Monday, March 17, 2014

Mesyuarat Awam Dan Penubuhan Skuad 'Community Research And Action' Bagi Negeri Pulau Pinang


Rokok, Arak, Seks Bebas, Parti Liar, Gam, Dadah, Gelandangan, Pelacuran, Kanak-kanak Terbiar, Kemiskinan, Krisis Identiti... Apa Tindakan Kita ?

Usah mengeluh jika kita lihat disekeliling kita penuh dengan permasalahan sosial. Kita juga adalah punca kerana kita lebih selesa melihat dan mengutuk tanpa berbuat apa-apa untuk lebih memahami dan bertindak secara praktikal.

Tiada Motivasi Untuk Bertindak ? Tidak Pasti Bagainama Untuk Bertindak ?

Sertai 'Community Research And Action Squad' bersama UNGGAS Malaysia.
Anda mampu mengubahnya !

Friday, February 14, 2014

Gerakan Menutup Aurat 2014

Bingkisan GEMAR 2014 akan dipost dalam mas terdekat. Untuk perkembangan terkini kempen GEMAR, layari facebook GEMAR Malaysia.

Wednesday, February 5, 2014

JEMPUT HADIR KE KARNIVAL GEMAR


Kunjungi Karnival Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) di tempat berhampiran anda...

Tunjukkan sokongan anda kepada kempen ini...

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda...

#Sokong GEMAR Malaysia

"Say NO to VALENTINE, Say YES to GEMAR"

Thursday, January 30, 2014

POP CULTURE : Menyelami Penyakit Sosiobudaya Masyarakat, Kita Juga Adalah Punca

   Kami memandang serius isu eksploitasi masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak. Tanpa sedar, eksplotasi ini bukan sahaja sekadar kaedah mahu cari lebih pelanggan untuk menjual produk tetapi juga menjual mimpi-mimpi indah agar manusia menjadi 'lebih' dalam segala hal;

•Lebih mewah 
•Lebih prestij 
•Lebih gaya 
•Lebih bangga 
•Lebih ego 
•Lebih kaya 
•Lebih puas 
•Lebih senang 
•Lebih ghairah 
•Lebih mempersona

Penyakit umat manusia zaman pasca moden ini adalah satu sikap yang disebut sebagai Ekstasi Gaya Hidup. Ekstasi Gaya Hidup ini membawa kenikmatan palsu, kebahagiaan pura-pura dan keindahan yang dibuat-buat. Ekstasi ini didasari oleh nafsu yang tidak terkawal untuk sentiasa menikmati sesuatu dengan lebih banyak akhirnya menghasilkan Kebudayaan Sampah dan Budaya Murahan yang disuburkan oleh para kapitalis jahat yang hanya mementingkan wang dan kuasa.

Sifat nafsu manusia yang ingin lebih ini terus dibelai dan dipuaskan hingga membawa kepada munculnya sebuah industri Kebudayaan Popular Massa (Mass Pop Culture). Perkiraannya mudah;

‘Mass Production’ (penghasilan besar2 an) + ‘Mass Dissemination’ (pengedaran/pengiklanan besar2 an)
= ‘Homogenisation of Taste’ (penyeragaman kemahuan).

Perlu dijelaskan Homogenation of Taste kami terjemahkan sebagai 'Penyeragaman Kemahuan' kerana kemahuan itu datang dari nafsu dan biasanya bukan keperluan. Ambil produk-produk kecantikan sebagai contoh, oleh kerana masyarakat dunia telah diprogramkan oleh media bahawa kulit putih, mata besar, payudara montok, kaki panjang dan badan kurus itu cantik, maka larislah produk-produk ini. Ia tidak terhad kepada produk kecantikan tetapi merangkumi gadget, pakaian, makanan, majalah yang kita baca, muzik yang kita dengar, pasangan yang kita pilih, apa yang kita percaya dan seluruh aspek kehidupan kita yang lain. 



Jadi, siapa yang menentukan apa yang perlu kita beli, pakai dan apa yang perlu kita percaya ?
Trend Setters yang menetukan, mereka terdiri daripada Golongan Elit, Pemimpin Politik dan Tuan Punya Industri. 

Mereka membazir wang di tempat-tempat mewah, melalui media kita akan ikut. Mereka bergaul tanpa batas, melalui media kita akan ikut. Mereka berperilaku dan berkata lucah, melalui media kita akan ikut. Mereka pecah amanah namun tetap bergaya, melalui media kita akan ikut. Mereka ganas dan sempoi, melalui media kita akan ikut. Mereka pandang jijik pada golongan miskin, melalui media kita akan ikut. Mereka hidup dalam kehidupan individualistik dan penuh meterial, melalui media kita akan ikut. Mereka hidup hanya untuk makan, beli kereta, luaskan rumah, dapatkan isteri cantik, puaskan nafsu untuk hilangkan 'tekanan', melalui media kita akan ikut...

