Monday, March 28, 2016

Misi 03: Mini Casino Tiga Serangkai. Terlepas Pandang Atau Pura2 Tak Nampak ?

Skuad Lashkar Cinta
Laporan Outreach: 
25/03/2016 (Jumaat)
5.30pm - 10.15pm
Objektif:
Membuat pemetaan dan pemerhatian di kawasan port lepak untuk hiburan.
Catatan:
Minggu lepas, kita turun buat pemerhatian pada jam 2pm-5pm. Minggu ini, kita sengaja lewatkan masa outreach iaitu, dari jam 5.30pm hingga 10.15pm untuk melihat suasana sebelah lewat petang hingga malam pula.
Tempat outreach, masih lagi sama, KOMTAR, Prangin Mall dan 1st Avenue.
Seperti biasa, kami menuju ke pusat hiburan dan port melepak di tingkat 4, KOMTAR.
Tempat pertama kami masuk ialah Video Game Centre. Sejurus masuk, kami terus menukar token untuk menunjukkan kami sebahagian dari mereka. (Strategi hemoi di lapangan).
Masih ingat lagi, game 'tembak ikan'? Kali ini, semua meja game tersebut dipenuhi pemain. Begitu juga beberapa permainan lain.




Rata-ratanya, orang dewasa. Tiada pengunjung remaja atau pelajar sekolah ditemui.
Di lokasi kedua, kami masuk ke Pusat Game yg juga penuh dengan mesin judi.
Dengan berbaki token yg ada, kami terus bersahaja melilau² mencari permainan. Kononnya, mencari yg menarik utk dimain. Seperti biasa, disebabkan 2 org aktivis bertudung, kami dilihat 'pelik' oleh pengunjung lain di situ. Sehingga kami ditegur oleh seorang lelaki Indonesia. Katanya, "hei, keluar keluar. Pakai tudung pun masuk lagi ka sini?". Balas aktivis kita, "kami teman kawan kami ja (sambil menudig jari pada aktivis lelaki).
Situasi ini menunjukkan perempuan bertudung tidak pernah/jarang masuk ke premis ini. Memang masa selepas jam 5, sangat ramai berbanding pemerhatian lepas.
Rata-ratanya, pengunjung yang berumur 20-an dan ke atas.
Jam menunjukkan 7pm. Kami mengambil keputusan untuk berehat untuk makan dan solat, sebelum teruskan outreach di tempat lain.
Pada jam 8.30pm, kami terus ke Prangin Mall. Kami ke tingkat 4, Atrium A. Di sekitar sini, ada 8 pusat hiburan, tetapi hanya 5 yang dibuka termasuk salah satunya baru mula beroperasi kembali setelah 2 bulan bercuti dan mesin dikedainya tampak baru semua dan masih tiada smbutan hangat
Kami terus masuk satu persatu pusat hiburan tersebut. Ramai. Sangat ramai. Token yg ditukar bukan sedikit, hinggakan perlu dibawa dalam bakul kecil.
Jelas kelihatan ketagihan terpancar di muka mereka. Di salah satu pusat tersebut, seorang lelaki berusia 50-an amat menarik perhatian kami. Kami mula mendekati beliau yg bersungguh² bermain mesin judi.
Beliau sudah beruban, rambut dan janggutnya. Keramahannya membuatkan kami banyak bertanya. Katanya, beliau kerap ke sini untuk bermain mesin tersebut.
Kami selang seli dengan sorakan, "pak cik menang". Sengaja untuk membina hubungan antara kami. Sekejap² mukanya serius menantikan keputusan. Kemudian, beliau bangun untuk menukar token, RM20 taruhan beliau.
Kami menemani beliau sehingga habis bermain. Beliau berjaya menebus RM30. Sedih melihat keadaan ini. Jelas kelihatan wajah yg resah di mukanya, mungkin kali ini beliau menang sedikit.
Seterusnya kami ke pusat hiburan keluarga 4 in 1. (Pusat permainan, restoran steamboat, bowling dan snooker).
Di pusat hiburan 3 in 1 di banner di nyatakan snooker bowling dan arcade. Namun kawasan mesin sedikit tersorok. Jadlah 4 in 1. Kawasan mesin judi sangat besar dan mewah umpama kasino di pusat membeli belah. Terdapat judi Bingo, teka lubang golf, Roullette elektronik dan Mahjung elektronik yang mendapat sambutan hangat golongan "auntie chinese berumur 50an" yang mengerumuni mesin tersebut. Di "kasino" tersebut dilihat ramai pekerja warga asing yang senantiasa membawa 'token card' untuk menambah bidaan judi jika diperlukan.
Menurut pemerhatian, sangat ramai pengunjung di keempat-empat bahagian ini. Paling ramai di pusat game.
Di pusat game ada 2 bahagian. Pertama, mesin game yg bersifat taruhan. (Judi). Kedua, hanya permainan semata-mata. Di sini, kelihatan sebuah keluarga membawa anak-anak bersama. Termasuk bayi berusia linkungan 3-4 bulan, yang lain 2 orang anak lelaki. Mungkin hari minggu, jadi si ayah membawa keluarganya 'outing'.
Konklusi pada outreach kali ini ialah, ramai pengunjung pada sebelah malam. Menurut pemerhatian kami, rata-ratanya pengunjung dewasa yg menjadikan pusat-pusat hiburan ini sebagai 'port' melepak.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana jelas sekali, ini melanggar peraturan sedia ada dan merosakkan masyarakat kita.
--------------------
Kami mengalu-alukan sukarelawan yg ingin ikut serta dalam outreach Lashkar Cinta.
Kepada yang tidak dapat turut bersama di lapangan, boleh juga membantu memberi sumbangan untuk aktiviti outreach.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB Bank atas nama, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia.
8600937558.
Sekian laporan,
Skuad Laskar Cinta,
Outreach Minggu ke-4 (dikawasan ini).
Laporan disediakan oleh,
Bro Shawn dan Afifaliza.
------------
'Sebarkan Cinta Bukan Nafsu'

