Monday, August 22, 2016

UNGGAS Malaysia : "TOLONG PANTAU VIDEO YANG DITONTON ANAK-ANAK ANDA"

Empat hari lepas, UNGGAS Malaysia kongsikan cerita mengenai pengalaman seorang guru menghadapi anak muridnya yang berusia 6 tahun, menyelak kain kawan perempuan dalam kelas.
Kepada yang belum membaca, boleh klik link di bawah:
Dan, UNGGAS Malaysia juga pernah menghadapi seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang ketagih menonton video lucah!
--------------------------------
Sama-sama kita fikir apakah punca hal ini berlaku. Kenapa kanak-kanak yang belum 'baligh' sudah merasakan 'nafsu' ke arah itu. Mungkin juga mereka hanya meniru tanpa mengetahui perbuatan itu salah.
Justeru, UNGGAS Malaysia memantau beberapa saluran dalm You Tube yang mengandungi unsur-unsur lucah. Watak-watak FROZEN dan Superheroes sudah semestinya menarik mata kanak-kanak kecil untuk menontonnya.
Hakikatnya, ianya mengajar kanak-kanak BERCINTA, dan ada juga adegan BERCIUM. Kita tahu, Kanak-kanak mudah meniru apa yang mereka lihat tanpa boleh menilai baik buruk sesuatu perbuatan.
Berikut merupakan beberapa channel yang mengandungi unsur-unsur LUCAH dan GANAS.
1) CheekSpear Animations
2) Princess&Heroes
3) MySuperHero Video
4) Toy Monster Compilations
5) Superhero vs Superhero
6) Superhero Reality TV
Beberapa langkah pemantauan:
1) IBU BAPA meletakkan 'setting' You Tube kepada Restricted Mode. (Rujuk gambar)
2) Melihat History video yang ditonton anak-anak anda. Sekiranya terdapat saluran-saluran yang dinyatakan di atas, IBU BAPA perlu ambil tindakan selanjutnya. (Rujuk gambar)
*Sebarkan untuk kebaikan bersama*









Sunday, August 21, 2016

Ayuh Turun Lapangan - MALAM AMBANG MERDEKA 2016!

Ayuh turun!
Malam Ambang Merdeka. Malam kemuncak segala-galanya.
Kemuncak apa? Jom turun lapangan!
Yang belum pernah turun ke lapangan melihat realiti masyarakat sebenar, ayuh turun! Pelbagai suasana akan terlihat.
Apa yang anda dapat?
Pertama: Kemahiran komunikasi lapangan (bersembang dengan Mat Rempit, Mat Kayuh, 'Couples', keluarga dan seumpamanya)
Kedua: Melihat realiti masyarakat sebenar
Ketiga: Ilmu 'hemoi' di lapangan dakwah
Jangan tunggu lagi! Jangan tangguh lagi! Jangan bazirkan semangat anda lagi!




9 HARI LAGI !!! Ayuh Turun Lapangan!
Kemerdekaan sepertimana yang remaja kita mahukan?
Adakah dengan menunggang motosikal dengan kelajuan maksimum, itu dikatakan MERDEKA?
Adakah dengan mengayuh basikal yang penuh dengan hiasan bendera MALAYSIA, itu dikatakan PATRIOTIK?
Adakah dengan melihat bunga api bersama-sama pasangan kekasih, itu dikatakan cintakan MALAYSIA?
Semua ini, kita boleh saksikan pada MALAM AMBANG MERDEKA di tempat-tempat tumpuan masyarakat. Penghayatan MERDEKA disalahertikan. Remaja kita hilang bimbingan.
Menunggang motosikal dalam keadaan bahaya di jalan raya..
Kanak-kanak mengayuh basikal hingga lewat malam dan terdedah kepada bahaya..
Pasangan kekasih bermadu kasih seolah-seolah tiada istilah berpisah..
APA SUDAH JADI? APA NAK DIKATA?
Ayuh Turun Lapangan! Sebarkan kebaikan! Tiada istilah BERAKHIR jika belum BERMULA!



Tuesday, August 9, 2016

POKEMON GO! Apa kata Mufti?

[ISU POKEMON-GO]
UNGGAS Malaysia juga berpendapat bahawa fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go kerana ia membawa kepada mudarat melebihi manfaat.










Sunday, August 7, 2016

POKEMON GO! Memudaratkan. Fatwa dikeluarkan HARAM bermain.


