Tuesday, July 27, 2010

UNGGAS Sokong Tapisan Ke atas Bahan Pornografi Di Internet

Perdebatan tentang penapisan bahan pornografi di Internet kembali hangat. Sudah tentu perdebatan ini tidak akan berhenti selagi masih banyak kes-kes seks bebas, sumbang mahram, cabul, buang bayi dan rogol berlegar di dada-dada akhbar dan dikaca televisyen. Apatah lagi, laporan demi laporan yang dikeluarkan oleh Universiti-universiti, Jabatan-jabatan Kerajaan dan NGO-NGO sungguh membimbangkan dan membayangkan betapa getirnya masa depan negara yang diserang kerosakan akhlak. Tidak dapat dinafikan lagi, hubungkait lambakan bahan-bahan pornografi ini dengan kerosakan sosial masyarakat. Dalam hal ini, Pada 6 Mac 2010 yang lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) pernah mengeluarkan satu laporan bertajuk ‘Penularan Video Lucah Tempatan Melalui Internet Dan Telefon Bimbit’. Datuk Seri Dr Rais Yatim telah memberi maklum balas menerusi surat kepada kami bahawa Kementeriannya akan sedaya upaya untuk membanteras gejala ini dengan undang-undang yang sedia ada. Namun, penyebaran bahan pornografi ini masih terjadi kerana kawalan yang sedia ada dilihat masih lemah.

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim didalam akhbar The Star pada 25 Julai bahawa sekatan pornografi di internet harus dilaksanakan, UNGGAS sekali lagi menyokong penuh langkah ini. Dengan ini, pihak kerajaan diharapkan dapat terus melaksanakan usaha ini dengan sewajarnya supaya ia tidak menjadi lebih buruk. Walaupun hak untuk kebebasan media perlu ditegakkan, namun di negara ini, ia perlu dilihat daripada kaca mata masyarakat timur. Kebebasan secara total seperti yang dibawa oleh dunia barat sebenarnya hanya akan membinasakan sistem sosial masyarakat yang teratur. Perkara ini telah berlaku di barat. Tiada ertinya sesuatu kemajuan itu jika maruah dan jati diri masyarakat tergadai. Oleh itu, kawalan terhadap penyebaran bahan lucah tempatan dan luar negara sepatutnya dilaksanakan. Sistem seperti tapisan ‘Green Dam’ yang dilaksakan di China, Arab Saudi, dan juga beberapa negara lain perlu dicontohi dengan sedikit pengubahsuaian. Kerajaan perlu ikhlas dan bertanggjawab dalam melaksanakan tugas ini, hanya bahan-bahan yang merosakkan moral perlu dikawal, bukan bahan-bahan lain yang bersifat ada kepentingan tersembunyi pihak-pihak tertentu. Pihak berkuasa yang berkenaan sudah tentu lebih arif bagaimana untuk mengawal kegiatan ini daripada terus membinasakan jati diri masyarakat. Pihak kerajaan perlu tegas dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang jelas sudah terpengaruh dengan dokma barat yang menolak polisi moral.

Apa yang jelas, majoriti rakyat pasti akan bersetuju agar sekatan terhadap bahan-bahan lucah di internet dilaksanakan segera. Lakukanlah tinjauan pendapat umum di peringkat akar umbi, saya yakin majoriti rakyat yang sudah muak dengan bahan-bahan pornografi ini dan kesan-kesannya pasti akan menyokong kuat tindakan sekatan ke atas pornografi di internet. Oleh itu, situasi penularan video lucah dan kesannya kepada masyarakat perlu didedahkan secara agresif di media-media semasa agar masyarakat faham.

Nurfitri Amir Muhammad
Ko-ordinator,
Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang.