Maka setiap kali anda pergi ke supermarket, menonton tv, membaca majalah, mendengar berita atau melayari internet, ingatlah kita bukan robot yang hanya menerima apa yang diprogramkan dan kita bukan objek eksploitasi yang boleh mereka buat sesuka hati. Hiduplah secara bersederhana, bukan menidakkan keperluan mencari wang dan kesenangan hidup. Tetapi sekadar memberi peringatan, banyak wang bukan alasan untuk kita memiliki apa sahaja keinginan yang kita perlukan, ya memang benar itu wang anda dan anda telah tunaikan zakat, tetapi mari kita renungkan, berapa banyak buruh kanak-kanak di China dan India yang telah kita perah keringat mereka dengan upah yang sedikit demi menghasilkan kasut import berjenama kita. Berapa ekar bukit bukau yang telah musnah menjadi kuari batu yang kontang demi memuaskan nafsu kita untuk rumah yang besar walaupun penghuninya hanya dua orang. Berapa ramai pula orang-orang kampung miskin yang dipaksa pindah dengan pampasan seciput untuk memberi ruang membina rumah besar kita. Yang akhirnya mereka inilah yang terjebak dengan jenayah dan gejala sosial keraja tekanan hidup. Berapa juta pula ikan tuna yang kita musnahkan sehingga ia hampir pupus demi kita menikmati Sushi mewah di hotel-hotel lima bintang, bukan untuk kenyang, hanya untuk rasa. Fikir-fikirkanlah...

Kami kongsikan disini link video Killing Us Softly 4 daripada aktivis anti eksploitasi wanita dari Amerika Syarikat. Beliau telah mengkaji bagainama iklan mempergunakan imej wanita semata-mata untuk menjadi objek seks bagi melariskan produk.

 (Amaran: gambar-gambar iklan yang ditunjukkan dalam video ini tidak ditapis) 

Nurfitri Amir Muhammad
Pengerusi UNGGAS Malaysia

Thursday, January 16, 2014

SHARING IS CARING : GEMAR Malaysia

Kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR Malaysia)

"Peliharalah Auratmu, Moga ALLAH Memeliharamu"

... Salah satu tanda kasih sayang&cinta ALLAH kepada Hamba-NYA adalah dengan memerintahkan Hamba-NYA memelihara aurat ...

... ALLAH memujuk Hamba-hamba-NYA yang kadang-kala lupa atau leka (yakni tidak mengikut perintah-NYA) dengan menyatakan di akhir ayat bahawa DIA MAHA PENGAMPUN dan MAHA PENYAYANG ...
(Rujuk Surah Al-Ahzab: 59)



*** Kongsikan pengalaman atau cabaran anda dalam usaha memelihara MARUAH (yakni mengikut perintah ALLAH untuk menutup AURAT)

Mudah sahaja, ikuti langkah-langkah ini:
Pertama: Muatnaik  gambar ANDA berhijab (ke dalam page GEMAR Malaysia)
* Gambar adalah pilihan. Jika anda inginkan privasi, hanya nyatakan pengalaman atau cabaran anda.

Kedua: Kongsikan pengalaman atau cabaran anda

Ketiga: Berikan kata-kata semangat kepada rakyat Malaysia agar memelihara Aurat dengan sempurna.

Terima kasih.

