawan untuk turun ke tempat tumpuan pada malam merdeka, malam tahun baru, malam Hari Malaysia dan hari kekasih dengan tujuan berjumpa dan nasihat menasihati remaja dan dewasa yang berhimpun.

"Melakukan kebajikan pemberian makanan kepada gelandangan bertujuan mendekati, memahami dan menasihati mereka serta melakukan pemetaan komuniti dan kajian sosiobudaya komuniti tempatan dalam isu kemiskinan, pusat hiburan dan pelacuran.

"Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan advokasi dan lobi perubahan polisi ke arah anti isi sosial," katanya.

Khidmat kaunseling dan bantuan penyelesaian masalah kepada mereka yang terlibat dengan isu sosial, melaksanakan kempen menutup aurat tahunan yang dinamakan kempen Gerakan Menutup Aurat dan mengadakan Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial untuk belia turut diadakan Unggas Malaysia

Nurfitri Amir berkta, setakat ini, aktiviti dilakukan Unggas sering kali mendapat sambutan ramai malah boleh dikatakan banyak programnya memberi impak positif kepada masyarakat.

"Saya percaya setiap perkara baik yang dilakukan pasti akan memberi impak positif kepada masyarakat.  

"Kami percaya Unggas memberikan inspirasi dan harapan kepada ramai individu dan keluarga untuk berubah. Begitu juga dengan komuniti, sekarang kesedaran untuk turun kelapangan dan jalanan semakin tinggi," katanya.

Beroperasi di Serambi Dakwah, Lot 3560, MK 16, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang, besar harapan beliau terhadap Unggas.

"Harapan saya agar persatuan ini terus memberi inspirasi kepada rakyat untuk  melaksanakan tanggungjawab dan ambil peduli isu yang ada dalam komuniti.

"Unggas tidak mengharapkan apa-apa kredit atau sanjungan melainkan harapan agar amalan aktivis dan sukarelawan Unggas diterima ALLAH SWT," katanya sambil mengalu-alukan pembaca Sinar Harian melayari blog www.sinarloronggelap.blogspot.com.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/unggas-banteras-gejala-sosial-1.280044

Monday, May 12, 2014

Brainstorm Projek Book and Food for Better Future (BuFFER Zone)

Pada 10 Mei lepas, satu sesi brainstorming perancangan Projek BuFFER Zone telah diadakan oleh Team Research & Action UNGGAS Malaysia.
Sesi ini telah dihadiri oleh wakil UNGGAS Malaysia, Kelab Social Work Crew USM, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat USM, Kariah Masjid Sembilang, MIM Brothers, dan individu-individu aktivis.
Program kelas akademik / motivasi, makanan tambahan & projek ekonomi pertanian akan bermula secara rasmi Julai (lepas raya). Tetapi kempen dan kelas pengajian untuk para ibu dan majlis sambutan berbuka puasa berkala akan mula Ramadhan ni.
Bulan 6 dan 7 ini, tumpuan akan diberikan terhadap kempen mengumpulkan sukarelawan dan dana.
InsyaAllah setiap sukarelawan yang dtg mengajar dan beri motovasi akan diberi sedikit duit untuk keperluan petrol kenderaan / tambang.
Kawasan flat terbabit terletak di Ampang Jajar. Susur keluar Permatang Pauh dari highway PLUS. Boleh rujuk posting sebelum ini di www.sinarloronggelap.blogspot.com untuk laporan isu.
Semoga ia menjadi kenyataan.

Wednesday, May 7, 2014

Menghayati Hidup Gelandangan bersama pelajar USM

Coming Up Next Event:- "Change How You See Homeless, Make Them Visible"

1- 9/5 (Jumaat): Menyantuni Gelandangan bersama 20 ahli Kelab My Agrosis USM sekitar Georgetown

2- 10/5 (Sabtu) Menyantuni Gelandangan bersama 40 ahli Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM sekitar Georgetown

*Antara objektif program adalah untuk memberi persepsi baru kepada peserta keadaan malam terutamanya situasi hidup gelandangan

Projek BuFFER Zone (Book & Food for Better Future)

Anda dijemput hadir ke mesyuarat prlaksanaan projek BuFFER Zone (Book & Food for Better Future).
TARIKH: 10/5/2014.
MASA: 10 pagi. 
TEMPAT: Serambi Dakwah, Tmn Bagan Lalang, Butterworth.
Kawasan Projek: Flat Ampangan, Ampang Jajar.
Antara isu:
1. Anak keciciran sekolah
2. Anak terbiar dn kelaparan tanpa pgawasan ketika ibubapa bkerja
3. Projek ekonomi utk meningkatkan manfaatkan kawasan tanah terbiar
Pandangan,nasihat dn bantuan anda sgt dihargai. (UNGGAS Malaysia)
Perhubungan: Shafika Abel 0194499940.