Monday, July 26, 2010

DIARI MUSAFIR UNGGAS

tahniah kepada JAWI yang telah menjalankan program memberi makan kepada 'homeless'. setiap hari isnin pada pukul 12 tengahari di Masjid Jamek.

penulis juga belajar cara berkomunikasi dan menjawab persoalan dari pelancong yang datang untuk melawat masjid Jamek.

sidikit foto bersama para pelancong. penulis membantu para pelancong memakai scarf untuk memenuhi peraturan masjid.













pengalaman ini membantu penulis selaku aktivis UNGGAS memantapkan lagi komunikasi verbal dan non verbal. berkenalan dengan Miley dan Juanna dari Argentina. group JAWI menumpangkan van kepada Miley dan Juana untuk ke Masjid Negara.

sesampai di Masjid Jamek bertemu dengan satu OUTREACHORG, merupakan NGO yang 100% berada di lapangan untuk memberi makan kepada homeless. menjadikan Setapak bersebelahan dengan Diomand Square. memgisi makanan dalam van. NGO ini tidak mempunyai pejabat.

Program turun ke SMK KAMPAR

Salam buat semua.
Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang mengalu-alukan penyertaan anda sebagai SUKARELAWAN bersama kami ke :
# SMK KAMPAR, PERAK
# 6/8/2010 ( JUMAAT )
Bertolak 5/6/2010 (khamis, 6.00pm)

Sukarelawan anda sebagai fasilitator dalam LDK bersama remaja-remaja kampung yang mempunyai pelbagai masalah.Selamilah hati dan naluri mereka semampu mungkin.Anda digalakkan menggunakan kenderaan sendiri.Bagi yang mempunyai masalah pengangkutan, pihak kami akan berusaha untuk meyediakan kenderaan
Sebarang maklumat lanjut,sila hubungi Saudara Amir 013-7069509.

"ANDA YANG KAMI CARI:)"

DIARI MUSAFIR UNGGAS








Encik Muhammda Hafiz Setiausaha Majlis Keselamatan Negara selaku wakil MKN memberi ceramah tentang definisi sosial.

perbincangan bersama Majlis Keselamatan negara(MKN)berkaitan "realiti sosial di pusat bandaraya". penulis mendapat sedikit sebanyak mengenai maklumat. antara persoalan yang ditanya kepada wakil MKN

1) MKN ada tak statistik berkaitan permasalan sosial
2) MKN boleh berkerjasama untuk mengadakan program bersepadu untuk dakwah kepada masyarakat bawahan?
3) bagaiman dengan dialog antara agama? untuk tujuan dakwah?

DIARI MUSAFIR UNGGAS







penulis sempat mengambil gambar dengan kanak-kanak yang berada di Sinar Salam. setiap mereka ini mempunyai kisahnya yang boleh meruntun perasaan. si kecil Aishah berbaju merah menderita penyakit cecair dalam otaknya. setiap kali penulis melihat wajah adik Aishah yang mengambarkan kehausan belaian ibu dan ayahnya. mendengar suaranya yang halus menyebut "nak" sesak dada penulis menahan sebak.

ah! kagum dengan citi-cita besar kak Fida untuk mendidik Aishah sehingga menjadi ustazah.

penulis sempat berbual-bual dengan beberapa pelatih di Rumah Sinar Salam. ternyata ada wanita yang latar belakang pendidikannya tinggi, pernah menjadi guru. ada juga pelatih dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal, namun terlibat dalam kancah kemaksiatan. tidak terlepas wanita muda dari Sabah yang turut sama menghuni rumah tersebut.

pengalaman tidur, berbual, dan makan bersama dengan penghuni yang ada antaranya menjadi pembawa HIV+. ya pada mulanya penulis secara jujurnya terselit juga rasa bimbang namun praktikal ini megajar untuk lebih memahami mereka.

ternyata kasih sayang Kak Fida mampu memasung kaki pelatih untuk terus tinggal di rumah tersebut untuk memulihkan diri mereka dan menjaga anak mereka.

tepat 9am, penulis meninggalkan Rumah Sinar Salam untuk ke Masjid Negara bagi program bersama JAWI berkaitan OUTREACH DAKWAH.

