Monday, August 22, 2016

UNGGAS Malaysia : "TOLONG PANTAU VIDEO YANG DITONTON ANAK-ANAK ANDA"

Empat hari lepas, UNGGAS Malaysia kongsikan cerita mengenai pengalaman seorang guru menghadapi anak muridnya yang berusia 6 tahun, menyelak kain kawan perempuan dalam kelas.
Kepada yang belum membaca, boleh klik link di bawah:
Dan, UNGGAS Malaysia juga pernah menghadapi seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang ketagih menonton video lucah!
--------------------------------
Sama-sama kita fikir apakah punca hal ini berlaku. Kenapa kanak-kanak yang belum 'baligh' sudah merasakan 'nafsu' ke arah itu. Mungkin juga mereka hanya meniru tanpa mengetahui perbuatan itu salah.
Justeru, UNGGAS Malaysia memantau beberapa saluran dalm You Tube yang mengandungi unsur-unsur lucah. Watak-watak FROZEN dan Superheroes sudah semestinya menarik mata kanak-kanak kecil untuk menontonnya.
Hakikatnya, ianya mengajar kanak-kanak BERCINTA, dan ada juga adegan BERCIUM. Kita tahu, Kanak-kanak mudah meniru apa yang mereka lihat tanpa boleh menilai baik buruk sesuatu perbuatan.
Berikut merupakan beberapa channel yang mengandungi unsur-unsur LUCAH dan GANAS.
1) CheekSpear Animations
2) Princess&Heroes
3) MySuperHero Video
4) Toy Monster Compilations
5) Superhero vs Superhero
6) Superhero Reality TV
Beberapa langkah pemantauan:
1) IBU BAPA meletakkan 'setting' You Tube kepada Restricted Mode. (Rujuk gambar)
2) Melihat History video yang ditonton anak-anak anda. Sekiranya terdapat saluran-saluran yang dinyatakan di atas, IBU BAPA perlu ambil tindakan selanjutnya. (Rujuk gambar)
*Sebarkan untuk kebaikan bersama*









No comments:

Post a Comment