Thursday, January 2, 2014

2014 Tahun Mencabar Bagi Kaum Muda

Tahun 2014 dijangkakan tahun yang akan memberi cabaran kepada anak muda yang rata2 baru memulakan kerjaya dan mula berumah tangga. Jangkaan peningkatan kos hidup dalam banyak aspek kehidupan seperti pengangkutan, perumahan, makanan dan pendidikan terutamanya dikawasan bandar bukan sahaja akan memberi kesan kepada sosio ekonomi keluarga tetapi juga sosio budaya masyarakat.  Cabaran dari sudut ekonomi akan memaksa anak muda berkerja keras untuk memenuhi keperluan hidup. Persaingan yang lebih sengit di tempat kerja akan memungkinkan berlakunya salah guna kuasa, khianat atau rasuah ditempat kerja jika majikan tidak memainkan peranannya dengan berkesan.  Cabaran dari sudut sosio budaya akan bermula apabila ibubapa keduanya terpaksa bekerja lebih dan kurang perhatian dapat diberikan kepada anak2. Tekanan ditempat kerja yang dibawa ke rumah boleh menjadi punca keretakan rumah tangga. Tekanan kos hidup juga boleh membawa kepada perlakuan jenayah. Pihak kerajaan dan majikan mesti mengambil tanggungjawab untuk menyeimbangkan kos hidup dengan pendapatan dalam hal kawalan harga dan peningkatan gaji untuk tahun 2014.
Pihak kerajaan, mesti 'walk the talk'. Dalam langkah penjimatan, sambutan-sambutan grand untuk apa jua perayaan pun tidak perlu. Cukup dengan perutusan khas di media atau jika perlu, acara ceramah umum tentang langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi tahun baru 2014. Mulakan budaya menyambut  sambutan pada pagi hari 1 Jan. Tunku Abdul Rahman pun sambut Merdeka waktu pagi, bukan 12 tgh malam. Bagi pihak swasta, pastikan sambutan tahun baru tidak membawa kesan-kesan negatif kepada norma-norma kehidupan harmoni masyarakat.  Kerana hak individu/swasta tidak boleh melebihi hak masyarakat.
Nasihat kami, Fahami hak sebagai rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik. Jangan takut untuk menyuarakan apa2 ketidakadilan yang berlaku sama ada diperingkat majikan atau pemerintah selagimana ia dijamin undang-undang.   Namun dalam masa yang sama mesti realistik dan jangan malas dalam mempertingkat diri dengan ilmu dan kemahiran hidup terutama pengurusan kewangan, kemahiran2 tambahan dan keusahawanan. Disamping itu ilmu kerohanian, rumah tangga dan masyarakat untuk menjamin kita agar tidak melakukan perkara-perkara luar batas kononya atas nama cabaran hidup. Yang bernasib baik membantu yang kurang bernasib baik. Dan yang kurang bernasib baik jangan iri hati tetapi sebaliknya berusaha lebih keras.

MENYANTUNI GELANDANGAN bersama PJJ UUM

30 Pelajar Jarak Jauh (PJJ), Universiti Utara Malaysia (UUM) turun ke lapangan gelandangan untuk mendekati mereka pada 27 Disember 2013) yang lalu.



Sesi taklimat sebelum turun ke lapangan.


Wakil daripada kumpulan Kindness.my, En. Khairul turut membantu bersama-sama UNGGAS Malaysia dan Pelajar PJJ UUM turun lapangan.



Bersedia untuk ke Lebuh Chulia.

* Di sini, ramai gelandangan dari kalangan PENARIK BECA.



Menyantuni seorang pak cik

PERKONGSIAN PENGALAMAN: Pertemuan demi Pertemuan..


"Hampir 3 tahun berada di Penang, ana terpanggil untuk melihat sekitar Penang akan masalah masyarakat yang kian sakit hari ke hari. Cuba melembutkan kembali hati yang semakin keras oleh sebab dosa dan kesilapan lalu. Alhamdulillah, Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat bersama NGO (UNGGAS) menjalankan satu operasi memberi makan kepada 'Homeless'/Gelandangan di sekitar Komtar, Masjid Kapitan dan Chulia Street"

"Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemudi tetapi pemuda-pemudi ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Melihat suasana sekitar 1 hingga 2 pagi, menyebabkan hati semakin lama semakin sakit melihat pemudi yang semakin kelam jiwanya dengan menunggu giliran untuk melacurkan diri, tak kurang juga yang mabuk di sekitar jalan sejurus pulang dari kelab malam."

"Di suatu sudut, di pinggir jalan, gelandangan/'Homeless' memenuhi ruang untuk tidur. Apa menyentuh perasaan ni adalah seorang ayah yang sakit, kesejukan dan kelaparan terbaring kaku. Usai memberi makanan, kami cuba memulakan perkenalan. Bila di sentuh tentang keluarga, 'Ayah' mempunyai seorang anak tunggal yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun dan sudah beberapa tahun tidak ditemui. Isteri pula telah lama mengadap Ilahi. Hai anak, apakah kesibukanmu, pangkat dan pelajaran menyebabkan kamu semakin angkuh dan tidak mempedulikan sekujur tubuh yg memerah keringat membesarkanmu bagai menatang minyak yg penuh??"

"*Terlalu banyak ibrah yang ditemui malam tadi, sehinggakan diri mula muhasabah kembali, apakah balasan yg telah pun dibalas kepada kedua org tua yg membesarkan diri ini dgn penuh kasih syg? Baruku sedari bahawa Da'ie itu bukan sahaja menadah kitab, tapi harus turun ke dalam masyarakat dan mencari diri yg sebenar."

(Pertemuan pertama) Chulia Street, 26 Oct 13, 1.14 pagi



"Seorang pendakwah telah berdakwah sekian lama, tetapi masyarakatnya tetap tidak berubah. Anehnya dia terus berdakwah. Ketika ditanya, "mengapa terus berdakwah sedangkan masyarakat mu tidak berubah?" Dengan pantas dia menjawab, "agar aku tidak diubah oleh masyarakat!"

