Tuesday, December 23, 2014

Bahagian 1: "Kunjungan Air Mata"


Minggu lepas, pejabat UNGGAS Malaysia atau dikenali sebagai Serambi Dakwah (SD) menerima salam daripada sebuah keluarga. Seorang ibu, dan sepasang suami isteri

“Waalaikumsalam”. Sambut saya yang tekun menghadap komputer. Dalam hati saya terdetik, “Alhamdulillah, ada tetamu. Nasib baik tiada kerja luar.” Saya menyambut mereka dengan senyuman yang lebar, senyum yang berpanjangan. Sesekali menerima kunjungan tetamu di SD yang usang ini memang menyerikan lagi suasana SD.

Mereka bertiga duduk di sofa lusuh SD sambil berpandangan antara satu sama lain. Keadaan menjadi kekok seketika. Hanya kedengaran sayup-sayup lagu yang dipasang dari komputer SD yang banyak berjasa walaupun kadang kala bertukar blue screen.

Baru sahaja saya hendak bersuara, si isteri sudahpun mengeluarkan kata. “Kami dari Baling. Ini kakak saya (sambil menunjuk ke arah si ibu yang duduk sebelahnya).”
“Oh ya”. Jawab saya spontan. “Jauhnya mai. Ada hajat besar ni. Ya kak, ada apa yang saya boleh bantu? Insha ALLAH.”

Sekali lagi. Adik-beradik itu berpandangan antara satu sama lain. Si kakak tiada kata. Matanya kelihatan berkaca. Kemudian, si adik mengeluarkan bicara. “Kami terus terang saja la ya. Anak saudara saya mengandung”.

Hati saya seperti direntap. Perasaan berasa sayu. (Dalam keadaan tenang, saya mengawal emosi agar si ibu tidak berasa malu dengan kenyataan bahawa anaknya mengandung).

                             Ikuti kisah selanjutnya----- Akan bersambung Bahagian 2: "Lebih baik kakak mati"

Monday, December 22, 2014

Turun Lapangan Sayangi Remaja: Ambang Tahun Baru 2015

 Pendaftaran masih dibuka:-
Urusetia Lapangan Pantai Bersih:
0194223850 (Afifa)
0174410989 (Azam)

Urusetia Lapangan Persisiran Pantai Queensbay Mall
0145055825 (Atiqah)
01112540134 (Shah)


Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Bagi peserta di Penang

Thursday, December 11, 2014

STB Kini: "Satu Sentuhan, Seribu Makna" (3S1M)

Perjumpaan bersama sukarelawan yang akan bersama UNGGAS Malaysia untuk laksanakan program sepanjang tahun hadapan. Mereka adalah pelajar USM Induk. Program ini mendapat kerjasama dengan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) USM.
  

Sekitar perjumpaan pertama




 

Rayuan Sumbangan untuk Serambi Dakwah!


Sejak 2009, kami mula mengambil alih surau terbiar ini untuk dijadikan pusat aktiviti dengan nama Serambi Dakwah. Tempat ini juga turut sama digunapakai untuk aktiviti NGO2 lain dan pihak-pihak awam. Pusat ini sesungguhnya telah banyak berjasa melahirkan lebih ramai aktivis masyarakat yang sekarang ini berada di seluruh Malaysia menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan mereka sendiri dalam bidang-bidang yang berlainan.

Tahun demi tahun berlalu. Pusat ini semakin uzur. Banyak perkara yang perlu dibaik pulih dan di naik taraf. Dana juga diperlukan untuk bil-bil utiliti dan pengurusan. Buat masa ini wang segera sebanyak RM20 ribu diperlukan untuk menaiktaraf wakaf, membina stor bahan-bahan kempen dakwah, dan baik pulih tandas dan dapur. Kami juga memerlukan meja dan komputer yang baru kerana apa yang ada sekarang sudah ketinggalan teknologi dan tidak mencukupi. 
 

Jika anda rasa Serambi Dakwah ini penting dan perlu kekal aktif, mari berkongsi pahala dan salurkan sumbangan anda. Hubungi Cik Afifaliza 0194223850 atau Presiden UNGGAS Malaysia sendiri Saudara Amir 0137069509 untuk maklumat lanjut atau ziarah sendiri ke Serambi Dakwah seperti alamat yang tertera di dalam poster.

Semoga Allah merahmati dan menerima amalan kita semua. Terima kasih diatas perhatian anda.
 
 

UNGGAS KL mendekati mereka

Sekitar program UNGGAS KL pada 7 Disember 2014

Bersama anak-anak HIV, Pusat Pemulihan Seri Puteri dan memberi makan gelandangan.




Pencarian Urusetia untuk Ambang Tahun Baru 2015!

Seperti biasa, UNGGAS Malaysia tetap akan turun ke lapangan pada malam Tahun Baru. Bukan untuk menangkap tetapi lebih kepada mendekati sasaran dengan pendekatan kasih sayang. 

Kebiasaannya, sasaran madu' pada malam itu adalah kanak-kanak, remaja serta keluarga. Dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, dipecahkan pula kepada beberapa kelompok.

Kelompok remaja

1) Mat Kayuh
2) Mat motor
3) Couple 


Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang berterusan walaupun kecil. Urusetia diperlukan. Jika berminat, call nombor dalam poster. Untuk di negeri lain akan diberitahu kemudian, sedang diaturkan insyaAllah.
 

Kem Anak Soleh Siri 1.0 bersama BAKUN

Alhamdulillah, Kem Anak Soleh 1.0 yang berlangsung pada 25 November hingga 29 November 2014 di Sedim Recreation Adventure berjaya dilaksanakan.

Seramai 40 fasilitator yang terlibat menjayakan program ini dengan peserta 160 orang. Fasilitator yang terlibat adalah dalam kalangan beberapa NGO iaitu, UNGGAS Malaysia, Ashaul Kahfi, dan Salimah KEDAH. Ada juga yang dari Sekolah Menengah Sg. Layar (M.N.F Team)