Ulasan dari seorang aktivis UNGGAS Malaysia.
[ Pokemon Go ]
Apa yang anda perlu tahu sebelum Apps ini dilancarkan di Malaysia.
[ Pengenalan ]
Pokemon ialah Franchais Gabungan syarikat game Nintendo, GameFreak dan Creatures. Bermula dengan Game di platform GameBoy "Pokemon Red" dan "Pokemon Blue". Penciptanya Satoshi Tajiri mendapat idea tentang hobi beliau semasa kecil iaitu menangkap serangga dan berudu untuk dibela dan ingin menjadikan kenangan zaman kanak-kanaknya dalam bentuk Game.
Bermula pada tahun 1996 hingga Sekarang sudah berpuluh versi Game pokemon dilancarkan dari Platform GameBoy hingga ke Nintendo3DS.
[Permulaan Pokemon GO ]
Pada tahun 2015 1 Trailer Pokemon Go disiarkan semasa sebuah konvensyen dan reaksi yang amat menakjubkan diterima dengan jumlah view 34Juta. Saya sendiri berasa amat teruja kerana ianya seperti merealisasikan impian sewaktu kecil iaitu keluar mengembara dan menangkap Pokemon di dunia Nyata. dilancarkan secara tidak berapa rasmi pada 1 Julai Di seluruh dunia oleh syarikat Nintendo dan Niantic Lab, saya sempat install APK dan bermain beberapa hari di Malaysia. kemudian berlaku 'Region Lock" di mana hanya beberapa negara sahaja di benarkan mengakses server permainan atas sebab Server load yang amat tinggi. beberapa hari Nintendo mula membuka akses kepada beberapa negara dan bilangan negara yang boleh memainkan Pokemon Go bertambah.
[ Apa yang anda perlu tahu tentang Pokemon Go ]
memandangkan Malaysia mempunyai penguna Peranti Pintar yang tinggi dan sebilangan besar kanak-kanak mengunakanya ada beberapa perkara para pembaca perlu tahu mengenai Pokemon Go ini.
1. Augmented Reality Game.
Berbeza dengan Game lain yg and pernah main cth: candy crush COC dll. anda hanya perlu mempunyai akses internet duduk di atas sofa, katil atau lepak2 di kedai mamak untuk bermain game tersebut, lain ceritanya mengenai Pokemon Go.
Pokemon Go mengabungkan Dunia Sebenar dengan Karekter Pokemon di Dunia Sebenar. "Augmented Reality" Pemain perlu keluar dari rumah, berjalan dan menangkap pokemon di sekeliling anda. ada juga tujuan mendekati tempat-tempat istimewa (PokeStop) seperti pejabat pos, kolam air, stesen kereta api untuk mendapat bekalan Pokeballs, Incenses, PokeEggs.
2.Pokemon Community Crowd
Saya dan rakan sudah lama berdiskusi tentang impak permainan Augmented Reality - Location Based - GPS tagging. Satu video dokumentari pendek di New York menberi konfirmasi terhadap teori2 yang pernah saya bincangkan dahulu, dalam 1 Video seekor Growlithe muncul di Zoo Central park ramai pemain berpusu-pusu ke Zoo pada waktu malam sanggup menceroboh dan memanjat pagar semata-mata untuk mendekati kawasan pokemon itu muncul dan menangkapnya. Mereka juga dibahagikan mengkut kumpulan popular Mystic, Valor dan Instinct. dalam dokumentari tersebut seorang pemain keluar dari awal pagi berbekalkan 17 Powerbank untuk mengecas dan bermain Pokemon Go dari awal pagi hingga ke Malam. ternyata para peminat Pokemon SANGAT TERUJA GILA dengan permainan ini. dan ingin menjadi pemain pertama yang menangkap semua Pokemon versi pertama ini.
[ KEGILAAN POKEMON GO ]
Saya mulakan perspektif dari sudut nilai saham dan keuntungan syarikat Nintendo, pada 11 Julai Stok Saham Nintendo meningkat 25% hanya berikutan Kegilaan Pokemon Go Sahaja. Manakala keuntungan dari segi pembelian "In Game Item" sahaja mencecah 1.6juta USD sehari.
[ Bahaya Pokemon Go ]
1. Walaupun seorang peminat saya tidak boleh menidakan bahaya bermain Pokemon Go beberapa insiden di mana pemain kanak-kanak meredah jalanraya sendiri demi menangkap Pokemon yang dilihat di dalam peta dalam aplikasi permainan itu, seperti yg saya sebut di atas pemain perlu berjalan-jalan untuk menangkap Pokemon dan ke PokeStop atau ke Gym Pemain lain.
2. Terdapat pula fitur LURE MODULES di mana "in game item" dalam aplikasi boleh dibeli mengunakan matawang "pokedollars" yang ditukar mengunakan Google Wallet. LURE MODULES ini menarik Pokemon pokemon liar ke tempat anda aktifkan Lure Modules tersebut selama 30minit, sebagai contoh Sebuah Kedai Starbucks di luar negara mengaktifkan Lure Modules setiap 5 jam di premis mereka untuk menarik pokemon datang dan meningkatkan jumlah pemain untuk mengunjungi premis mereka sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan kedai mereka.
3. Bahaya Lures Modules !!!
terdapat beberapa kes yang dibincangkan oleh Pokemon Fan Community untuk mengelakan Lure Modules yang dipasang di tempat terpencil, ini kerana Penjenayah Pokemon Go [Dah macam Team Rocket Pula] akan memasang Lure Modules di tempat terpencil dan menunggu pemain cilik samada kanak-kanak wanita untuk diserang dicuri telefon bimbit, diculik malah dirogol. INI ADALAH FITUR YANG AMAT MERBAHAYA dan DINASIHATKAN JANGAN MEMBIARKAN ANAK-ANAK atau ANAK GADIS BERMAIN POKEMON GO TANPA PENGAWASAN anda.
*KAWALAN DI TANGAN ANDA.*
Saya Kurang bersetuju dengan mengesa agar Majlis Fatwa atau Mufti Bagi Negeri bagi Mengharamkan Permainan Pokemon Go ini. Sebagai Seorang Dewasa kita perlu lebih masa untuk mengajar anak kita bagaimana Mengawal aktiviti mereka di Dunia Cyber ini.. kebanyakkan ibu mencampak peranti mudah alih kepada anak mereka semata-mata untuk mengelakkan mereka menangis hilangkan tantrum, LANGSUNG TIDAK ADA SENSE OF CONTROLS, berapa RAMAI IBU BAPA SEDAR APA YANG ANAK MEREKA VIEWS di YOUTUBE.. mula mula DiDi and friends mana tahu tertekan Related videos yang BUKAN BUKAN.. BERAPA RAMAI IBU BAPA yang SEDAR SIAPA KAWAN ANAK MEREKA DI WECHAT, mereka mungkin berkawan dengan Seorang Peadophilia yang meminta gambar bukan2 dan GROUP APA Yang Mereka SERTAI di WHATSAPP mungkin dah sertai Group Geng Kaki Ponteng dan Gengster sekolah.. BERAPA RAMAI IBU BAPA yang TAHU CARA Check Browsing HISTORY anak-anak entah apa yang dilayari Mereka Malam-malam. Adakah anda tergolong dalam GOLONGAN IBU BAPA YANG MEMBERI PERANTI DIGITAL TANPA KAWALAN KEPADA ANAK? Jika YA ambil beberapa Langkah Mudah ini.
1. SET KAN PASSWORD di PERANTI DIGITAL.
anak-anak perlu meminta kebenaran anda sebelum bermain di Tab atau Ipad atau apa2 peranti Digital
2. Rahsiakan Password Wifi dan Clear Password Selepas Guna.
Langkah ini juga menjimatkan pengunaan data jika anda mempunyai pelan data yang berkuota.
3. Aktifkan Profil Account Parentals Control di Peranti Android mahupun iOS
Android rujuk http://www.pcadvisor.co.uk/…/parental-control-on-android-i…/
iOS rujuk https://support.apple.com/en-my/HT201304
Artikel oleh: CHiP Master Qariah Bagan Jermal.

