Monday, March 21, 2016

Misi 02: Skuad Lashkar Cinta @ Mall Tiga Serangkai





[Skuad Lashkar Cinta]
Laporan Outreach: Keluarga Judi di KOMTAR
18/03/2016 (Jumaat)
2pm-7pm

Objektif:
Membuat pemetaan dan pemerhatian di kawasan port lepak untuk hiburan.

Catatan:
Minggu ini, kita memfokuskan waktu pemerhatian dari jam 2pm-5pm, kerana waktu pagi agak lengang di kawasan ini.

Kami teruskan pemetaan kawasan di tempat yang sama seperti outreach minggu lepas, cuma waktu berbeza.

Pada mulanya, kami terus menuju ke KOMTAR (Tingkat 4). Tingkat ini memang kita sedia tahu, disuatu sudut ada pusat hiburan dan port melepak. Tempat pertama kami masuk ialah Video Game Centre. Kehadiran kami di situ memberikan tanda tanya kepada orang ramai di situ. Mungkin kami muka-muka baru.

Kelihatannya, ramai pengunjung di situ rata-rata orang dewasa. Kelihatan 2 orang remaja lelaki yang hanya memerhatikan orang lain bermain. Video Games bukanlah satu permainan yang popular kini. Zamannya telah berakhir digantikan dengan gadget. Tapi masih ada sebuah mesin yang menjadi tumpuan, 'Game Tembak Ikan'.

Di lokasi kedua, ketagihan ini jelas dilihat. Dua buah keluarga khusyuk bermain tidak mengendahkan kami yang masuk ke premis. Keadaan si ayah sungguh serabut, ternanti-nanti 'nasib baik' untuk menerima habuan wang tunai. Mereka turut membawa anak-anak mereka. Anak kecil berumur 7 tahun dan 9 tahun. Mungkin ketika ini cuti sekolah, jadi mereka dipaksa ikut. Situasi ini memberikan pembelajaran negatif kepada si anak. Berjudi boleh membawa untung..

Memang benar, sekali terjebak, susah untuk keluar dari tabiat ini. Sambil kami acah2 bermain mesin yang sama, kami cuba mendekati kanak-kanak lelaki (9 tahun) yang datang melihat kami bermain 'tembak ikan'. Beliau kelihatan amat teruja sehinggakan tangannya cuba mengawal tombol 'tembak' kami.

Dari situ kami mula berhemoi. Menurutnya, boleh dikatakan hari-hari mereka bermain di situ.. Kita dapat membayangkan berapa wang yang mereka laburkan untuk memenuhi ketagihan mereka.. Ayah, Ibu dan anak-anak turut terlibat demi wang dan kegilaan tembak ikan.

Kami juga turut 'hemoi' dengan tokey premis terbabit. Setelah mendapat penerangan boss di situ, baru kami faham kenapa ramai yang suka 'tembak ikan'. Hanya melabur RM1, boleh mendapat pulangan wang tunai sehingga RM50 jika pandai 'menembak'. Judi tetap judi. Sebanyak mana wang yang diperoleh hasil judi akan lesap tanpa sedar. Percayalah.

Di atrium tingkat atas Prangin Mall. Kesemua 8 'pusat hiburan keluarga' kecuali sebuah, tidak lain merupakan pusat judi (nama yang kami, sedangkan mereka berdaftar dan berlesen dengan signboard Pusat Hiburan Keluarga). Kami yakin mengatakan ia pusat judi kerana mereka semua bermain mesin yang menawarkan ganjaran wang. Kami akan siasat hal ini, adakah bersalahan dengan undang2. Ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Kami masuk tiga daripada pusat2 terbabit. Penuh dengan pengunjung petang dari pelbagai kaum, ramai yang masih belia remaja.

Semuanya muka serabut mengharapkan pulangan. Selain judi tembak ikan, ada juga mesin judi slot, judi golf, dan judi monyet wukong. Ada dua jenis mesin judi disini, sama ada anda bermain menggunakan token atau kunci.

Kami akan datang lagi kesini membawa mesej dakwah. Baru kami tahu, ada industri permainan mesin judi di Komtar dan Prangin Mall. Apa tindakan yang patut diambil ? Adakah ini tidak apa-apa ? Tidak salah ?Yang pasti, halal atau haram dalam undang2 manusia, ia tetap haram disisi Allah dan memudaratkan masyarakat tidak kira agama atau kaum.

Kami juga sempat kunjungi Pusat Karaoke. Kunjungan kami disambut mesra brother di kaunter pusat tersebut.Pada mulanya, kami mempamerkan diri sebagai pelanggan. Bertanya mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.

Setelah itu, apabila suasana mesra dirasai, kami terus memperkenalkan diri sebagai UNGGAS Malaysia. Kami bercerita serba sedikit mengenai tujuan outreach kali ini.

Menurut info brother tersebut, rata-rata pelanggan di situ, 80% warga asing, dan 20% yang lain Melayu dan Cina. Beliau juga mengakui ada pengunjung yang melakukan maksiat di kotak2 karaoke dan beliau sendiri akan akan menegur mereka. Kami ucapkan terima kasih dengan kerjasama 'brother' terbabit.

Pemerhatian kali ini agak berbeza dengan outreach lepas. Waktu yang berbeza menunjukkan 'niche' yang berlainan. Kami tamatkan outreach kali ini pada jam 7pm.

* Insha Allah, minggu hadapan kita akan buat pemerhatian pola penunjung pada sebelah lewat petang hingga malam pula, dari jam 5pm-9pm.
Kami mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk sertai kami pada minggu hadapan. Hari yang sama, Jumaat.
Kepada yang tidak dapat turut bersama di lapangan, boleh juga membantu memberi sumbangan untuk aktiviti outreach.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank CIMB Bank atas nama, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia.
8600937558.
Sekian laporan,
Skuad Laskar Cinta,
Outreach Minggu ke-3.
Laporan disediakan oleh,
Shawn, Afifaliza dan Bro Amir.
------------
'Sebarkan Cinta Bukan Nafsu'




No comments:

Post a Comment