Wednesday, August 19, 2015

Tips Turun Lapangan

Prinsip - prinsip Outreach (temu seru)
1. Berkomunikasi dengan baik
2. Menyesuaikan diri bergaul dengan sesiapa sahaja dalam semua keadaan. Pendek kata 'mesra alam'.
3. Menguasai cara pergaulan yang berbeza berdasarkan siapa client yang dijumpai.
4. Berpengetahuan tentang info-info berkenaan isu yang ingin ditangani (modal untuk bersembang).
5. Bersifat terbuka dan tidak membuat andaian/penilaian peribadi terhadap orang yang ditemui.
6. Respon dengan baik dan bijak kepada client yang bermasalah. Elakkan keadaan stress.
7. Penampilan tidak terlalu formal.
8. Sentiasa peka dengan perubahan sikap client dan persekitaran.
9. Respon dengan baik dan bijak jika ditahan pihak berkuasa yang jika kebetulan membuat operasi.
10. Tidak melibatkan masalah peribadi ketika bersama client.
11. Tahu dan biasakan diri dengan tempat-tempat rujukan berhampiran seperti hospital, klinik pakar, pusat bantuan guaman, NGO berkaitan, rumah perlindungan, balai polis, masjid dan lain-lain. Anda akan memerlukan maklumat ini ketika beraksi di lapangan.
12. Kreatif dalam penyampaian maklumat seperti membuat jenaka atau bernada serius.
13. Selalu berwaspada dan ikut gerak hati bila berada dalam situasi yang mencurigakan. Jangan bersendirian ketika masuk ke lorong belakang atau kelab malam.
14. Berhati hati dengan kamera. Jangan terlalu berani mengambil gambar kerana kebiasaannya orang lain akan marah jika gambarnya diambil atas sebab peribadi. Minta izin jika ingin bergambar. Jika keadaan tidak stress dan anda diterima baik, biasanya tiada masalah untuk anda mengambil gambar.
15. Membuat pemerhatian dan laporan setelah turun ke lapangan.
Sertai kami !
Like page UNGGAS MALAYSIA untuk lebih informasi.

Aktivis sedang bersembang dengan peminum arak

1 comment:

  1. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete