Perkembangan Kembara Ramadhan: Santuni Vagabond.
49 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Malaysia akan bersama warga jalanan pada 5 Julai dan 6 Julai untuk memulakan kempen kesedaran pendidikan untuk anak2 jalanan.
Alhamdulillah, 30 set peralatan sekolah telah ditaja. Set peralatan sekolah tersebut akan diberikan kepada anak-anak gelandangan setelah sesi 'ice breaking' dan motivasi pendidikan kepada mereka."
Melalui pengalaman kami, menjelang ramadhan, jumlah gelandangan yang menjadi peminta sedekah akan bertambah. Apa yang menyedihkan, mereka turut membawa isteri dan anak-anak. Mereka datang dari jauh sejauh Baling dan Taiping. Apa yang menyedihkan dan membimbangkan, anak2 ini sepatutnya bersekolah. Namun terpaksa mengikut ayah ibu yang menjadi gelandangan bermusim. Kami mahu menjalin persahabatan dgn ibubapa ini dan menasihati mereka bahawa perbuatan mereka ini salah dan kita mahu membuka minda anak2 ini bahawa dunia ini luas dan terbuka banyak peluang utk kita terokai. Belajarlah dan kejarlah bintang.
"Pengembaraan bakal bermula tidak lama lagi.."
Jika anda prihatin dgn isu ini, kami masih memerlukan sumbangan untuk membeli sedikit token (kuih raya) untuk ibu bapa dan alatan sekolah utk anak2. Token ini bukan utk menggalakan mereka, tetapi hanya dijadikan sebab utk mendekati mereka dgn kasih sayang.
Hubungi Afifaliza 0194223850 utk menyumbang. Sumbangan boleh dibuat ke akaun UNGGAS
8600937558.
Hubungi Afifaliza 0194223850 utk menyumbang. Sumbangan boleh dibuat ke akaun UNGGAS
8600937558.
No comments:
Post a Comment