Sunday, September 1, 2013

Saksi Mata: Masyarakat Menterjemah Erti Merdeka 56 Tahun


Senario Ops Sayangi Remaja (OSR) kali ini amat berbeza kepada aktivis UNGGAS sekaligus memberikan pengalaman yang cukup bermakna dalam usaha menyelami masyarakat kini. Kebiasaanya, UNGGAS akan turun ke lapangan Pantai Bersih, Pulau Pinang setiap kali program OSR samada pada Hari  Valentine atau Malam Tahun Baru dan Sambutan Ambang Kemerdekaan. Namun, 30 Ogos 2013 (Jumaat) yang lalu, UNGGAS memilih untuk turun ke Sungai Petani bersama TERAS dan UNGGAS Universiti Utara Malaysia (UUM) 

 

      Sungguhpun kekuatan kami tidaklah seramai mana, namun sukarelawan program berusaha untuk turun dan melihat sendiri kepincangan masyarakat yang semakin sakit. Dalam jiwa masyarakat hanyalah mengejar keseronokan yang tiada penghujung. 
Sesi taaruf bersama sukarelawan

            Bermula tepat jam 11.30 malam, seusai bertaaruf dan membahagikan kumpulan, kami memulakan langkah kami menuju ke segerombolan besar kanak-kanak. Mereka berumur sekitar 10 tahun sehingga 18 tahun. Ya. Mereka turut bersemangat untuk mengisi erti kemerdekaan dalam jiwa, namun mungkin kerana tiada bimbingan, maka inilah yang mereka lakukan. Apabila ditanya, jawapan mereka, “Kami seronoh-seronok ja”, “Saja mai nak isi masa lapang ngan kawan-kawan”. Mengayuh basikal dari rumah sejauh 10 kilometer bersama rakan-rakan lain, bertarung nyawa meredah kesesakan kereta dan motor di jalan raya, menghias basikal dengan bendera menuju ke Pusat Bandar. Inilah erti kemerdekaan yang mereka faham.
Port melepak budak-budak basikal

Sukarelawan berhemoi bersama adik-adik


            Setelah 30 minit berhemoi bersama kanak-kanak di Taman Jubli Perak, kira-kira jam 12.15 pagi, (31 Ogos 2013), kami bergerak mengikut alunan muzik yang berdentum kuat melawan suara muaa’zin melaungkan azan Isyak di Masjid Muzaffar Syah yang hanya dua kilometer dari Medan SP Plaza. Ya. Di situlah mereka meluahkan rasa cinta akan negara Malaysia yang merdeka selama 56 tahun. 
Lautan manusia berpusu-pusu, bersemangat melihat 'persembahan patriotik'

           Antara acara paling mendapat perhatian ramai ialah pameran kereta yang diubahsuai menjadikan kereta tersebut berubah sama sekali landskapnya. Kebanyakan kereta dibuang tempat duduk belakang dan diganti dengan set 'home theater' yang disuntik dengan tema pilihan pemilik kereta. 


Perhiasan botol arak: Seni itu tak salah, yang salah seni melampau
 

Tayangan terbuka... Pengunjung dihiburkan dengan tayangan video penari perempuan separuh bogel
            Pelbagai acara yang berlaku pada malam tersebut. Semuanya sangat mengagumkan sehingga berjaya menarik pengunjung hampir 10 ribu. Dari peringkat umur bayi sehinggalah yang berpangkat datuk dan nenek. Paling menyedihkan anak-anak yang seperti span, menyerap segala yang dilihat dan didengar juga turut berhibur. Bayangkan pada peringkat umur mereka yang masih belum mumaiyiz sudah tentu akan menyerap segalanya dan bakal mengimplemen dalam kehidupan akan datang. Maka, usah persoalkan pemimpin negara akan datang sifatnya seperti apa. 

Anak-anak diajar cara menyambut kemerdekaan dengan 'betul'
Tarik perhatian... Semakin disorak, semakin rancak kaki mengatur langkah tarian
Belajar... Kanak-kanak kecil paling hadapan
          Setelah acara tarian ini selesai, disambung pula dengan tarian 'poco-poco' yang dipersembahkan oleh remaja lelaki dan perempuan di hadapan khalayak. Mereka amat berbangga apabila menjadi tatapan umum dan pengunjung bersorak gembira apabila selesai acara tersebut. Ya. Inilah sambutan merdeka yang 'betul'.

          Perjalanan kami berakhir jam 2.00 pagi. Setelah itu, kami berkumpul untuk sesi perkongsian. Kebanyakan wakil sukarelawan UNGGAS UUM merupakan pengalamn pertama turun ke lapangan seperti ini. Kata salah seorang daripada mereka, beliau berasa kekok kerana apa yang dibayangkan tidak sama seperti yang dilihat pada malam tersebut.
Sesi perkongsian bersama sukarelawan
 
            Insya ALLAH, UNGGAS Malaysia bakal menganjurkan lagi OSR pada Malam Tahun Baru 2014. Doa dan sokongan dari pelbagai pihak amatlah dihargai.

1 comment: