Pada 25 Oktober 2013, Jumaat yang lalu, Persatuan Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput UNGGAS untuk membawa 40 siswa-siswi memberi makanan kepada gelandangan di sampping menyelami dunia mereka.
|
Penerangan dari mantan PPM, Kak Abel mengenai program-program PPM |
|
|
|
|
Bersempena program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) selama 2 hari 1 malam, PPM USM membuat sedikit kelainan dengan mendedahkan kepada ahli-ahli baru suasana malam di Pulau Pinang khususnya sekitar Georgetown. UNGGAS menjemput lapan aktivis dari Darul Hadis, Alor Setar untuk menjadi fasilitator pada malam tersebut.
Kebanyakan peserta mengatakan bahawa ini adalah pengalaman mereka untuk turun berjumpa secara
face to face dengan
gelandangan. Sebelum ini, mereka hanya memandang dari jauh. Jadi,
mereka perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dalam usaha memahami
pelbagai peringkat masyarakat.
|
Berkumpul di Masjid Kapitan Keling |
|
Taklimat ringkas dari A.Amir mengenai gelandangan | |
|
Masa untuk bertolak
Taklimat daripada Bukhori a.k.a Pak Teh |
|
|
|
|
|
|
|
Lena dalam tidur |
|
Aktivis dari Darul Hadis rancak bersembang dengan seorang pak cik |
|
Iqmal, remaja 14 tahun yang lari dari rumah |
Iqmal, itu nama yang diperkenalkan kepada kami. Menurut adik ini, dia
lari dari rumah dek kerana bergaduh dengan ayahnya beberapa bulan yang
lalu. Disebabkan usianya yang terlalu mentah dan mudah terpengaruh, kami
cuba memujuk dia untuk ikut bersama. Alhamdulillah, Iqmal mengikut
lapan aktivis pulang ke Darul Hadis, Alor Setar.
|
Gelandangan di KOMTAR |
|
Tidur melepaskan lelah seharian mengayuh beca |
|
Bersama Pak Cik Lagend di Lebuh Chulia |
|
Kencing manis dan bengkak hati punca bergelandangan |
Program ini tamat sekitar jam 2.30 pagi.
|
Fokus... A.Amir menerangkan tentang perancangan Community Development |
Terbaik :)
ReplyDeleteTerbaik PPMUSM!
Delete