*** Perkongsian rasa oleh salah seorang aktivis UNGGAS Malaysia.
Pertama dan selamanya rafa’ dan kesyukuran kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta selawat dan salam kepada junjungan besar
baginda Rasulallah S.A.W akhirnya kita terus mampu hidup dengan bekalan Iman dan
Islam. Moga kesyukuran kita dapat dipanjangkan dengan menunaikan amanah kita
pada saudara seagama dan seiman setidaknya atas dasar kemasyarakatan.
Aku adalah generasi yang mengenali sambutan merdeka dengan
budaya konsert, budaya bersorak, budaya bakar bunga api. budaya couple sampai
dinihari. Aku adalah generasi yang kenali aidulfitri dengan rancangan menyanyi,
jantan betina tergedik di TV. Moga ALLAH memberikan perlindungan dari fitnah
akhir zaman ini buat semua yang inginkan Islam dengan beriman dalam dirinya.
Insyaallah.
Penantian bunga api detik 12 malam (Sumber: Google image) |
Kalau tiada konsert bukan ambang merdeka
namanya.
Kalau tiada bunga api pun bukan ambang
merdeka.
Kalau tidak sambut jam 12malam bukan ambang
merdeka juga.
Kalau tidak sambut ambang merdeka tidak
patriotik namanya..
Itulah ajaran dulu, kini dan selamanya.
Kereta perisai, jet pejuang dan sebagainya
akan dikeluarkan dari stor untuk pertunjukan pada waktu pagi..
Itulah erti sebuah kemerdekaan yang
diajarkan..
OPS SAYANGI REMAJA Tahukah anda? Majoriti remaja kita menjadikan Malam Merdeka sebagai malam ekspresi. Jika Mat Rempit, malam inilah paling berani mati, jika Budak Skin Head, malam inilah kepala paling licin, jika Mat Jiwang, malam inilah paling romantik. Kami percaya, apa yang mereka mahukan adalah perhatian. Mereka mahu masyarakat tahu bahawa mereka wujud. UNGGAS Malaysia, API & TERAS percaya pada saat inilah para aktivis sosial patut mengambil peluang untuk turun berjumpa mereka. Bukan untuk tangkap dan hentam tapi untuk mendengar, menjiwai dan berkongsi idea aktivisma kita. Sepertimana layaknya kita melayan seseorang yang meningkat dewasa. Jom bersama kami.
Lautan manusia berpusu-pusu, bersemangat melihat 'persembahan patriotik' |
Sukarelawan Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS
MALAYSIA) - Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) telah turun padang sempena
malam kemerdekaan pada 30 Ogos 2013 mulai Jam 9.00 malam sehingga 31 Ogos 2013
jam 2.30 pagi. Bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Sultan Muzaffar
Shah Sungai Petani, Taman Jubli Perak, Medan SP Plaza dan Dataran Zero MPSPK
Jam Besar Sungai Petani.
Saya tertarik kepada nama masjid ini yang mungkin
mengambil nama sempena nama pemerintah Pattani Darussalam (Pattani Raya yang
bersejarah-kini dibahagikan kepada wilayah Yala, Narathiwat, Patani, Satun)
Sultan Mudhaffar Shah yang gemilang pada abad ke-16. Situasi kali ini agak
berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini dalam menyambut kemerdekaan.
Sukarelawan Unggas Malaysia terdiri daripada aktivis yang mempunyai kebolehan
dalam bidang komunikasi dan kewartawaan, multimedia, sumber manusia dan
lain-lain.
99% golongan hadirin sambutan malam kemerdekaan adalah di
kalangan kebanyakan anak muda, remaja dan peringkat sekolah rendah dan menengah.
Remaja Melayu menjadi Mat Rempit dan kanak-kanak sekolah dengan basikal rempit
atau Mat Kayuh.
Sebenarnya anak-anak muda ini tidak tahu apa itu konsep
kemerdekaan. Perkara yang mereka tahu hanyalah perarakan dan pertunjukan bunga
api. Sepatutnya pada malam seperti ini pihak berwajib perlu mengadakan program
kepada anak-anak muda dan golongan belia. Jika boleh program itu berlainan sedikit
dan kreatif bagi menarik minat mereka untuk menyertai. Contohnya diadakan acara
berkonvoi ke suatu tempat yang ditetapkan. Contoh lain ialah pengisian bacaan
yassin perdana,sembahyang hajat, ceramah atau forum merdeka dan baru adakan
tembakan bunga api. Sama-samalah kita fikirkan terutamanya peringkat pemimpin
atasan dan diikuti semua peringkat. Mudah-mudahan hidup kita semua diberkati
Allah. Amin.
“Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara.”
“Barangsiapa tidak peduli akan urusan kaum Muslimin, maka dia
tidak termasuk ke dalam golongan mereka.” (HR Thabrani)
Tidakkah kita berasa gerun mengenangkan hadis junjungan besar
rasul kita ini? Sampai bilakah kita akan terus membiarkan kejadian ini terus
berlaku? Ayuh, kita mampu mengubahnya
MOHD HAFIZ BIN ABD RADIN
013-5985784
25 SYAWAL 1434
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) BHRM
Hons, UUM
Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)
No comments:
Post a Comment