A: Pak cik ingat eka lagi? *Sambil menunjukkan gambar pertemuan yg lepas*
Pak cik: *Tersenyum girang*
A: Dari tadi eka cari pak cik. Alhamdulillah, kita jumpa lagi. Eka dah nak exam ni, pak cik doakan eka naa. Eka janji, eka akan dtg jumpa pak cik lagi *Sebak*
Pak cik: InsyaAllah. *Mengalir air mata*

"Raihlah cinta Allah dari telapak tangan hamba-Nya yang meminta. Penuhilah permintaan hamba-Nya yang melarat, nescaya cinta Allah semakin mendekat!"

(Pertemuan kedua) Chulia Street,28th Dec 13, 00.59pagi





Realitinya... Siang hari, orang ramai lalu lalang di koridor ini, tetapi sebenarnya... 'Inilah RUMAH' mereka...



PAYUNG inilah BUMBUNG dan DINDING mereka...




Presiden UNGGAS Malaysia bersama Pengarah Program

Tuesday, December 31, 2013

Semoga Kita Terus Berpesan-pesan Dengan Kebenaran Dan Kesabaran

Jom.
Turun Lapangan Sayangi Remaja Malam Tahun Baru.
31 Dis 2013. 
Jam 9 malam.
Berkumpul di Serambi Dakwah, Taman Bagan Lalang, Butterworth.
Kita akan bergerak ke lokasi muda mudi berhimpun untuk menyambut tahun baru bersama mereka ! Mohon sebarkan dan ajak rakan2 anda yang lain...
Saban tahun malam tahun baru menjadi medan anak muda melempiaskan keseronokan tanpa had mereka. Jika rempit, malam inilah perlombaan paling sengit. Jika punk atau skin head, malam inilah gathering paling havoc. Jika pasangan kekasih, malam inilah cinta mereka hendak dibuktikan. Tahun demi tahun ia berulang-ulang sehingga akhirnya mula timbul perasaan penat dan jemu dalam diri aktivis sosial. Perkara besar tentang memberitahu makna kebahagian sebenar kepada anak muda dilihat remeh lalu ditinggalkan. Semoga kita terus berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran tanpa jemu.

Thursday, December 19, 2013

Mohon Sumbangan untuk Kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) 2014

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum.

Pihak Kempen Gerakan Menutup Aurat (GEMAR) mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk material dan wang tunai.

1) Bentuk material seperti tudung, stokin kaki dan sarung lengan.

2) Wakaf button badge dengan mesej menutup aurat bernilai RM1.50/seunit.
*(Button badge ini akan dicetak oleh pihak kami dengan wang sumbangan anda. Bahan ini akan diedarkan kepada masyarakat umum.)

3) Wang tunai boleh disalurkan ke akaun CIMB ISLAMIC:
*0702-0000175-10-2 (Pertubuhan Menangani Gejala Sosial (UNGGAS MALAYSIA)
- Mohon maklumkan untuk tujuan rekod.

Jzkk.


Tuesday, December 17, 2013

Operasi Sayangi Remaja: AMBANG TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum.

Tarikh: 31 Disember 2013 (Selasa)
Masa berkumpul: 9MALAM
Tempat berkumpul: SERAMBI DAKWAH, LORONG BAGAN LALANG 22, TAMAN BAGAN LALANG, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.


 *Maklumkan penyertaan: SMS/Hubungi (0174133858)

 

Monday, December 16, 2013

PENCARIAN IKON GEMAR 2014:

Cara-caranya:-
*Hantarkan gambar AKTIVITI anda yang MENUTUP AURAT SECARA SEMPURNA bersertakan CAPTION (4 patah perkataan sahaja) ke:
*INBOX Page  (GEMAR MALAYSIA) atau emel unggasmail@gmail.com

Tuesday, December 3, 2013

KULIAH BULANAN: BICARA ILMU BERSAMA USTAZ HAFIZ MUSTAFA LUBIS

Assalamualaikum.

Insha ALLAH pada 14 Disember 2013 (Sabtu) ini, berkesempatan untuk mendengar mutiara kata daripada murobbi, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis.

Ayuh bersama-sama hadiri majlis ilmu ini.
Semua dijemput hadir.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu.  (Hadis riwayat at-Tirmizi).
- See more at: http://harithfaisal.blogspot.com/2011/01/bertamu-di-taman-syurga.html#sthash.a3ZRgRPd.dpuf
Rasululullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka endaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabt bertanya Apakah taman-taman syurga tersebut. Rasulullah menjawab: Majlis-majlis ilmu."
 (Hadis riwayat: at-Tirmizi)