Sunday, August 7, 2016

POKEMON GO! Memudaratkan. Fatwa dikeluarkan HARAM bermain.


Ulasan dari seorang aktivis UNGGAS Malaysia.
[ Pokemon Go ]
Apa yang anda perlu tahu sebelum Apps ini dilancarkan di Malaysia.
[ Pengenalan ]
Pokemon ialah Franchais Gabungan syarikat game Nintendo, GameFreak dan Creatures. Bermula dengan Game di platform GameBoy "Pokemon Red" dan "Pokemon Blue". Penciptanya Satoshi Tajiri mendapat idea tentang hobi beliau semasa kecil iaitu menangkap serangga dan berudu untuk dibela dan ingin menjadikan kenangan zaman kanak-kanaknya dalam bentuk Game.
Bermula pada tahun 1996 hingga Sekarang sudah berpuluh versi Game pokemon dilancarkan dari Platform GameBoy hingga ke Nintendo3DS.
[Permulaan Pokemon GO ]
Pada tahun 2015 1 Trailer Pokemon Go disiarkan semasa sebuah konvensyen dan reaksi yang amat menakjubkan diterima dengan jumlah view 34Juta. Saya sendiri berasa amat teruja kerana ianya seperti merealisasikan impian sewaktu kecil iaitu keluar mengembara dan menangkap Pokemon di dunia Nyata. dilancarkan secara tidak berapa rasmi pada 1 Julai Di seluruh dunia oleh syarikat Nintendo dan Niantic Lab, saya sempat install APK dan bermain beberapa hari di Malaysia. kemudian berlaku 'Region Lock" di mana hanya beberapa negara sahaja di benarkan mengakses server permainan atas sebab Server load yang amat tinggi. beberapa hari Nintendo mula membuka akses kepada beberapa negara dan bilangan negara yang boleh memainkan Pokemon Go bertambah.
[ Apa yang anda perlu tahu tentang Pokemon Go ]
memandangkan Malaysia mempunyai penguna Peranti Pintar yang tinggi dan sebilangan besar kanak-kanak mengunakanya ada beberapa perkara para pembaca perlu tahu mengenai Pokemon Go ini.
1. Augmented Reality Game.
Berbeza dengan Game lain yg and pernah main cth: candy crush COC dll. anda hanya perlu mempunyai akses internet duduk di atas sofa, katil atau lepak2 di kedai mamak untuk bermain game tersebut, lain ceritanya mengenai Pokemon Go.
Pokemon Go mengabungkan Dunia Sebenar dengan Karekter Pokemon di Dunia Sebenar. "Augmented Reality" Pemain perlu keluar dari rumah, berjalan dan menangkap pokemon di sekeliling anda. ada juga tujuan mendekati tempat-tempat istimewa (PokeStop) seperti pejabat pos, kolam air, stesen kereta api untuk mendapat bekalan Pokeballs, Incenses, PokeEggs.
2.Pokemon Community Crowd
Saya dan rakan sudah lama berdiskusi tentang impak permainan Augmented Reality - Location Based - GPS tagging. Satu video dokumentari pendek di New York menberi konfirmasi terhadap teori2 yang pernah saya bincangkan dahulu, dalam 1 Video seekor Growlithe muncul di Zoo Central park ramai pemain berpusu-pusu ke Zoo pada waktu malam sanggup menceroboh dan memanjat pagar semata-mata untuk mendekati kawasan pokemon itu muncul dan menangkapnya. Mereka juga dibahagikan mengkut kumpulan popular Mystic, Valor dan Instinct. dalam dokumentari tersebut seorang pemain keluar dari awal pagi berbekalkan 17 Powerbank untuk mengecas dan bermain Pokemon Go dari awal pagi hingga ke Malam. ternyata para peminat Pokemon SANGAT TERUJA GILA dengan permainan ini. dan ingin menjadi pemain pertama yang menangkap semua Pokemon versi pertama ini.
[ KEGILAAN POKEMON GO ]