Sunday, July 25, 2010

Diari Musafir UNGGAS

tepat pukul 3pm penulis selamat tiba di perhentian Duta Kuala Lumpur. sambil menanti Ust Halim, penulis dan Ust Din memerhati keletah warga masyarakat KL yang bgitu pelbagai. namun seorang wanita menarik perhatian kami untuk dikaji (bahasa aktivis). kelihatan amat serius dan tanpa sebarang senyum walaupun suaminya (kata ust Din) disamping lebar bibirnya menghadiahkan senyuman sambil menyuakan tangan untuk disalami dan dicium oleh si isteri.

ust mengulas "selalunya suami yang banyak bersabar dalam hal rumah tangga. cuba tengok wanita tadi sepatutnya dia la yang menyuakan tangan dahulu untuk menyalami suaminya. ini tidak suami yang terhegeh-hegeh. si isteri salam macam nak tak nak je"

halusnya otakku berputar dengan ulasan ust. dalaman penulis bermonolog sendiri "yea ke gitu?" "emmm ala tidak la menjadi kudis pun kalau kadang-kadang suami beralah kan."

20 minit menanti Ust Halim tiba dan lansung menghantar penulis ke Rumah Sinar Salam. tidak pernah penulis membayangkan akan tidur sekatil dengan wanita yang dijangkiti HIV+, Wanita yang ketagih dadah, hubungan luar nikah sehingga terdapat 5 kanak-kanak berada di rumah tersebut ketika penulis tiba.

namun ini satu lagi episod perjalanan hidup penulis yang mengajar erti hidup sebenar. baru 2 jam sebumbung dengan mereka pelbagai perasaan menyusup masuk ke dalam diriku. setiap penghuni begitu misteri bagiku. dengan usia mereka yang pelbagai namun tetap membiasakan diri mereka memanggil penulis dengan panggilan 'kakak' ah! terasa kematangan pada fizikal.

malam ini penulis akan cuba menelusuri kisah hidup beberapa penghuni. penulis juga amat kagum dengan ketekalan kak Afirida yang sinonim dengan panggilan 'ibu' dalam kalangan pelatih. kecekalannya wajar diangkat sebagai ikon wanita Malaysia. khidmatnya dengan golongan minoriti lagi terpinggir sangat mengujakan untuk dikongsi kepada umum. UNGGAS Penang bertuah dapat menjalinkan silaturahmi denga Rumah Sinar Salam. semoga ada Sinar untuk mereka.

Friday, July 23, 2010

Internet Taman Permainan Penjenayah Siber

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



ADAKAH anda tahu, laman web apakah yang dilayari oleh anak anda hari ini? Tahukah anda berapa jumlah rakan-rakannya di rangkaian laman sosial Facebook, Friendster, Twitter, Tagged dan sebagainya yang diakses hampir setiap hari tanpa kawalan anda?

Jika jawapannya tidak, mulai hari ini anda perlu menyimpan rasa ragu dan sedikit bimbang terhadap aktiviti siber anak anda kerana mereka sebenarnya terdedah kepada bahaya di alam maya.

Sememangnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting dan anda selaku ibu bapa tidak boleh menyekat anak anda untuk mendalami bidang tersebut supaya mereka tidak ketinggalan dalam bidang ICT yang semakin berkembang pesat. Bagaimanapun pemantauan golongan dewasa dari semasa ke semsa asangat diperlukan.

KANAK-KANAK terdedah kepada kandungan negatif tanpa pemantauan dan sekatan daripada ibu bapa.



"Anak saya sudah didedahkan dengan permainan komputer dan Internet sejak darjah tiga lagi tetapi mereka perlu mematuhi jadual yang disediakan oleh saya bersama sedikit pemantauan.

