Saturday, December 24, 2011

Pemansuhan Penapisan Filem Bakal Bawa Padah - PUMPP; UNGGAS


Kenyataan Media

Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) bersama Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS Malaysia) merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membiarkan penerbit filem mengedit filemnya sendiri dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) hanya akan menjadi penasihat untuk penayangan filem tempatan mahupun luar negara. Diberitakan lagi, segala bentuk lakonan atau adegan yang turut melibatkan seks, keganasan atau bertentangan dengan akidah tidak lagi disekat tetapi hanya akan dilabelkan mengikut isi kandungan filem berkenaan. Kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam bahawa kementeriannya tidak lagi menyekat penayangan filem walaupun ada unsur-unsur penyimpangan akidah dan penghinaan agama kecuali ianya melampau (Harian Metro, 22 Disember) sangat merisaukan pihak kami. Tanda aras ‘melampau’ tidak pula diberitahu kepada umum. Oleh kerana filem merupakan satu media  hiburan yang utama, kami memandang serius isu ini dan meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula perkara berkenaan.

Monday, December 19, 2011

HIMPUNAN SAYANGI BELIA


Jom ramai-ramai kita sertai Himpunan Sayangi Belia ( Operasi Sayangi Remaja ) . Cegah mungkar dengan nasihat & teguran.
Di Mana? di pantai R&R highway BORR (tempat belia berhimpun dari seluruh seberang Prai). Moga menjadi amal yang diredhai Allah.

Kat mana dan bila nak berkumpul? kita akan berkumpul di :
Tempat : Surau Taman Tun Dr. Awang, Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang
Masa : 8.30 malam.
Tarikh : 31/ 12/ 2011 (Sabtu)

Program adalah tidak formal, makan malam tidak disediakan. Taklimat ringkasakan diberikan untuk memudahkan urusan semua pihak...
Jom pi ramai-ramai. Sayangilah saudara-saudaramu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri.... ^_~.. Sebarkan...

Friday, December 9, 2011

PROGRAM LATIHAN AKTIVIS LEVEL 1

Klik pada gambar untuk besarkan.

Program Latihan Aktivis Dalam Isu-Isu Sosial kini kembali lagi. Kali ini program LANDAS ini akan diadakan di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Segala maklumat tentang program tersebut boleh didapati di poster yang tertera. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti latihan intensif ini, sila hubungi kami di talian 013-4451037 ( asti). Jangan ketinggalan untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam lapangan sosial. Bantulah kami untuk membantu masyarakat. "Demi Kesejahteraan Masyarakat". Andalah penentunya.


Saturday, December 3, 2011

PAMERAN STATIK SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA

Pada 1 Disember 2011 yang lalu,UNGGAS telah dijemput oleh AISEC USM untuk mengadakan 1 pameran bersempena sambutan Hari AIDS Sedunia. Pameran tersebut telah berlangsung hampir sehari bermula pada 10.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Pameran ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran orang ramai terutamanya mahasiswa tentang HIV/AIDS.

Gambar-gambar sekitar pameran:


                                       

Saturday, November 19, 2011

SEKITAR PROGRAM PENERANGAN ISU SOSIAL DAN PAMERAN STATIK UNGGAS DI MASJID JAMEK MACHANG BUBOK

Pada 18 November 2011 yang lalu, UNGGAS sekali lagi mengadakan Siri Jelajah Menangani Gejala Sosial. Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Antara aktiviti siri jelajah adalah ceramah penerangan tentang isu-isu sosial dan pameran statik berkenaan realiti masyarakat hari ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Tuan Haji Huseein bin Haji Harun serta jawatankuasa masjid yang lain kerana sudi menerima kedatangan kami.

Pada malam itu, pihak masjid menyatakan kesudian mereka untuk terus mengadakan kerjasama dengan pihak UNGGAS pada masa hadapan.

Antara gambar-gambar sekitar program :


Wednesday, November 16, 2011

MAKLUMAN PENTING

Untuk makluman bersama, email UNGGAS iaitu myunggas@gmail.com mengalami masalah dan telah digodam sejak sebulan lepas. oleh itu,sebarang email yang anda hantar tidak dapat kami terima dan baca untuk tindakan susulan. Untuk mengatasi masalah tersebut, individu yang ingin berurusan dengan pihak UNGGAS bolehlah berbuat demikian dengan menghantar email ke email peribadi Yang Di-Pertua UNGGAS di alamat nfitriamir@gmail.com. Pihak kami ingin memohon sejuta kemaafan diatas segala kesulitan yang berlaku. Harap maklum. Terima kasih

Thursday, November 3, 2011

Bantahan Terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011

Bantahan Terhadap Program Seksualiti Merdeka 2011

Pihak UNGGAS Malaysia berpendapat bahawa Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan tema “Queer Without Fear” amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Baik agama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun “ Kemerdekaan Gender” yang mereka perjuangkan.
Golongan yang menubuhkan kumpulan “Seksualiti Merdeka” ini bukanlah terdiri dari golongan yang biasa-biasa sahaja tetapi kebanyakannya terdiri daripada golongan artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta golongan elit yang berorientasikan pemikiran liberal.
Golongan ini bijak memilih perkataan ‘ Merdeka’ seumpama mereka dijajah, didikriminasikan oleh kerajaan dan ‘golongan agama’. Namun realitinya, golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini. 