Monday, March 21, 2016

'Aku Bukan Seorang' - Penghuni STB.



Alhamdulillah, Projek BuFFER @ STB pada 19 Mac yang lepas berjalan lancar.

Program kali ini dikelola oleh pelajar-pelajar hebat dari Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(USM). Ikuti perkongsian mereka dibawah. Sedikit perkongsian daripada salah seorang fasilitator yang terlibat.

CATATAN: 'AKU BUKAN SEORANG'
Keseorangan. Luah perasaan salah seorang penghuni di situ. Suasana yang berbeza sebelum ini, berhadapan dengan orang keliling yang berbeza, sebenarnya memberi perasaan berbeza juga.
Beliau baru dimasukkan ke situ, belum cukup setahun lagi. Namun, sudah dukup memberi keinsafan atas kesalahannya sebelum ini.
Salah seorang fasilitator mendekati adik ini kerana dari jauh dia menyendiri. Dan, memang benar. Penghuni di sini memerlukan perhatian. Ya. Perhatian untuk mendengar keluhan mereka, dan memberi kata-kata semangat, membimbing mereka ke jalan yang betul.
Alhamdulillah, setelah berbual, adik ini nampak lebih bersemangat untuk meneruskan program.
--------------
Untuk info semua, program lepas bertemakan Explorace. Walaupun ramai daripada adik-adik ini kurang sihat, namun mereka bersemangat juga meneruskan aktiviti hingga petang.
Program kali ini disertai 72 penghuni, dan fasilitator seramai 22 orang.
Insha Allah, pada 27/3 (Ahad) ini, pelajar dari Kampus Kejuteraan USM pula akan menyantuni adik-adik STB.
-------
Info tambahan:
Skuad BuFFER di bawah UNGGAS Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak individu/kumpulan individu/NGO yang ingin turut bersama dengan program ini.
Bagi yang tidak dapat turut bersama, boleh juga memberi sumbangan untuk kelangsungan projek BuFFER ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB (8600937558), atas nama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia).
'.. Ilmu Pembenteng Jiwa ..'

Misi 02: Skuad Lashkar Cinta @ Mall Tiga Serangkai





[Skuad Lashkar Cinta]
Laporan Outreach: Keluarga Judi di KOMTAR
18/03/2016 (Jumaat)
2pm-7pm

Objektif:
Membuat pemetaan dan pemerhatian di kawasan port lepak untuk hiburan.