"Sebelum mendedahkan anak-anak dengan alam siber, saya terlebih dahulu menerangkan mengenai apa yang bakal dilaluinya. Saya kerap berpesan supaya jangan sekali-kali meletakkan maklumat diri, membuka e-mel yang tidak dikenali dan bertemu dengan orang yang tidak dikenali dalam Facebook, Friendster dan sebagainya," kata Khairul Basir Mohamad, 45.

Khairul Basir yang merupakan seorang guru memberitahu bahawa ibu bapa perlu menyiapkan diri masing-masing dengan ilmu ICT supaya tidak tercicir kerana anak-anak zaman sekarang sangat pantas menguasainya.

"Saya sendiri pun mempunyai akaun Facebook sendiri dan anak saya merupakan rakan saya dalam laman sosial tersebut. Dengan cara ini kita dapat memantau dengan siapa anak kita bergaul," ujarnya.

Kegunaan pembelajaran

NORTON menawarkan perkhidmatan pemantauan aktiviti Internet anak anda secara percuma.

Bagaimanapun bagi Yusoff Abdullah, 43, yang bekerja sebagai pembantu am memberitahu, oleh kerana dirinya kurang arif menggunakan komputer dia berusaha memastikan anak-anaknya yang bersekolah, celik ICT dengan membelikan sebuah komputer untuk kegunaan pembelajaran.

"Saya tidak pernah tahu apa yang dilakukan mereka dengan komputer tersebut kerana saya sendiri tidak mahir menggunakannya lebih-lebih lagi apabila mahu mengakses Internet.

"Apa yang saya harapkan mereka tidak mengkhianati kepercayaan yang saya berikan kepada mereka," katanya yakin.

Dua senario tersebut merupakan apa yang berlaku kepada ibu bapa di negara ini. Bagaimana pula dengan anak-anak membesar di kampung-kampung yang mana ibu bapa mereka buta ICT?

Kemungkinan anak-anak mereka akan terdedah dengan risiko bahan kandungan negatif dan jenayah siber yang mencari mangsa tidak kira usia. Apatah lagi memetik laporan Kosmo! remaja Melayu antara golongan muda yang paling gemar melayari laman web lucah baik di siber kafe atau di rumah.

Malah, ibu bapa perlu ada kegusaran di hati mereka setiap kali membenarkan anak-anak mereka mengakses Internet kerana satu kajian Norton Online Family Report 2010 mendedahkan bahawa 87 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami pengalaman negatif ketika melayari Internet.

Sekat akses

"Sebagai contoh, empat daripada 10 kanak-kanak telah melakukan sesuatu yang mereka kesali dan 27 peratus kanak-kanak memberitahu terdapat orang yang tidak dikenali cuba berjumpa mereka di alam nyata.

PEMANTAUAN ibu bapa terhadap akses Internet anak-anak sangat penting untuk mengelakkan mereka terjerumus dengan laman web negatif. - Gambar hiasan

"Ibu bapa di Malaysia secara umumnya mengetahui mengenai aktiviti dan bahaya yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka melalui pendedahan pada bahan yang tidak sepatutnya tetapi mereka masih memandang ringan terhadap risiko sebenar dan ada pula yang tidak tahu berapa lama anak mereka meluangkan masa di depan komputer melayari Internet," kata Effendy Ibrahim daripada Norton's Internet Safety Advocate & Consumer Business Lead Asia.

Menurutnya, kanak-kanak meluangkan purata 19 jam menggunakan Internet dalam seminggu, sedangkan ibu bapa mereka mengandaikan mereka memperuntukkan masa 11 jam sahaja.

"Kajian tersebut juga mendapati 25 peratus kanak-kanak berpendapat ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan di Internet tetapi hanya tiga peratus sahaja yang mengakuinya sementara 40 peratus ibu bapa yakin bahawa mereka tahu aktiviti anak-anak mereka ketika mengakses Internet.

