Monday, October 28, 2013

PENCARIAN SUKARELAWAN

Assalamualaikum.
Berminat untuk berkhidmat? Jom sertai NGO pada 16 Nov hingga 17 Nov (Sabtu dan Ahad) di Kampus UUM Sintok. Program seperti:

1) Jualan buku, baju, button badge dll (Keuntungan akan disalurkan kepada tabung Perubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia)
2) Pencarian sukarelawan/aktivis Pertubuhan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), Pertubuhan Kebajikan Aman Patani (AMANI) dan Aktivis Pengupayaan Insan (API)
3) Membina jaringan bersama Persatuan dan Kelab UUM

* Hubungi/SMS: 0194223850 (Afifa) atau PM dalam FB Klik di sini.
 

Sunday, October 27, 2013

PPMUSM bersama gelandangan sekitar Georgetown


 Pada 25 Oktober 2013, Jumaat yang lalu, Persatuan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput UNGGAS untuk membawa 40 siswa-siswi memberi makanan kepada gelandangan di sampping menyelami dunia mereka.

Penerangan dari mantan PPM, Kak Abel mengenai program-program PPM



Bersempena program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) selama 2 hari 1 malam, PPM USM membuat sedikit kelainan dengan mendedahkan kepada ahli-ahli baru suasana malam di Pulau Pinang khususnya sekitar Georgetown. UNGGAS menjemput lapan aktivis dari Darul Hadis, Alor Setar untuk menjadi fasilitator pada malam tersebut. 

Kebanyakan peserta mengatakan bahawa ini adalah pengalaman mereka untuk turun berjumpa secara face to face dengan gelandangan. Sebelum ini, mereka hanya memandang dari jauh. Jadi, mereka perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha memahami pelbagai peringkat masyarakat.
Berkumpul di Masjid Kapitan Keling
Taklimat ringkas dari A.Amir mengenai gelandangan
Masa untuk bertolak

Taklimat daripada Bukhori a.k.a Pak Teh






Lena dalam tidur
Aktivis dari Darul Hadis rancak bersembang dengan seorang pak cik  

Iqmal, remaja 14 tahun yang lari dari rumah
 Iqmal, itu nama yang diperkenalkan kepada kami. Menurut adik ini, dia lari dari rumah dek kerana bergaduh dengan ayahnya beberapa bulan yang lalu. Disebabkan usianya yang terlalu mentah dan mudah terpengaruh, kami cuba memujuk dia untuk ikut bersama. Alhamdulillah, Iqmal mengikut lapan aktivis pulang ke Darul Hadis, Alor Setar.

Gelandangan di KOMTAR

Tidur melepaskan lelah seharian mengayuh beca

Bersama Pak Cik Lagend di Lebuh Chulia

Kencing manis dan bengkak hati punca bergelandangan
Program ini tamat sekitar jam 2.30 pagi.
Fokus... A.Amir menerangkan tentang perancangan Community Development

Tuesday, October 22, 2013

UNGGAS AKAN BERSAMA SISWA-SISWI USM

Siswa-siswi USM dari Kelab Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) Universiti Sains Malaysia akan turun mendekati gelandangan yang berada di sekitar Georgetown.

Thursday, October 3, 2013

SISWA-SISWI UITM KOTA BHARU DEKATI GELANDANGAN



Petikan mesej seorang siswi:
“kami dah tak tahu dah nak rujuk siapa untuk program ni, kami cuma nak turun bagi makan untuk gelandangan. Tarikh cadangan Jumaat malam (27 September).”

Pada tarikh 28 September dan 29 September, UNGGAS perlu berada di Ipoh, Perak untuk Program Dakwah bersama IPTA/IPTS seluruh Perak. Jadi, UNGGAS terpaksa tolak untuk membawa siswa-siswi UITM Kota Bharu mendekati gelandangan. Turun ke lapangan gelandangan, masa yang sesuai adalah 12 tengah malam dan ke atas kerana pada masa itu mereka akan kembali ke ‘tempat tidur’ di sekitar Georgetown.

Petikan mesej dari UNGGAS:
“Kalau macam tu, kita tukar tarikh ke Khamis malam (26 September)”
Penyelesaiannya, mereka setuju untuk turun pada tarikh tersebut. Untuk makluman, mereka datang ke Pulau Pinang kerana menghadiri program di UITM Pematang Pauh. Namun, bagi memanfaatkan masa di sini, mereka memohon UNGGAS untuk membawa mereka mengembara ke ‘dunia’ gelandangan. 

Biar jauh perjalanan, letih dalam kesukaran, namun ia tidak dijadikan alasan untuk mereka mendalami jiwa gelandangan. Rombongan mereka tiba di Georgtown sekitar jam 11 malam (jam 2.30 petang bertolak dari Kelantan). Setelah sampai, mereka mengisi ‘minyak’ terlebih dahulu. Nasi Kandar time! 

Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar

Sesi taklimat dan pengenalan dari UNGGAS
Setelah jam menunjukkan 12.15 pagi, UNGGAS (6 sukarelawan/fasilitator) membawa mereka ke tempat tidur gelandangan. Dua kumpulan yang terdiri daripada 12 siswa-siswi dan 3 sukarelawan UNGGAS dibahagikan ke Sekitar Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Chulia.
Mesra... Sukarelawan sempat bergambar dengan mak cik yang tiada rumah ini
Tidak lama kemudian, hujan lebat membasahi bumi. Air naik hingga ke paras betis, kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana hujan terlalu lebat dan kilat serta guruh tidak kurang hebatnya.
Jika kita di dalam selimut ketika ini, mereka?
Terpaksa menagguhkan perjalanan menuju ke Lebuh Chulia

UNGGAS mengambil keputusan untuk ke KOMTAR. Di sekitar perhentian bas adalah salah satu tempat tumpuan gelandangan untuk melepaskan lelah seharian bekerja. Dahulunya, di hadapan pintu masuk Perangin Mall juga menjadi tempat tidur gelandangan, namun menurut seorang pak cik yang kami temui di situ memberitahu bahawa mereka sudah tidak dibenarkan ‘bermalam’ di situ.
Pak cik yang kesejukan kerana hujan lebat

Abang yang sangat peramah

Sepanjang kami berbual-bual bersama pak cik-pak cik di situ, ALHAMDULILLAH kedatangan kami disambut baik. Tidak kurang juga yang berbual panjang, menceritakan pengalaman bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Ada yang menolak pemberian nasi kandar yang kami berikan, sudah kenyang katanya. Ada juga yang minta 2dua bungkus nasi. Sedap dan lapar mungkin. 


Pak Cik yang sangat mesra berbual
Semasa kami mengedarkan makanan kepada pak cik-pak cik di situ, kelihatan seseorang yang menghulurkan satu bungkusan plastik besar yang isinya adalah makanan. Kelihatan encik itu adalah seorang yang berbangsa Cina. (Persoalan yang patut ada dalam benak, halalkah makanan itu? sumbernya dari mana?) Tetapi persoalan ini hanya perlu ada dalam benak seseorang yang bertindak mencari jawapannya.

Alhamdulillah, sasaran kami untuk berjumpa dengan gelandangan sambil memberi 30 bungkus nasi tercapai. Pertemuan kami berakhir sekitar jam 2.30 pagi. Moga UNGGAS dan siswa-siswi UITM Kota Bharu akan dipertemukan lagi di program yang akan datang.


Moga pertemuan ini hanya detik permulaan berkenalan