Catatan:
Minggu ini, kita memfokuskan waktu pemerhatian dari jam 2pm-5pm, kerana waktu pagi agak lengang di kawasan ini.

Kami teruskan pemetaan kawasan di tempat yang sama seperti outreach minggu lepas, cuma waktu berbeza.

Pada mulanya, kami terus menuju ke KOMTAR (Tingkat 4). Tingkat ini memang kita sedia tahu, disuatu sudut ada pusat hiburan dan port melepak. Tempat pertama kami masuk ialah Video Game Centre. Kehadiran kami di situ memberikan tanda tanya kepada orang ramai di situ. Mungkin kami muka-muka baru.

Kelihatannya, ramai pengunjung di situ rata-rata orang dewasa. Kelihatan 2 orang remaja lelaki yang hanya memerhatikan orang lain bermain. Video Games bukanlah satu permainan yang popular kini. Zamannya telah berakhir digantikan dengan gadget. Tapi masih ada sebuah mesin yang menjadi tumpuan, 'Game Tembak Ikan'.

Di lokasi kedua, ketagihan ini jelas dilihat. Dua buah keluarga khusyuk bermain tidak mengendahkan kami yang masuk ke premis. Keadaan si ayah sungguh serabut, ternanti-nanti 'nasib baik' untuk menerima habuan wang tunai. Mereka turut membawa anak-anak mereka. Anak kecil berumur 7 tahun dan 9 tahun. Mungkin ketika ini cuti sekolah, jadi mereka dipaksa ikut. Situasi ini memberikan pembelajaran negatif kepada si anak. Berjudi boleh membawa untung..

Memang benar, sekali terjebak, susah untuk keluar dari tabiat ini. Sambil kami acah2 bermain mesin yang sama, kami cuba mendekati kanak-kanak lelaki (9 tahun) yang datang melihat kami bermain 'tembak ikan'. Beliau kelihatan amat teruja sehinggakan tangannya cuba mengawal tombol 'tembak' kami.

Dari situ kami mula berhemoi. Menurutnya, boleh dikatakan hari-hari mereka bermain di situ.. Kita dapat membayangkan berapa wang yang mereka laburkan untuk memenuhi ketagihan mereka.. Ayah, Ibu dan anak-anak turut terlibat demi wang dan kegilaan tembak ikan.

Kami juga turut 'hemoi' dengan tokey premis terbabit. Setelah mendapat penerangan boss di situ, baru kami faham kenapa ramai yang suka 'tembak ikan'. Hanya melabur RM1, boleh mendapat pulangan wang tunai sehingga RM50 jika pandai 'menembak'. Judi tetap judi. Sebanyak mana wang yang diperoleh hasil judi akan lesap tanpa sedar. Percayalah.

Di atrium tingkat atas Prangin Mall. Kesemua 8 'pusat hiburan keluarga' kecuali sebuah, tidak lain merupakan pusat judi (nama yang kami, sedangkan mereka berdaftar dan berlesen dengan signboard Pusat Hiburan Keluarga). Kami yakin mengatakan ia pusat judi kerana mereka semua bermain mesin yang menawarkan ganjaran wang. Kami akan siasat hal ini, adakah bersalahan dengan undang2. Ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Kami masuk tiga daripada pusat2 terbabit. Penuh dengan pengunjung petang dari pelbagai kaum, ramai yang masih belia remaja.

Semuanya muka serabut mengharapkan pulangan. Selain judi tembak ikan, ada juga mesin judi slot, judi golf, dan judi monyet wukong. Ada dua jenis mesin judi disini, sama ada anda bermain menggunakan token atau kunci.

Kami akan datang lagi kesini membawa mesej dakwah. Baru kami tahu, ada industri permainan mesin judi di Komtar dan Prangin Mall. Apa tindakan yang patut diambil ? Adakah ini tidak apa-apa ? Tidak salah ?Yang pasti, halal atau haram dalam undang2 manusia, ia tetap haram disisi Allah dan memudaratkan masyarakat tidak kira agama atau kaum.

Kami juga sempat kunjungi Pusat Karaoke. Kunjungan kami disambut mesra brother di kaunter pusat tersebut.Pada mulanya, kami mempamerkan diri sebagai pelanggan. Bertanya mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.