"Ketidakprihatinan ibu bapa mengenai alam maya ini menyebabkan anak mereka terdedah kepada jenayah siber. Sehubungan itu, ibu bapa perlu sedar mengenai risiko sebenar yang dihadapi oleh anak masing-masing," jelasnya.

Laman web kini merupakan taman permainan penjenayah siber yang menjadikan pengguna Internet muda seperti anak anda dan sesiapa sahaja sebagai mangsa. Kanak-kanak yang mengalami pengalaman buruk di Internet dihantui perasaan emosi yang memberikan impak kepada mereka seperti marah, sedih, sakit hati, terkejut, takut dan meluat.

"Segelintir ibu bapa telah menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi oleh anak mereka tetapi ia tidak mencukupi tanpa adanya pemantauan.

"Norton kini memperkenalkan perkhidmatan Norton Online Family (NOF) bagi menjamin keselamatan anak-anak anda ketika menggunakan Internet dan ia membolehkan anda mengetahui dan mengawal aktiviti anak anda ketika melayari alam maya," katanya.

BANYAK laman web kini mengeksploitasi kanak-kanak menerusi kandungan-kandungan yang tidak sepatutnya.

Ibu bapa boleh memuat turun NOF secara percuma dengan 25 pilihan bahasa. Dengan ini, ia memberikan peluang kepada ibu bapa memantau aktiviti Internet anak dalam masa yang sama dapat menyekat laman-laman web negatif selain mengadakan perbincangan terbuka bersama anak masing-masing mengenainya.

NOF boleh didapati secara percuma di https://onlinefamily.norton.com. Muat turun aplikasi ini pada komputer anda di rumah dan anda dapat memantau aktiviti anak anda di Internet.



"Jika mereka mengakses laman-laman web yang telah anda sekat, sistem ini akan memaklumkan kepada anda dan pada masa yang sama memberikan anak anda amaran mengenai larangan melayari laman web tersebut. Uniknya sistem ini dapat memantau 15 orang kanak-kanak yang menggunakan komputer yang sama.

"Larangan dalam NOF boleh disesuaikan mengikut peringkat umur. Jika ada cubaan melanggar sekatan yang dilakukan, jangan sesekali memarahi mereka seelok-eloknya, berdialoglah bersama mereka dan jelaskan mengapa anda berbuat demikian," katanya.

Karaoke tutup sepanjang Ramadan

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my



KANGAR - Kaki karaoke mungkin perlu bermuhasabah diri ekoran langkah kerajaan negeri Perlis mengeluarkan arahan menutup semua pusat karaoke pada sepanjang Ramadan bermula Ogos ini.

Keputusan tersebut menjadikan Perlis negeri pertama di negara ini mengeluarkan arahan tersebut bertujuan memuliakan kedatangan Ramadan.

Yang Dipertua Majlis Perbadanan Kangar (MPK), Rosli Mat berkata, keputusan itu juga diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk mencegah kegiatan maksiat di pusat hiburan berkenaan.

"MPK tidak akan memperbaharui atau melesenkan premis hiburan karaoke sepanjang bulan mulia itu walaupun kami menerima banyak permohonan,'' katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi pematuhan lesen-lesen kepada premis perniagaan berbentuk hiburan seperti pusat karaoke dan kafe siber di sekitar Kangar dan Arau.

Menurut Rosli, lesen pusat karaoke diselia oleh Unit Pentadbiran Daerah (PTD) dan setiap kelulusan mengambil kira pelbagai aspek seperti kawasan persekitaran dan pandangan masyarakat setempat.

