Pada 26 Jun lalu, UNGGAS Malaysia mendapat jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam untuk membimbing 100 pelajar (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) mengenai solat.
Adik-adik bersemangat untuk bertanya mengenai solat |
Alhamdulillah, 9 fasilitator dari UNGGAS Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama-sama menjayakan kem solat pada hari tersebut.
Fasilitator sedang membimbing mengenai pergerakan solat |
Solat dianggap susah dan payah untuk dilaksanakan oleh adik-adik ini kerana mereka tidak menghafal bacaan-bacaan solat, wajib ataupun sunat. Rata-rata daripada mereka tidak menghafal bacaan rukuk, sujud, tahiyat akhir dan juga doa qunut.
Mereka mengaku, apabila mereka gagal meghafal, jadi, bagi mereka lebih baik mereka tidak solat daripada solat tetapi tidak membaca bacaan yang sepatutnya.
Namun, fasilitator cuba meyakinkan adik-adik supaya tetap melaksanakan solat walaupun tidak menghafal bacaan solat. Sesuai dengan firman ALLAH dalam Surah Ad-Dzariyat ayat 56: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
Apa yang mengagumkan para fasilitator, adik-adik ini menunjukkan kesungguhan untuk belajar solat. Dalam masa itu, para fasilitator menyelitkan cerita-cerita kehebatan solat secara saintifik, hikmah ALLAH perintahkan solat hinggalah peristiwa yang mewajibkan umat Islam bersolat.
Hal ini memberikan lagi semangat kepada mereka untuk terus berusaha belajar solat.
Ada juga pelajar yang bertanya secara persendirian |
Adik-adik yang sangat ceria |
Insha ALLAH, SMKAI berhasrat untuk melanjutkan ke siri ke-2 pada Ogos akan datang.