Setelah itu, apabila suasana mesra dirasai, kami terus memperkenalkan diri sebagai UNGGAS Malaysia. Kami bercerita serba sedikit mengenai tujuan outreach kali ini.

Menurut info brother tersebut, rata-rata pelanggan di situ, 80% warga asing, dan 20% yang lain Melayu dan Cina. Beliau juga mengakui ada pengunjung yang melakukan maksiat di kotak2 karaoke dan beliau sendiri akan akan menegur mereka. Kami ucapkan terima kasih dengan kerjasama 'brother' terbabit.

Pemerhatian kali ini agak berbeza dengan outreach lepas. Waktu yang berbeza menunjukkan 'niche' yang berlainan. Kami tamatkan outreach kali ini pada jam 7pm.

* Insha Allah, minggu hadapan kita akan buat pemerhatian pola penunjung pada sebelah lewat petang hingga malam pula, dari jam 5pm-9pm.
Kami mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk sertai kami pada minggu hadapan. Hari yang sama, Jumaat.
Kepada yang tidak dapat turut bersama di lapangan, boleh juga membantu memberi sumbangan untuk aktiviti outreach.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB Bank atas nama, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia.
8600937558.
Sekian laporan,
Skuad Laskar Cinta,
Outreach Minggu ke-3.
Laporan disediakan oleh,
Shawn, Afifaliza dan Bro Amir.
------------
'Sebarkan Cinta Bukan Nafsu'




Tuesday, March 15, 2016

Buku sumbangan dimanfaatkan bersama

Assalamualaikum.

Masih ingat sumbangan buku dari Perpusatakaan Komuniti Petaling Jaya?

Alhamdulillah. UNGGAS Malaysia berpeluang memanjangkan sumbangan tersebut kepada program-program kemasyarakatan lain selain anjuran UNGGAS Malaysia.
--------


Skuad BuFFER @ STB telah bermula..! - 2016

📚 Luahan Rasa !
Projek BuFFER@STB
(27hb Feb 2016)


Projek Book and Food for Better Future (BuFFER) diteruskan lagi di Sekolah Tunas Bakti, Butterworth (sekolah Juvana). Program kali ini dikelolakan oleh abang2 dan kakak2 sukarelawan dari PPMUSM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka sempoi dan bersemangat (Oh yeah ! ).

Sememangnya projek ini bukan sahaja bermanfaat kepada peserta tetapi kepada sukarelawan sebagai medan latihan untuk mereka lebih mahir di lapangan dakwah.

Tak banyak gambar yang boleh dikongsi kerana peraturan disini ialah wajah pelatih tidak boleh disebarkan di media.
Berikut merupakan luahan rasa pengarah program kali ini, Mira Hamid. ðŸ‘‡
👪
Apa yg berlaku semalam banyak 'out of expectation'.. cth yg pertama, pengetua telah 'confirm' betul2 pelajar hanya 80 orang.. tiba2 jadi 96 orang. Barang yang disediakan semasa ice breaking hanya berlebih sedikit sahaja sebab kita amatlah menjaga kos utk beli brang2. Modul yang dibuat pun harus memakan belanja yang sedikit shaja.. kalau ikutkan hati memang nk buat modul yg bermacam2 lagi.

Untuk slot ice breaking, tahniah pada aizat, kerana dapat handle mereka dengab baik. Walaupun plan macam lain, tapi jadi mcm lain. Peserta sangat berdisplin semasa disuruh berkumpul dalam nilai yang diberi. Septutnya apa yang dijangka, mereka akan berlari dan belon yang dipakai di kaki pasti pecah. tapi tak menjadi. next time kita boleh ubah modul kita. kita pun tak tahu apa yang akan terjadi. so, part ni tak apa.. kita hanya merancang.. Allah yang tentukan...

Ok... untuk slot seterusnya slot motivasi oleh halimatus.. slot ni mira puji semangat halimatus.. wlupun dia juga baru first time.... cuma masa ni mira tgk ada segelintir yang memberi fokus dan ada yg tidak..