Saturday, August 6, 2016

Alhamdulillah, KETUM tidak akan ditanam untuk tujuan komersial

Sumber: Berita Harian

PUTRAJAYA: Kerajaan menolak cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengkomersialkan penanaman ketum sebagai punca pendapatan sampingan kepada pekebun kecil getah. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan setelah mendengar taklimat RISDA sebentar tadi berhubung cadangan itu selepas mendapati mudaratnya lebih besar berbanding manfaat. 

Katanya, kementerian juga sudah mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk Kabinet, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, kementerian Dalam Negeri (KDN), polis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). "Semuanya sependapat jika projek ini diteruskan, ia akan membawa lebih banyak masalah sosial kepada masyarakat. 

Jadi, kita tidak akan teruskan projek ini. "Sebaliknya, RISDA akan teruskan usaha tambah pendapatan pekebun kecil dengan menanam tanaman sampingan lain seperti cili dan cendawan selain program keusahawanan lain," katanya pada sidang media selepas mendengar taklimat RISDA, di sini hari ini. 

Ismail Sabri berkata, kerajaan pernah membentangkan usul di Parlimen untuk menyenaraikan ketum, yang kini terletak di bawah Akta Racun Negara 1952, mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi menghadapi beberapa masalah teknikal dan ditarik balik sementara. 

Bagaimanapun, katanya, usul untuk menyenaraikan ketum mengikut Akta Dadah Berbahaya akan tetap dilakukan apabila isu teknikal berkaitan diatasi. "Justeru, tidak wajar bagi membenarkan tanaman ketum sekarang tetapi terpaksa mengharamkannya apabila akta itu dikuatkuasakan," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/

UNGGAS Malaysia juga menyokong keputusan kerajaan menolak cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk menanam ketum.