Monday, July 19, 2010

PLAYGROUND BARU KANAK-KANAK

Mengintai tirai kamar “berita harian online”, ruangan AGAMA bertarikh 19 Julai 2010 membuatkan saya terkesima seketika dengan artikel yang disediakan oleh Saudari Hasliza Hassan. Internet!!Internet & Internet!! Serangan virus hiburan makin merebak sehingga mula menular masuk ke jiwa anak-anak kecil. “Solution” yang diputuskan oleh ibu bapa menyediakan perkhidmatan internet bagi mengawal aktiviti anak-anak di luar rumah bukanlah penyelesaian yang terbaik! Ibu bapa pergi kerja, anak-anak mula “play online”. Inilah “playground” baru untuk mereka.

Tidak dapat disangkal,bila digunakan dengan baik, teknologi Internet tentu berdampak positif. Seseorang dapat mencari informasi yang ingin diketahui dengan mudah. Hanya menekan “clicks”, dunia anda boleh berubah. Namun, hal positif dari Internet ternyata dapat memberi kesan yang buruk bila mana digunakan secara sonsang. Ramai anak yang ketagihan atau kecanduan Internet sehingga mereka sanggup bersengkang mata di depan komputer sehingga lupa akan kewajiban mereka yang lebih penting untuk makan, mandi, solat bahkan enggan untuk belajar. Salah satu faktor seorang anak begitu menyukai Internet kerana mereka mendapat satu pengalaman baru dan mereka berasa begitu puas. Atau mereka mendapat sesuatu dari dunia maya ini yang tidak boleh didapatkan di dunia nyata. Di dunia maya dia boleh menjadi orang lain yang diinginkan. Misalnya, seorang anak yang pemalu dapat dengan mudah berkenalan melalui chating atau e-mail. Dalam game online, mereka dapat membuat karakter mereka menjadi karakter yang cantik, kaya, atau hal lain yang mungkin berbeza dengan kehidupan nyata mereka.

Seiring dengan kemajuan teknologi, penggunaan internet semakin luas di kalangan masyarakat. Banyak keluarga telah menggunakan jasa langganan Internet, sehingga di dalam rumah, anggota keluarga dapat “access” Internet dengan mudah. Mungkin ibu bapa kini sangat gelisah memikirkan “ketinggalan” dunia teknologi dalam usia anak-anak yang makin dewasa. Tapi adakah perlu MENURUT tanpa MENILAI?? Semakin maju dunia, semakin “advance” teknologi sehingga kan kanak-kanak yang berusia 7-8 tahun sudah pandai mengumpul wang saku sekolah semata-mata untuk bermain game di pusat-pusat hiburan. Larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah memasuki Cyber Café hanya tertaip di atas kertas untuk memenuhi ruangan kosong di pintu masuk utama. “MANA UNDANG-UNDANG NEGARA DEMOKRASI??” Mencegah lebih baik dari MERAWAT..Perumpaan yang begitu serasi dengan masyarakat kita.

Dipetik dari kenyataan yang dibuat oleh penulis : Kajian Norton Online Family Report 2010 berdasarkan penyelidikan oleh firma bebas mewakili Symantec Corporation. Penyelidikan secara online itu membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (terdiri daripada 101 ibu bapa kepada anak berumur 10 hingga 17 tahun) dan 110 remaja antara 10 hingga 17 tahun yang meluangkan masa satu jam seminggu melayari internet. Hasil penyelidikan itu mendedahkan 87 peratus kanak-kanak melalui pengalaman negatif yang memberi kesan kepada mereka termasuk memuat turun virus dan melihat aksi keganasan serta gambar bogel. Jangan hairan jika anak anda dah pandai menutur perkataan-perkatan lucah di rumah.

Perkara remeh jangan dianggap mudah.Teringat pesan cikgu dulu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh mulakan “ serang hendap” terhadap aktiviti “online” anak-anak anda. Untuk perkhidmatan keselamatan internet , sila layari NORTON ONLINE FAMILY. Perkhidmatan ini dapat “detect” web-web yang tak sepatutnya dilayari oleh kanak-kanak sehinggalah mendapat bimbingan dari ibu bapa. Andai perlu memasang “CCTV” , apa salahnya jika itu yang terbaik untuk masa depan anak-anak anda! ANAK-ANAK ANUGERAH YANG TERNILAI!

