Monday, March 28, 2016

Misi 03: Mini Casino Tiga Serangkai. Terlepas Pandang Atau Pura2 Tak Nampak ?

Skuad Lashkar Cinta
Laporan Outreach: 
25/03/2016 (Jumaat)
5.30pm - 10.15pm
Objektif:
Membuat pemetaan dan pemerhatian di kawasan port lepak untuk hiburan.
Catatan:
Minggu lepas, kita turun buat pemerhatian pada jam 2pm-5pm. Minggu ini, kita sengaja lewatkan masa outreach iaitu, dari jam 5.30pm hingga 10.15pm untuk melihat suasana sebelah lewat petang hingga malam pula.
Tempat outreach, masih lagi sama, KOMTAR, Prangin Mall dan 1st Avenue.
Seperti biasa, kami menuju ke pusat hiburan dan port melepak di tingkat 4, KOMTAR.
Tempat pertama kami masuk ialah Video Game Centre. Sejurus masuk, kami terus menukar token untuk menunjukkan kami sebahagian dari mereka. (Strategi hemoi di lapangan).
Masih ingat lagi, game 'tembak ikan'? Kali ini, semua meja game tersebut dipenuhi pemain. Begitu juga beberapa permainan lain.




Rata-ratanya, orang dewasa. Tiada pengunjung remaja atau pelajar sekolah ditemui.
Di lokasi kedua, kami masuk ke Pusat Game yg juga penuh dengan mesin judi.
Dengan berbaki token yg ada, kami terus bersahaja melilau² mencari permainan. Kononnya, mencari yg menarik utk dimain. Seperti biasa, disebabkan 2 org aktivis bertudung, kami dilihat 'pelik' oleh pengunjung lain di situ. Sehingga kami ditegur oleh seorang lelaki Indonesia. Katanya, "hei, keluar keluar. Pakai tudung pun masuk lagi ka sini?". Balas aktivis kita, "kami teman kawan kami ja (sambil menudig jari pada aktivis lelaki).
Situasi ini menunjukkan perempuan bertudung tidak pernah/jarang masuk ke premis ini. Memang masa selepas jam 5, sangat ramai berbanding pemerhatian lepas.
Rata-ratanya, pengunjung yang berumur 20-an dan ke atas.
Jam menunjukkan 7pm. Kami mengambil keputusan untuk berehat untuk makan dan solat, sebelum teruskan outreach di tempat lain.
Pada jam 8.30pm, kami terus ke Prangin Mall. Kami ke tingkat 4, Atrium A. Di sekitar sini, ada 8 pusat hiburan, tetapi hanya 5 yang dibuka termasuk salah satunya baru mula beroperasi kembali setelah 2 bulan bercuti dan mesin dikedainya tampak baru semua dan masih tiada smbutan hangat
Kami terus masuk satu persatu pusat hiburan tersebut. Ramai. Sangat ramai. Token yg ditukar bukan sedikit, hinggakan perlu dibawa dalam bakul kecil.
Jelas kelihatan ketagihan terpancar di muka mereka. Di salah satu pusat tersebut, seorang lelaki berusia 50-an amat menarik perhatian kami. Kami mula mendekati beliau yg bersungguh² bermain mesin judi.
Beliau sudah beruban, rambut dan janggutnya. Keramahannya membuatkan kami banyak bertanya. Katanya, beliau kerap ke sini untuk bermain mesin tersebut.
Kami selang seli dengan sorakan, "pak cik menang". Sengaja untuk membina hubungan antara kami. Sekejap² mukanya serius menantikan keputusan. Kemudian, beliau bangun untuk menukar token, RM20 taruhan beliau.
Kami menemani beliau sehingga habis bermain. Beliau berjaya menebus RM30. Sedih melihat keadaan ini. Jelas kelihatan wajah yg resah di mukanya, mungkin kali ini beliau menang sedikit.
Seterusnya kami ke pusat hiburan keluarga 4 in 1. (Pusat permainan, restoran steamboat, bowling dan snooker).
Di pusat hiburan 3 in 1 di banner di nyatakan snooker bowling dan arcade. Namun kawasan mesin sedikit tersorok. Jadlah 4 in 1. Kawasan mesin judi sangat besar dan mewah umpama kasino di pusat membeli belah. Terdapat judi Bingo, teka lubang golf, Roullette elektronik dan Mahjung elektronik yang mendapat sambutan hangat golongan "auntie chinese berumur 50an" yang mengerumuni mesin tersebut. Di "kasino" tersebut dilihat ramai pekerja warga asing yang senantiasa membawa 'token card' untuk menambah bidaan judi jika diperlukan.
Menurut pemerhatian, sangat ramai pengunjung di keempat-empat bahagian ini. Paling ramai di pusat game.
Di pusat game ada 2 bahagian. Pertama, mesin game yg bersifat taruhan. (Judi). Kedua, hanya permainan semata-mata. Di sini, kelihatan sebuah keluarga membawa anak-anak bersama. Termasuk bayi berusia linkungan 3-4 bulan, yang lain 2 orang anak lelaki. Mungkin hari minggu, jadi si ayah membawa keluarganya 'outing'.
Konklusi pada outreach kali ini ialah, ramai pengunjung pada sebelah malam. Menurut pemerhatian kami, rata-ratanya pengunjung dewasa yg menjadikan pusat-pusat hiburan ini sebagai 'port' melepak.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana jelas sekali, ini melanggar peraturan sedia ada dan merosakkan masyarakat kita.
--------------------
Kami mengalu-alukan sukarelawan yg ingin ikut serta dalam outreach Lashkar Cinta.
Kepada yang tidak dapat turut bersama di lapangan, boleh juga membantu memberi sumbangan untuk aktiviti outreach.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB Bank atas nama, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia.
8600937558.
Sekian laporan,
Skuad Laskar Cinta,
Outreach Minggu ke-4 (dikawasan ini).
Laporan disediakan oleh,
Bro Shawn dan Afifaliza.
------------
'Sebarkan Cinta Bukan Nafsu'

No comments:

Post a Comment