Tuesday, January 19, 2016

MENGAPA KAMI BANTAH TPPA? - UNGGAS Malaysia

MENGAPA KAMI BANTAH TPPA. 

Ramai yang bertanya mengapa UNGGAS melibatkan diri dalam urusan membantah TPPA. Mengapa tidak hanya fokus kepada program2 pemulihan, pendidikan dan kebajikan.

Jawapan kami;
Istilah 'Gejala Sosial' itu sudah jelas menunjukkan bahawa semua permasalahan yang disebut sebagai 'gejala sosial' adalah hasil daripada permasalahan yang lebih asas.


Ini kerana istilah GEJALA itu sendiri dalam bahasa Inggeris adalah 'symptoms' atau tanda-tanda. Contohnya simptom (gejala) demam denggi adalah demam panas yang berpanjangan, sakit sendi dan liang roma berdarah. Maka gelaja bahawa masyarakat kita sedang sakit adalah zina berleluasa, pelacuran, perjudian, jenayah, dadah, ketom, gam, gangsterisma, mat rempit, dan banyak lagi..
Jika begitu, apa pula penyakitnya sehingga timbul gejala-gejala sedemikian ?







Penyakitnya ada dua bahagian, pertamanya faktor luaran iaitu sosioekonomi dan sosiobudaya seperti tekanan hidup, masalah keluarga, kemiskinan, kurang pendidikan, rasuah, penyelewengan kuasa, perancangan bandar yang tidak seimbang, pengaruh media dan gaja hidup yang merosakkan.

Keduanya faktor dalaman atau kejiwaan. Ini diertikan sebagai lemah iman, tiada iman, tiada jati diri dan tiada motivasi untuk hidup dengan lebih baik. Dalam hal kedua ini perlu di ingat bahawa Allah S.W.T menyanjungi mereka yang miskin tetapi redho, kuat berusaha, tidak meminta minta dan tetap menjaga perihal-perihal keagamaan dan hukum hakam dengan tidak melibatkan diri dalam gejala-gejala sosial yang merosakkan.

Dalam hal TPPA. Kami begitu yakin dengan bukti-bukti yang ada, serta saranan pakar-pakar ekonomi, negarawan dan aktivis bahawa TPPA bukan sahaja akan menjadikan Malaysia hamba ekonomi kepada kuasa besar dunia malah akan menjejaskan polisi-polisi sosial berkaitan kebudayaan, agama, kesihatan dan alam sekitar. Perkara ini jika dibiarkan berlaku, akan menambahkan lagi gejala-gejala sosial yang kini sudah tidak terkawal.

Rakyat yang dihimpit permasalahan sosioekonomi dan kecelaruan sosiobudaya akan cenderung untuk terlibat ke dalam kancah gejala sosial.

Untuk mencapai matlamat mewujud negara yang sejahtera bebas dari gejala sosial, usaha yang berterusan dan selari dari pihak pembuat polisi (top - down) dan juga aktivis yang berada dilapangan (bottom - up) perlu wujud.

Untuk mengikuti lebih banyak hujahan-hujahan dan pembuktian berkenaan baik buruk TPPA. Sila layari page Facebook Bantah TPPA.

Sokongan anda terhadap usaha UNGGAS MALAYSIA ini sangat dihargai. Ribuan terima kasih kami ucapkan.
Yang benar,
N.F Amir
Presiden,
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA).

No comments:

Post a Comment