Wednesday, July 9, 2014

Kembara Ramadhan: "Mereka perlukan perhatian.........."

Pada awalnya, UNGGAS Malaysia berhasrat untuk menyantuni kanak-kanak gelandangan di Georgetown. Namun, disebabkan hal yang tidak diingini telah berlaku, maka kami mengambil keputusan untuk tetap meneruskan program pendidikan . Golongan sasaran tetap sama, iaitu kanak-kanak yang kurang motivasi untuk belajar dan ada juga yang keciciran sekolah akibat desakan ekonomi keluarga.




Dibantu oleh 38 pelajar Universiti Teknologi Petronas, 3 pelajar Universiti Malaysia dan seorang sukarelawan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Alhamdulillah fasa awal Projek Book and Food For Better Future (BuFFER Zone) terlaksana dari jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang pada 7 Julai yang lalu.







Objektif program fasa awal ini adalah lebih kepada untuk berkenalan dengan lebih dekat kanak-kanak di samping memberi motivasi kepada kanak-kanak dan remaja di sini agar tetap berusaha untuk belajar di Flat 100 ini. Alhamdulillah, kanak-kanak di sini amat gembira menerima kehadiran kami sebagai kakak dan abang mereka.



Pulun mewarna

Juri jemputan khas


Slot, "Abang kata", selingan dari Abang Rahimie, sukarelawan CAP

 Seramai 54 kanak-kanak yang turun untuk menyertai program ini dari mula hingga tamat. Antara aktiviti yang dijalankan bersama mereka ialah, Pertandingan Melukis dan Mewarna, Slot Garis Kehidupan, dan Slot Rakit oh Rakit.

 Kanak-kanak di sini dipecahkan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan abang-abang dan kakak-kakak membimbing mereka dan cara ini lebih selesa untuk mereka berkongsi cerita.

Objektif slot Garis Kehidupan adalah untuk mengenali lebih dekat kisah hidup mereka. Ada yang tidak lokek untuk bercerita perihal keadaan keluarga dan ada juga yang kurang keyakinan diri, dan apabila ditanya, dia hanya diam seribu bahasa.

Namun, kakak dan abang tetap mendampingi mereka hingga tamat. Lama-kelamaan, hubungan semakin mesra. Dalam slot ini, mereka dibimbing dalam soal mengejar cita-cita mereka. Belajar bersungguh-sungguh, itu yang ditekankan.

Alhamdulillah, sepanjang program, semua pihak bekerjasama termasuk Jawatankuasa Penduduk LA21 PPR Ampangan, Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur. Moga usaha murni ini tidak terhenti di sini. Insha ALLAH, fasaseterusnya bakal menyusul bersama kanak-kanak di sini, yang memerlukan perhatian......



Saat berpisah

No comments:

Post a Comment