Tuesday, January 31, 2012

Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine



Program Operasi Sayangi Remaja merupakan program bersiri UNGGAS. 2012 merupakan tahun ke 4 UNGGAS menganjurkan Operasi Sayangi Remaja Versi Valentine selain versi Merdeka dan tahun baru. 

Pelacuran di Malaysia semakin parah



Fakta Kes Pelacuran sepanjang 2011 di Malaysia
Pada tahun 2011, warga China merupakan jumlah paling ramai ditangkap kerana terbabit dalam pelacuran iaitu 5,922 orang, diikuti Vietnam (2,169), Thailand (1,492), Indonesia (1,208), Filipina (750), Myanmar (112), India (67), Kemboja (36), Bangladesh (34), Laos (14), Uzbekistan (12), Nigeria (8), Uganda (4), dan masing-masing seorang bagi Austria dan Taiwan. (mStar-30/1/12)

Monday, January 30, 2012

Takdir Sebagai Aktivis


Berbakti kepada masyarakat sudah menjadi cita-cita sejak zaman sekolah lagi. walaupun pada waktu itu kefahaman berbakti kepada masyarakat sekadar terbatas untuk membantu mengecat rumah, memungut sampah, melawat rumah orang tua dan menjadi fasilitator. 

Usai menerima keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), langkah kaki dipanjangkan untuk menemui guru kaunseling sekolah untuk berbincang bidang pengajian yang boleh dipohon seterusnya melayakkan saya menyandang gelaran mahasiswi. 

“Asti nak jadi apa?”

 “saya tidak suka terkongkong dalam bangunan semata-mata cikgu. Saya suka bersama dengan masyarakat.” 

Dialog inilah awal sebuah perjalanan kearah aktivisme saya.

Wednesday, January 11, 2012

Dogma, Nota Dari Pengalaman Lapangan



Dogma, Nota Dari Pengalaman Lapangan

Saya percaya masih ramai yang ingat perihal seorang pelajar Malaysia jurusan perubatan yang kononnya hilang selama tiga tahun di Dublin. Keluarga beliau dilaporkan lapan kali ulang alik ke Dublin untuk mencari beliau tetapi hampa. Alih alih, gambar dan berita pelajar ini muncul di media perdana dan alternatif.  Sudah tentu terkejut besar keluarga beliau. Mana tidak, gambarnya yang siap bertengkolok, berbaju melayu hitam serta bersampin sedang dalam majlis perkahwinan. Lebih menyentap hati, pasangan pengantinnya adalah lelaki ‘Mat Saleh’ yang lengkap bertuxedo hitam. Ya, lelaki Muslim ini berkahwin dengan kaum sejenis. Sungguh pilu hati ibu dan ayah, sudah jatuh ditimpa tangga. Syarikat Petronas yang menaja biasiswa lelaki ini juga dikhabarkan telah meninta keluarga itu membayar balik biasiswa sebanyak RM 890,000 sebagai bayaran penjamin kerana beliau tidak menghabiskan pengajian dan melanggar kontrak biasiswa. Selang beberapa hari, pelajar ini tampil lagi dimuka akhbar dengan kenyataan menagih simpati dengan mengatakan dia selamat dan masih lagi muslim. Malahan berikrar akan terus menjadi Muslim yang baik. Saya tidak tahu apa maksud beliau untuk menjadi Muslim yang baik, mungkin beliau akan membayar balik biasiswa itu dan pulang ke pangkuan keluarga.  Tetapi, jelas beliau tidak menyesal bahkan berbangga menjadi Muslim yang homoseksual. Kisah diatas saya jadikan satu contoh besar untuk menggambarkan darjah kegentingan masalah akhlak Muslim. Bolehkah diterima konsep Gay Muslim?