Tuesday, December 23, 2014

Bahagian 1: "Kunjungan Air Mata"


Minggu lepas, pejabat UNGGAS Malaysia atau dikenali sebagai Serambi Dakwah (SD) menerima salam daripada sebuah keluarga. Seorang ibu, dan sepasang suami isteri

“Waalaikumsalam”. Sambut saya yang tekun menghadap komputer. Dalam hati saya terdetik, “Alhamdulillah, ada tetamu. Nasib baik tiada kerja luar.” Saya menyambut mereka dengan senyuman yang lebar, senyum yang berpanjangan. Sesekali menerima kunjungan tetamu di SD yang usang ini memang menyerikan lagi suasana SD.

Mereka bertiga duduk di sofa lusuh SD sambil berpandangan antara satu sama lain. Keadaan menjadi kekok seketika. Hanya kedengaran sayup-sayup lagu yang dipasang dari komputer SD yang banyak berjasa walaupun kadang kala bertukar blue screen.

Baru sahaja saya hendak bersuara, si isteri sudahpun mengeluarkan kata. “Kami dari Baling. Ini kakak saya (sambil menunjuk ke arah si ibu yang duduk sebelahnya).”
“Oh ya”. Jawab saya spontan. “Jauhnya mai. Ada hajat besar ni. Ya kak, ada apa yang saya boleh bantu? Insha ALLAH.”

Sekali lagi. Adik-beradik itu berpandangan antara satu sama lain. Si kakak tiada kata. Matanya kelihatan berkaca. Kemudian, si adik mengeluarkan bicara. “Kami terus terang saja la ya. Anak saudara saya mengandung”.

Hati saya seperti direntap. Perasaan berasa sayu. (Dalam keadaan tenang, saya mengawal emosi agar si ibu tidak berasa malu dengan kenyataan bahawa anaknya mengandung).

                             Ikuti kisah selanjutnya----- Akan bersambung Bahagian 2: "Lebih baik kakak mati"

No comments:

Post a Comment