Petikan mesej seorang siswi:
“kami dah tak tahu dah
nak rujuk siapa untuk program ni, kami cuma nak turun bagi makan untuk
gelandangan. Tarikh cadangan Jumaat malam (27 September).”
Pada tarikh 28 September dan 29 September, UNGGAS perlu
berada di Ipoh, Perak untuk Program Dakwah bersama IPTA/IPTS seluruh Perak.
Jadi, UNGGAS terpaksa tolak untuk membawa siswa-siswi UITM Kota Bharu mendekati
gelandangan. Turun ke lapangan gelandangan, masa yang sesuai adalah 12 tengah
malam dan ke atas kerana pada masa itu mereka akan kembali ke ‘tempat tidur’ di
sekitar Georgetown.
Petikan mesej dari UNGGAS:
“Kalau macam tu, kita
tukar tarikh ke Khamis malam (26 September)”
Penyelesaiannya, mereka setuju untuk turun pada tarikh
tersebut. Untuk makluman, mereka datang ke Pulau Pinang kerana menghadiri
program di UITM Pematang Pauh. Namun, bagi memanfaatkan masa di sini, mereka
memohon UNGGAS untuk membawa mereka mengembara ke ‘dunia’ gelandangan.
Biar jauh perjalanan, letih dalam kesukaran, namun ia tidak
dijadikan alasan untuk mereka mendalami jiwa gelandangan. Rombongan mereka tiba
di Georgtown sekitar jam 11 malam (jam 2.30 petang bertolak dari Kelantan).
Setelah sampai, mereka mengisi ‘minyak’ terlebih dahulu. Nasi Kandar time!
Mengisi 'minyak' di sebuah restoran Nasi Kandar |
Sesi taklimat dan pengenalan dari UNGGAS |
Setelah jam menunjukkan 12.15 pagi, UNGGAS (6
sukarelawan/fasilitator) membawa mereka ke tempat tidur gelandangan. Dua kumpulan
yang terdiri daripada 12 siswa-siswi dan 3 sukarelawan UNGGAS dibahagikan ke
Sekitar Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Chulia.
Mesra... Sukarelawan sempat bergambar dengan mak cik yang tiada rumah ini |
Tidak lama kemudian, hujan
lebat membasahi bumi. Air naik hingga ke paras betis, kami tidak dapat
meneruskan perjalanan kerana hujan terlalu lebat dan kilat serta guruh tidak
kurang hebatnya.
UNGGAS mengambil keputusan untuk ke KOMTAR. Di sekitar perhentian bas adalah salah satu tempat tumpuan gelandangan untuk melepaskan lelah seharian bekerja. Dahulunya, di hadapan pintu masuk Perangin Mall juga menjadi tempat tidur gelandangan, namun menurut seorang pak cik yang kami temui di situ memberitahu bahawa mereka sudah tidak dibenarkan ‘bermalam’ di situ.
Jika kita di dalam selimut ketika ini, mereka? |
Terpaksa menagguhkan perjalanan menuju ke Lebuh Chulia |
UNGGAS mengambil keputusan untuk ke KOMTAR. Di sekitar perhentian bas adalah salah satu tempat tumpuan gelandangan untuk melepaskan lelah seharian bekerja. Dahulunya, di hadapan pintu masuk Perangin Mall juga menjadi tempat tidur gelandangan, namun menurut seorang pak cik yang kami temui di situ memberitahu bahawa mereka sudah tidak dibenarkan ‘bermalam’ di situ.
Pak cik yang kesejukan kerana hujan lebat |
Abang yang sangat peramah |
Sepanjang kami berbual-bual bersama pak cik-pak cik di situ,
ALHAMDULILLAH kedatangan kami disambut baik. Tidak kurang juga yang berbual
panjang, menceritakan pengalaman bekerja dari satu tempat ke satu tempat. Ada
yang menolak pemberian nasi kandar yang kami berikan, sudah kenyang katanya.
Ada juga yang minta 2dua bungkus nasi. Sedap dan lapar mungkin.
Pak Cik yang sangat mesra berbual |
Alhamdulillah, sasaran kami untuk berjumpa dengan gelandangan sambil memberi 30 bungkus nasi tercapai. Pertemuan kami berakhir sekitar jam 2.30 pagi. Moga UNGGAS dan siswa-siswi UITM Kota Bharu akan dipertemukan lagi di program yang akan datang.
Moga pertemuan ini hanya detik permulaan berkenalan |
UNGGAS the best!
ReplyDeleteSharifah: (^_^).. Alhamdulillah. Terima kasih atas sokongan kalian.
ReplyDeleteLie: Sokongan kalian amat dihargai. Jangan lupa UNGGAS ya.