Alhamdulillah, Projek BuFFER @ STB pada 19 Mac yang lepas berjalan lancar.
Program kali ini dikelola oleh pelajar-pelajar hebat dari Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(USM). Ikuti perkongsian mereka dibawah. Sedikit perkongsian daripada salah seorang fasilitator yang terlibat.
CATATAN: 'AKU BUKAN SEORANG'
Keseorangan. Luah perasaan salah seorang penghuni di situ. Suasana yang berbeza sebelum ini, berhadapan dengan orang keliling yang berbeza, sebenarnya memberi perasaan berbeza juga.
Beliau baru dimasukkan ke situ, belum cukup setahun lagi. Namun, sudah dukup memberi keinsafan atas kesalahannya sebelum ini.
Salah seorang fasilitator mendekati adik ini kerana dari jauh dia menyendiri. Dan, memang benar. Penghuni di sini memerlukan perhatian. Ya. Perhatian untuk mendengar keluhan mereka, dan memberi kata-kata semangat, membimbing mereka ke jalan yang betul.
Alhamdulillah, setelah berbual, adik ini nampak lebih bersemangat untuk meneruskan program.
--------------
Untuk info semua, program lepas bertemakan Explorace. Walaupun ramai daripada adik-adik ini kurang sihat, namun mereka bersemangat juga meneruskan aktiviti hingga petang.
Program kali ini disertai 72 penghuni, dan fasilitator seramai 22 orang.
Insha Allah, pada 27/3 (Ahad) ini, pelajar dari Kampus Kejuteraan USM pula akan menyantuni adik-adik STB.
-------
Info tambahan:
Info tambahan:
Skuad BuFFER di bawah UNGGAS Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dari pelbagai pihak individu/kumpulan individu/NGO yang ingin turut bersama dengan program ini.
Bagi yang tidak dapat turut bersama, boleh juga memberi sumbangan untuk kelangsungan projek BuFFER ini.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB (8600937558), atas nama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia).
'.. Ilmu Pembenteng Jiwa ..'
No comments:
Post a Comment