Next.. Boom.. sepatutnya kita ada mcm2 jenis boom supaya lebih meriah. boom ni boleh je masuk bila2 masa bila tengok mereka hilang fokus..boom yg Aizat buat boleh tahan hebat dan mungkin boleh perbaiki lagi.. apa2 pun tahniah pada aizat a.k.a aaron aziz...😂
Then.. slot yang seterusnya kotak emosi oleh farid.. tahniah kpd farid.. first time tengok macam tak yakin sebab farid ni pendiam.. then apa yang dia buat semalam mengubah la persepsi saya terhadap dia.. bagus.. good job.. Tetapi masa yang diberikan tidak cukup untuk kotak emosi ni.. apa yg mira jangkakan ialah mereka akan lukis simple2 n masa yg diambil mybe dalm seminit je utk lukis.. Rupanya banyak yang mereka nak luahkan.. lepas ni modul ini boleh diteruskan pada bulan 3 nanti. Dalam aktiviti ni fasilitator harus memainkan peranan yg tinggi sebab masa yg ada hanya la sedikit sahaja.

Amirul husni pula.. dia curi masa semasa pembinaan menara kejayaan utk smbung kotak emosi tu.. good job.. pandai mengambil peluang.. sama juga dgn wan..

Pastu slot raqibul... slot ni saya rasa memang betul2 berjaya..tahniah kpd raqibul... dah macam pencetus ummah pulak .. good job. Idea last minit utk uji menara mereka dgn botol tu, terbaik.. Saya pun ragu2 boleh ke uji dgn botol.. Idea semua peserta memang kreatif.. Siap dgn belon semua.. memang terbaik..

Masa menyanyi lagu realiti insan.. lagu tu sepatutnya bina semangat dorg . Tapi peserta tu tak nyanyi pon pada awalnya.. Saya puji fasilitator yang join menyanyi.. apabila fasilitator buat.. Baru dia orang buat.. tu ja sbnrnya... bila fasi tak nyanyi.. tak duduk di depan.. Mereka kurang semangat untuk nyanyi.. kurang gaya..

Lepas tu slot wan, radio karat... tahniah pada wan sebab first time handle aktiviti macam ni.. apa saya nampak mereka main tipu.. Haha.. Orang pertama dah tulis ayat siap2 di depan tu dan pass pada orang belakang.. Apa pun itulah realitinya kehidupan.
Terima kasih pada semua .. Yang mana baik datangnya dr Allah swt.. yg mana buruk datangnya dari diri kita...

inshaAllah kita sama-sama mujahadah memperbesarkan hati untuk menerima segala teguran... ^_~
Wallahualam....

Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yuyu...wan... halimatus...ekin...wawa...raqibul...farid...aida...zakiah...nik...aizat...amirul husni..amirul syafiq...fatin...eton..zahari...

Misi 01: Skuad Lashkar Cinta @ Georgetown

[Skuad Lashkar Cinta - UNGGAS Malaysia]

'... Sebarkan Cinta, Bukan Nafsu ...'

CATATAN OUTREACH LASKAR CINTA@GEORTOWN
JUMAAT (11. 03. 2016)
10 AM - 1 PM
Objektif :
Membuat pemetaan kawasan berisiko pelajar ponteng sekolah dan port lepak untuk hiburan.
Bertemu dengan remaja lepak.
Lokasi:
1) Kompleks Tiga Serangkai iaitu;
2) Kompleks KOMTAR
3)Prangin Mall
4) 1st Avenue
Catatan:
Pemetaan hari ini memfokuskan 'niche' (pengelasan khas) lokasi pusat hiburan keluarga di premis utama pusat pemerintahan Pulau Pinang iaitu sekitar komtar.
Niche hari ini juga menumpukan pemerhatian aktiviti sosial pada waktu pagi sekitar jam 10 pg - 1 ptg hari Jumaat.
Salah satu elemen penting dalam pemetaan isu-isu sosial adalah pemetaan lokasi dan waktu.

Kami mula bergerak ke tingkat 5 komtar yang mempunyai taman istirehat terbuka di atas bumbung. Lokasi ini memang diketahui sebelum ini sebagai kawasan lepak untuk menghidu gam. Kami pernah menyaksikan perkara tersebut beberapa waktu yang lalu (sudah lama tidak meronda di KOMTAR, hihihi). Namun, lokasi ini ditutup untuk proses renovasi menjadi restoran mewah. Para remaja tiada akses untuk memasuki lokasi terbabut. Berkemungkinan mereka sudah ada port baru yang belum kami ketahui.

