Sunday, September 8, 2013

LANDAS: SELAMI DUNIA REMAJA

Gejala sosial di Malaysia terutama di kalangan remaja dan belia, telah menjadi wabak yang serius. Bermula dengan isu bohsia (belen) dan bohjan (penarik), kemudian menyusul isu gejala lepak, diikuti pula isu remaja minum minuman keras, hidu gam (tora), gadis topup seterusnya masyarakat digemparkan dengan budaya ‘Black Metal’, Punk, Skin Head, Hip Hop, Trash Metal, The Read Power, Pengkid, Gay, Maknyah, Mat Rempit, Pasangan Kekasih dan seterusnya  gejala Riddah di dalam masyarakat yang berleluasa kebelakangan ini serta bermacam lagi isu yang kita tidak dapat menjangkakan serta isu apa lagi yang akan timbul pula selepas ini. 

Remaja bermasala yang didekati

Namun setiap kali timbul gejala baru dalam masyarakat, kita sering melupakan masalah-masalah yang menjadi isu sebelum ini. Ini bukan bermaksud, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu dan telah berjaya dibendung dengan berkesan. Sebaliknya ianya seperti sedang mengeram dan bernanah untuk menetas dan merosakkan lagi keharmonian masyarakat.

Pelbagai usaha keras telah digerakkan oleh pihak kerajaan. Agensi agama dan NGO,  namun ia masih tidak membuahkan hasil yang benar-benar memberi kesan kepada perubahan masyarakat, khususnya golongan remaja dan belia.

Melihat kepada isu gejala sosial yang dinyatakan terutamanya dikalangan remaja dan belia, maka kami melihat satu keperluan untuk kami memobilisasi golongan muda ke arah  keinginan, keyakinan, kemahiran dan daya bertindak yang berkesan menangani gejala sosial terutamanya di kalangan remaja dan belia.
 


Latihan Dakwah Aktivis Dalam Isu Sosial atau LANDAS sememangnya menjadi program tahunan yang wajib bagi UNGGAS Malaysia. Seorang dai' yang bersedia untuk 'menginfakkan' dirinya untuk masyarakat perlu didedahkan dengan dunia sebenar masyarakat sekarang.



LANDAS merupakan sebuah program untuk mengupayadaya para aktivis dakwah dalam memahami isu-isu gejala sosial dengan lebih mendalam, seterusnya mempraktikkan pemahaman tersebut dengan turun ke lapangan untuk mendekati golongan yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Latihan ini sangat bermanfaat untuk para belia sebagai landasan awal untuk mendepani masa depan yang kian samar dengan kemahiran dan pemahaman dakwah yang lebih mantap.




Sentuhan... Madu' rasa disayangi

Bangunan kosong menjadi 'port' untuk melepak


Menasihati mereka agar tidak mendekati zina
Sifat kasih perlu ada dalam diri dai' 
UNGGAS Malaysia berbesar hati kerana diberi kepercayaan daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk mengendalikan LANDAS. Pada 28 September hingga 29 September ini, pihak UNGGAS akan memberi panduan secara teori dan praktikal kepada 75 siswa-siswi IPTA sekitar Perak.

LANDAS kali ini akan menjengah aktiviti muda-mudi di sekitar bandar Ipoh, Perak.

Doa dan sokongan dari pelbagai pihak amat diperlukan.

2 comments:

  1. Turun ke lapangan bukan sekadar membuktikan teori, malah menjadi titik tolak kepada peserta program untuk memandang masalah remaja kini bukanlah pada tahap 'biasalah....'.

    ReplyDelete
  2. Mereka perlu didekati, bukan dimarahi.

    ReplyDelete