Saya mulakan perspektif dari sudut nilai saham dan keuntungan syarikat Nintendo, pada 11 Julai Stok Saham Nintendo meningkat 25% hanya berikutan Kegilaan Pokemon Go Sahaja. Manakala keuntungan dari segi pembelian "In Game Item" sahaja mencecah 1.6juta USD sehari.
[ Bahaya Pokemon Go ]
1. Walaupun seorang peminat saya tidak boleh menidakan bahaya bermain Pokemon Go beberapa insiden di mana pemain kanak-kanak meredah jalanraya sendiri demi menangkap Pokemon yang dilihat di dalam peta dalam aplikasi permainan itu, seperti yg saya sebut di atas pemain perlu berjalan-jalan untuk menangkap Pokemon dan ke PokeStop atau ke Gym Pemain lain.
2. Terdapat pula fitur LURE MODULES di mana "in game item" dalam aplikasi boleh dibeli mengunakan matawang "pokedollars" yang ditukar mengunakan Google Wallet. LURE MODULES ini menarik Pokemon pokemon liar ke tempat anda aktifkan Lure Modules tersebut selama 30minit, sebagai contoh Sebuah Kedai Starbucks di luar negara mengaktifkan Lure Modules setiap 5 jam di premis mereka untuk menarik pokemon datang dan meningkatkan jumlah pemain untuk mengunjungi premis mereka sekali gus meningkatkan jumlah pelanggan kedai mereka.
3. Bahaya Lures Modules !!!
terdapat beberapa kes yang dibincangkan oleh Pokemon Fan Community untuk mengelakan Lure Modules yang dipasang di tempat terpencil, ini kerana Penjenayah Pokemon Go [Dah macam Team Rocket Pula] akan memasang Lure Modules di tempat terpencil dan menunggu pemain cilik samada kanak-kanak wanita untuk diserang dicuri telefon bimbit, diculik malah dirogol. INI ADALAH FITUR YANG AMAT MERBAHAYA dan DINASIHATKAN JANGAN MEMBIARKAN ANAK-ANAK atau ANAK GADIS BERMAIN POKEMON GO TANPA PENGAWASAN anda.
*KAWALAN DI TANGAN ANDA.*
Saya Kurang bersetuju dengan mengesa agar Majlis Fatwa atau Mufti Bagi Negeri bagi Mengharamkan Permainan Pokemon Go ini. Sebagai Seorang Dewasa kita perlu lebih masa untuk mengajar anak kita bagaimana Mengawal aktiviti mereka di Dunia Cyber ini.. kebanyakkan ibu mencampak peranti mudah alih kepada anak mereka semata-mata untuk mengelakkan mereka menangis hilangkan tantrum, LANGSUNG TIDAK ADA SENSE OF CONTROLS, berapa RAMAI IBU BAPA SEDAR APA YANG ANAK MEREKA VIEWS di YOUTUBE.. mula mula DiDi and friends mana tahu tertekan Related videos yang BUKAN BUKAN.. BERAPA RAMAI IBU BAPA yang SEDAR SIAPA KAWAN ANAK MEREKA DI WECHAT, mereka mungkin berkawan dengan Seorang Peadophilia yang meminta gambar bukan2 dan GROUP APA Yang Mereka SERTAI di WHATSAPP mungkin dah sertai Group Geng Kaki Ponteng dan Gengster sekolah.. BERAPA RAMAI IBU BAPA yang TAHU CARA Check Browsing HISTORY anak-anak entah apa yang dilayari Mereka Malam-malam. Adakah anda tergolong dalam GOLONGAN IBU BAPA YANG MEMBERI PERANTI DIGITAL TANPA KAWALAN KEPADA ANAK? Jika YA ambil beberapa Langkah Mudah ini.
1. SET KAN PASSWORD di PERANTI DIGITAL.
anak-anak perlu meminta kebenaran anda sebelum bermain di Tab atau Ipad atau apa2 peranti Digital
2. Rahsiakan Password Wifi dan Clear Password Selepas Guna.
Langkah ini juga menjimatkan pengunaan data jika anda mempunyai pelan data yang berkuota.
3. Aktifkan Profil Account Parentals Control di Peranti Android mahupun iOS
Android rujuk http://www.pcadvisor.co.uk/…/parental-control-on-android-i…/
iOS rujuk https://support.apple.com/en-my/HT201304
Artikel oleh: CHiP Master Qariah Bagan Jermal.

No comments:

Post a Comment