Penjara Pemulihan vs Komuniti Sokongan
Projek BuFFER (penampan) adalah sebuah tindakan proaktif berkenaan pembinaan sebuah komuniti sejahtera melalui pendidikan berterusan dan pembelaan kebajikan.
Kami percaya, kedua-dua platform ini iaitu Penjara Pemulihan dan Komuniti Sejahtera perlu disatukan dan di sinergi untuk menjamin proses pemulihan remaja yang terlibat dalam isu sosial mahupun jenayah dan juga pencegahan agar generasi baru ini tidak terjebak ke dalam kancah ini.
Projek ini berasaskan kepada program motivasi, pemberian bantuan dan pendidikan percuma untuk anak remaja di kawasan flat-flat, kampung pendalaman, pinggir bandar dan belia di sekolah pemulihan juvana. Ia sudah dilancarkan sejak awal tahun 2014.
Program yang sedang berlangsung setiap minggu adalah :
1. Kelas bimbingan akademik percuma buat penghuni Sekolah Tunas Bakti (Sekolah Juvana).
2. Program aktiviti motivasi dua minggu sekali di Sekolah Tunas Bakti.
3. Projek BuFFER@school (turun sekolah) untuk menjalankan aktiviti motivasi dan merekrut sukarelawan remaja.
4. Sumbangan buku ke individu2 dalam komuniti yang memerlukan.
5. Program pembangunan kesedaran pendidikan untuk orang asli.
2. Program aktiviti motivasi dua minggu sekali di Sekolah Tunas Bakti.
3. Projek BuFFER@school (turun sekolah) untuk menjalankan aktiviti motivasi dan merekrut sukarelawan remaja.
4. Sumbangan buku ke individu2 dalam komuniti yang memerlukan.
5. Program pembangunan kesedaran pendidikan untuk orang asli.
Kami mengalu alukan sukarelawan yang ingin menyumbang tenaga untuk menjadi guru sukarela untuk masyarakat. Sumbangan kewangan juga sangat penting untuk menjayakan Projek ini.
Untuk menyumbang salurkan kepada;
CIMB 8600937558 - UNGGAS MALAYSIA
CIMB 8600937558 - UNGGAS MALAYSIA
Untuk menyumbang tenaga sila hubungi Afifaliza 0194223850 atau Fitri Amir 0137069509. (Setakat ini, kami memerlukan sukarelawan yang tinggal di P. Pinang dan Pengkalan Hulu/Gerik kerana projek yang sudah dimulakan di kawasan ini).
No comments:
Post a Comment