Monday, October 24, 2011

Pada 10 sehingga 12 Oktober yang lalu, UNGGAS telah menghadiri satu bengkel simulasi manual sukarelawan Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM). Bengkel ini telah diadakan di Hotel Sri Malaysia Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran aktivis dalam usaha untuk mempersiapkan diri aktivis dengan aktiviti kesukarelaan. Bengkel ini diharapkan dapat memperkasakan para sukarelawan Islam dengan memilik kemahiran berkomunikasi, bergorganisasi dan seterusnya dapat mengikuti latihan demi latihan temu seru di lapangan.


Gambar-gambar program:



Wednesday, October 5, 2011

Sekitar Program 'Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011

Pada 1 Oktober 2011 yang lalu, satu program kesedaran untuk HIV/AIDS telah diadakan. Program tersebut dikenali sebagai Program Komuniti Bebas HIV/AIDS 2011. Program tersebut telah diadakan di Flat Kg Melayu Ayer Itam Pulau Pinang. Program ini adalah hasil kerjasama Pihak UNGGAS Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan JKKK Kg Melayu.

AADK dan AARG juga sudi bekerjasama dengan pihak UNGGAS dari aspek mengadakan pameran kesedaran dalam menjayakan program tersebut. terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjayakan program tersebut.

Gambar-gambar Program:

Ucapan daripada wakil JKKK Kg Melayu

Thursday, September 22, 2011

PROGRAM KOMUNITI BEBAS HIV/AIDS 2011


UNGGAS Malaysia akan mengadakan satu program berkenaan HIV/ AIDS. Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 1 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Serbaguna Blok B, Flat Kg Melayu, Ayer Itam, Pulau Pinang

Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang program tersebut ialah:
* Ceramah kesedaran tentang HIV/AIDS
* Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
* Pameran Statik daripada UNGGAS, AADK dan AARG

Jom beramai-ramai menyertai program ini. Tambah ilmu, Tambah Pengetahuan.

Thursday, September 8, 2011

Konsert Black Metal Terus Dipantau

Melalui pemantauan media, Konsert Impiety yang dijadualkan berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya Pulau Pinang telah dikeluarkan dari jadual penganjur. Namun, konsert kumpulan black metal berkenaan masih ada dalam jadual 'tour' mereka di Sarawak dan Sabah.

Kami akan terus memantau konsert-konsert yang menyalahi akidah seperti ini agar salah satu pintu penyelewengan akidah serta gejala sosial ini dapat dibendung.

'Demi Masyarakat Yang Sejahtera'

Saturday, August 27, 2011

Nyatakan Bantahan Terhadap Agenda Anti-Tuhan BLACK METAL

Surat bantahan dan memohon tindakan pihak berwajib telah dihantar kepada Majlis Agama Islam, Jabatan Mufti, ADUN Kawasan, Exco Agama dan Timb. Ketua Menteri.


Tuan,

Saya mewakili pihak Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS Malaysia), sebuah NGO yang khusus berkerja di lapangan Gejala Sosial dan Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) ingin mengambil perhatian pihak Tuan berkenaan Konsert Black Metal yang akan diadakan pada 10 Septembar 2011 di Dewan Serbaguna Tapak Ekspo Seberang Jaya. Bermula jam 3 petang - 10 malam.

Thursday, August 18, 2011

Tentatif Program Bike Explorer Ramadhan

Tarikh: 20 Ogos 2011
Masa: 10 pagi – 8.00 malam
Hari: Sabtu

Bil. Masa Aktiviti
1. 10.00 pagi Pendaftaran peserta dan taklimat awal
2. 10.30 pagi 1. Empat pertandingan dijalankan:
- Kuiz Spontan
- Basikal Paling Cantik
- Basikal Cepat
- Basikal Lambat

2. Tayangan Video

3. LDK - perkongsian tentang kemerdekaan:
“ Berbasikal Untuk Keamanan ”.

3. 1.15 petang - persiapan untuk solat Zohor dan solat Zohor berjemaah
4. 1.45 petang - Taklimat ringkas untuk konvoi.
- Ucapan perasmian konvoi
- peserta mengambil tempat untuk memulakan konvoi.

5. 3.00 petang - Peserta konvoi dilepaskan.
- Konvoi akan berhenti rehat di Masjid As Syakirin
Permatang Sintok untuk solat asar dan tazkirah ringkas.
6. 6.30 petang - Peserta konvoi sampai ke Surau At Taqwa, Taman Bertam
Indah.
7. 6.35 petang - Ucapan daripada wakil UNGGAS
- Ucapan dan perasmian penutup oleh pengerusi Surau
At-Taqwa, Bertam
8. 7.00 malam - Persediaan untuk berbuka puasa
9. 7.34 malam - buka puasa, solat maghrib berjemaah.
10. 8.00 malam - Bersurai

* - Pameran Statik akan diadakan sepanjang program berlangsung.
- Tabung sumbangan juga akan dibuka untuk individu yang ingin menyumbang.