Sunday, September 25, 2016

Program Breakaway turun 30 buah sekolah!

PROGRAM BREAKAWAY: BEBAS ROKOK HINDARI VAPE
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Skuad Breakaway telah turun ke 15 buah sekolah sekitar Pulau Pinang dalam tempoh 2 bulan bermula Julai lepas.
Berikut beberapa dapatan yang kami boleh kongsikan berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap peserta yang terlibat ( Tingkatan 1 - Tingkatan 5 ).
---------------
MEROKOK
---------------
1) Pengaruh rakan sebaya:
* Boleh dikatakan 50% peserta terikut-ikut dengan ajakan kawan untuk cuba merokok di awal usia. Kata mereka, nak menjaga hati kawan. Lama-kelamaan ianya menjadi tabiat yang susah untuk ditinggalkan.
2) Melihat ahli keluarga merokok
* Tidak dinafikan keluarga juga membawa pengaruh untuk mereka ingin cuba merokok. Bermula dengan cuba-cuba, seterusnya menjadi kebiasaan.
3) Lepaskan tekanan
* Tekanan yang dialami akan hilang seketika apabila merokok, kata mereka.
4) Sebagai satu hobi
* Hobi ketika melepak dengan kawan-kawan yang merokok. Sekiranya berseorangan, tidak pula mereka merokok.
-------
VAPE
-------
** Kebanyakan perokok dalam kalangan pelajar menghisap vape tetapi tidak memiliki vape kerana tidak mampu untuk membelinya.
Alhamdulillah, hampir 30% perokok dalam kalangan pelajar berjumpa dengan skuad dengan niat untuk berhenti merokok.
Antara cadangan yang diberikan adalah mendaftar di Klinik Berhenti Merokok di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), mengikut daerah masing-masing. Mudah-mudahan niat mereka untuk berhenti dipermudahkan.
INSHA ALLAH, berbaki 15 buah sekolah lagi yang akan diterjah oleh Skuad Breakaway. (Rujuk poster).
Sukarelawan di luar sana, ayuh sertai SKUAD..!
Info lanjut: Hubungi 014-8118021: Cik Hikmah
(Penyelaras Program Breakaway)




Peserta diwajibkan menjawab Soalan Kaji Selidik

Ceramah motivasi: Hiijrah atau Kalah

Latihan Dalam Kumpulan

Ceramah, Tak Kenal Maka Tak Cinta oleh Pegawai JKN


Perbentangan hasil LDK




No comments:

Post a Comment