ALLAH berfirman dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia)
kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang lebih baik.”
Alhamdulillah, bengkel dakwah selama
2 hari 1 malam memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada siswa-siswi IPTA
dan IPTS seluruh Perak. Ilmu yang dicurahkan kepada mereka tiada didengari
dalam dewan kuliah, tetapi mereka dapat menimba ilmu daripada penceramah
berpengalaman di lapangan dakwah masyarakat selama berada di Institut Tadbiran
Islam Perak (INTIM). Insha ALLAH.
| | | |
Presiden UNGGAS memberi taklimat |
Pada permulaan bengkel, siswa-siswi
didedahkan dengan realiti masyarakat sebenar yang ‘sakit’ dan memerlukan ‘rawatan’
segera. UNGGAS berkongsi pengalaman berada di lapangan masyarakat samada
penagih alkohol, penghidu gam, mak nyah, belen, pengkid, dan seumpamanya.
Selain itu, UNGGAS memberi sedikit
pengenalan dan gerak kerja UNGGAS agar siswa-siswi medapat gambaran cara UNGGAS
mendekati masyarakat.
|
Demo.. Cara sesuai untuk mendekati madu' |
Selesai slot bersama Presiden UNGGAS yang mendedahkan
mengenai realiti masyarakat sebenar, seterusnya Ustaz Kamaruddin memberi tunjuk
ajar yang sepenuhnya kepada siswa-siswi a.k.a pendakwah lapangan cara mendekati
madu’/klien/sasaran.
Berpandukan pengalaman beliau selama berada di lapangan
masyarakat termasuk tidur bersama gelandangan, Ustaz berkongsi cara betul untuk
mendekati sasaran. Ayat yang ditutur juga perlulah tepat dengan keadaan dan
kedudukan sasaran. Siswa-siswi sering diingatkan supaya menitikberatkan aura
sentuhan (sama jantina) agar sasaran tidak berasa kekok untuk meneruskan
perbualan.
Bagi memberi pendedahan awal kepada siswa-siswi, UNGGAS dan
JAIPk bersepakat untuk membawa mereka turun lapangan sebanyak dua kali yakni
sebelah petang dan sebelah malam. Antara tempat sasaran pada sebelah petang
ialah Taman Botani, Pdang Ipoh, GreenTown Mall, Eco Park dan lain-lain.
|
Sebelum bertolak |
|
Antara madu' yang didekati |
Sebelah malam pula, kami turun ke lapangan dalam jam
11.30pm. Sasaran tempat yang kami turun berbeza dengan sebelah petang. Antara
tempatnya ialah Kelab malam Tambun INN, Kelab dangdut, Waterfront dan
lain-lain.
Sebelum itu, slot yang sangat bermanfaat terisi pada jam 9
malam. Siswa-siswi diajar cara menggunakan mekanikal laman sosial seperti
Facebook, You Tube dan seumpamanya untuk menyebarkan dakwah. Slot yang diisi
oleh Dr Berhanudin Ahmad (Pensyarah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah)
amat menarik. Beliau menonjolkan strategi yang digunakan Sultan Muhammad
Al-Fateh untuk menawan Kota Konstantinopal (sekarang Istanbul, Turki).
|
Peserta belajar cara menterjemahkan seni dakwah kebentuk video dan lain-lain |
|
Penceramah berkaliber memberikan ilmu kepada peserta |
Sebelah malam pula, kami turun ke lapangan dalam jam
11.30pm. Sasaran tempat yang kami turun berbeza dengan sebelah petang. Antara
tempatnya ialah Kelab malam Tambun INN, Kelab dangdut, Waterfront dan
lain-lain.
|
Malam masih muda... Jam sekitar 11 malam |
|
Bergambar bersama penyanyi Kelab TAMBUN INN |
|
Mesra.. Siswa-siswi berbual dengan salah seorang pengunjung kelab | | |
|
|
Ramah... Bergambar bersama pengurus kelab |
|
Siswa-siswi mengaplikasi teori yang dipelajari |
Kami mengambil masa sehingga jam 3 pagi untuk turun ke
lapangan. Pelbagai pengalaman yang dilalui siswa-siwi semasa mendepani sasaran.
Ada yang menyambut baik, tidak kurang juga yang menunjukkan reaksi muka yang
tidak selesa. Ini hanya permulaan untuk siswa-siswi melangkah masuk ke dunia lapangan
dakwah yang mencabar.
Pada keesokan harinya, pihak UNGGAS bersama siswa-siswi
melakukan persetujuan bersama sebagai langkah untuk meneruskan perjuangan dalam
dakwah.
|
Abang Salman memberi panduan |
|
Sembang santai bersama urusetia, Pak Aziz Man yang sporting |
|
Ceria... Salah gunting la.. |
|
Pening.. Memikirkan masalah umat mungkin :) |
|
Peserta diminta mengeluarkan isu dan masalah dalam surat khabar |
Slot 'news monitoring' sangat penting untuk seorang dai' yang mula untuk mengenal masyarakat. Segala berita yang dimuatkan di dada akhbar bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil mudah. Ia melibatkan maruah Islam. Siswa-siswi diajar cara mengenalpasti masalah dan isu gejala sosial yang wujud di sekeliling kita. Tujuannya sangat banyak, antaranya seorang aktivis boleh kenalpasti
pattern gejala sosial melibatkan remaja dan seumpamanya.
|
Majlis penutup dirasmikan Ketua Pengarah JAIPk (tengah) |
Program Dakwah ini diharap dapat memberikan manfaat kepada siswa-siswi dalam dunia dakwah sebenar. Pengalaman bernilai ini tidak akan bernilai sekiranya tidak digunakan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment