UNGGAS Malaysia telah dijemput untuk mengisi slot dalam Program Kepimpinan yang disertai 50 pelajar perempuan dan 50 pelajar lelaki Madrasah Khairiah Islamiah, Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Program pada 7 Nov dan 8 Nov disertai pelajar terpilih yang menyandang jawatan dan mempunyai rekod baik di sekolah.
Dalam slot pertama ini, penceramah menekankan sifat kepimpinan yang perlu ada dalam diri seseorang bagi melaksankan tanggungjawab yang diberi.
Selain itu, mereka didedahkan dengan isu gejala sosial untuk memberi kesedaran kepada mereka betapa bertuahnya mereka berada dalam lingkungan yang terpelihara dan baik.
Slot kedua pada sebelah malam, 8 Nov pula lebih kepada aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Slot LDK yang berlangsung selama satu jam ini bertujuan memberi motivasi kepada peserta untuk lebih komited menjadi seorang pemimpin.
Slot malam tersebut diakhiri dengan ceramah ringkas oleh Ketua Jurulatih UNGGAS Malaysia, Ustaz Kamaruddin Kassim.
Terima kasih kepada 7 aktivis Pertubuhan Bakti Kebajikan Anak
Yatim&Miskin Al-Mukminun (BAKUN) yang turut serta menyumbang tenaga
malam ini.
Nantikan program susulan bersama sekolah ini.
No comments:
Post a Comment