KOMTAR.
Kami bergerak meronda ditingkat 4. Banyak kedai2 yang sudah tidak beroperasi. Kami menuju ke kawasan di hujung tingkat 4 yang kelihatan suram dan tiada aktiviti. Rupa-rupanya terdapat 3 pusat hiburan yang tersorok di tingkat 4 ini. Pusat ini menyediakan permainan konsul video2 game bertoken, dari luar nampak suram tetapi bila masuk ke dalam, meriah dengan muzik dan ramai oranh. Namun tidak ada pelajar yang kelihatan hanya orang dewasa dan orang tua yang berada didalam. Berkemungkinan masa itu tidak ada pelajar disitu kerana masih terlalu awal, tetapi ada potensi diwaktu petang dan malam ramai remaja dan kanak-kanak akan datang melepak ke situ.

PRANGIN MALL.
Di tingkat paling atas atrium A (tingkat 4), kami dapati ada 7 premis pusat hiburan 'keluarga', yang buka pada hari ini hanya 4. Kami masuk ke dalam dan mendapati keempat-empat premis ini kesemuanya pusat hiburan keluarga dipenuhi mesin game JUDI SLOT dan mesin 'JUDI TEMBAK IKAN' tiada satu pun mesin video game 🕹.
Ini sesuatu yang menghairankan kerana premis-premis berkenaan berdaftar sebagai Pusat Hiburan Keluarga. Berdasarkan pengetahuan kami, mesin slot judi tidak dibenarkan beroperasi di pusat hiburan keluarga. Kami akan siasat lebih lanjut berkenaan hal ini. Mohon juga para pembaca mewar-warkan informasi ini kepada pihak berkenaan.

Apa pun, istilah 'keluarga' tersebut kami tidak dapat terima. 'keluarga lah sangat....' ðŸ˜£
Walaupun masih pagi, premis-premis ini sudah dihadiri oleh warga yang berumur yang mahu bermain judi. Kami tidak pasti sama ada ia melibatkan pertaruhan wang sebenar atau tidak, tetapi mereka jelas mengumpulkan token.
Di Atrium A ini juga terdapat pawagam.
Di tingkat paling atas Atrium B pula mempunyai dua buah pusat hiburan yang besar yang dimiliki syarikat yang sama dengan jenama Classic. Disini terdapat restoran steamboat + karaoke, pusat bowling dan pusat hiburan yang menyediakan mesin game bertoken. Premis ini nampaknya lebih eksklusif dan mahal.

1st AVENUE
Di tingkat paling atas (tingkat 8), ada kawasan lapang ,pentas dan panggung wayang. Tempat ini juga dijadikan sebagai tempat lepak2 dan aktiviti sosial yang lain.

Sebelum bergerak ke Masjid untuk solat Jumaat, barulah kami terserempak dengan sekumpulan pelajar sekolah yang melepak dengan imej gangster (pakaian yang tidak kemas dan rambut warna perang). 

Kami mengajak mereka untuk solat bersama tetapi mereka hanya tersenyum. Kami tidak dapat bersembang lama kerana sudah masuk waktu.

Nampaknya 'timing' yang sesuai untuk outreach pada waktu siang di kompleks tiga serangkai ini adalah sekitar jam 2 ptg ke atas.

Alhamdulillah dgn pemerhatian ini, kita akan merancang dan menetapkan hari dan waktu yang sesuai dengan keadaan dari pemerhatian dan maping yang telah dibuat.Hal ini bertujan mendekati dan menyantuni para remaja kita.

Moga perancangan program untuk outreach akan dirancang nanti disertai dengan lebih ramai lagi sukarelawan.
Kerana,
“Barangsiapa memberikan petunjuk kebaikan maka baginya akan mendapatkan ganjaran seperti ganjaran yang diterima oleh orang yang mengikutinya dan tidak berkurang sedikit pun hal itu dari ganjaran orang tersebut.” (HR. Muslim).


Sekian,
Dilaporkan oleh,
Shawn Nashraf
SKUAD LASKAR CINTA, UNGGAS MALAYSIA.

*SEBARKAN CINTA,BUKAN NAFSU*
Tiada gambar yang kami ambil kerana takut kena balun... Kamera kecik tak ada. Hihihi.


----------Nantikan laporan kami untuk Misi seterusnya-------------------