NUKILAN DARI: SITI NURBAYA RAMLI

Monday, July 12, 2010

SEPUTAR PROGRAM 'KERANAMU BEGITU BERHARGA'

pada 8 julai 2010 yang lalu Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS PENANG), telah dijemput oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula Jaya untuk memenuhi slot ceramah berkaitan dengan isu permasalahan sosial. berikut sedikit visual seputar program yang disertai seramai 50 orang pelajar berusia 14 tahun.





barisan sukarelawan UNGGAS







pembentangan menggunakan powerpoint oleh Aktivis UNGGAS



Monday, July 5, 2010

Pendedahan Konsert 'UNDERGROUND'

ketika berada di Shoping kompleks SUMMIT BUKIT MERTAJAM, kami telah menemui satu kedai yang lengkap menjual aksesori dan pakaian Black Metal, Skin Head, Punk, Grunge, Gothic, EMO, dan pelbagai lagi jenis aliran imej. dalam pada itu, kami juga menemui satu notis hebahan berkaitan konsert (GIG) Underground yang melibatkan beberapa genre muzik antaranya Ska, Punk, Heavy Metal, dan Black Metal.











LAPORAN KAJIAN SUSULAN JULAI

UNGGAS PENANG sekali lagi berjaya menggerakkan aktiviti turun lapangan bulan Julai, sesuai dengan jadual turun lapangan yakni hujung minggu pertama setiap bulan. dan bulan Julai minggu pertama jatuh pada 3 Julai.

kali ini, Aktivis UNGGAS turun ke lapangan bertujuan untuk melakukan kajian susulan dari Latihan LANDAS jun lepas. Dengan dibantu oleh Aktivis Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (USM), Warden RAUDAH, juga Koordinator ABABIL. kali ini, kajian diketuai oleh S/U UNGGAS.

kawasan yang menjadi sasaran aktivis adalah Megamall dan Summit Bukit Mertajam. ketika berada di Megamall, kami telah membuat keputusan untuk meninjau tingkat 3 Megamall. tujuan kami adalah mencari kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak keselamatan (Security) Megamall dan orang awam, yang mengatakan tingkat 3 kompleks membeli belah ini merupakan tumpuan golongan remaja melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menghidu gam, minum arak, dan melakukan maksiat.

semasa tinjauan kami di tingkat 3, kami telah terserempak dengan beberapa pasangan yang kami percaya merupakan pasangan kekasih berlandaskan cara pemakian dan purata usia yang masih remaja. ada juga pasangan yang duduk di kawasan tangga kerana kawasan itu terselindung dan sunyi dari dilalui orang ramai. selain golongan remaja.

kami juga menemui banyak kesan-kesan contengan yang kami percaya dilukis selepas melakukan hubungan seks.





turut ditemui puntung rokok beratus-ratus batang di setiap tangga keluar tingkat 3, juga tin-tin arak seperti jenama Tiger.



selepas itu, kami sekali lagi memanjat tangga ke tingkat 4 untuk melihat sekitar Panggung Wayang Bergambar (PAWAGAM), dan pusat 'video games'. hasil pemerhatian kami, terdapat ramai kumpulan remaja lelaki perempuan yang berpenampilan mengikut trend-trend fesyen seperti PUNK dan SKINHEAD. kami juga terserempak kumpulan kanak-kanak lelaki yang berusia sekitar 10 dan 11 tahun. berpakaian ala-ala indie dengan seluar ketat dan baju berwarna hitam serta rambut ala trojan.



pada ketika ini, timbul persoalan di benak kami, dari mana fesyen-fesyen baju dan seluar ini mereka perolehi? kemudian kami mengambil keputusan untuk masuk ke kedai-kedai menjual pakaian. dan kami dapati terdapat beberapa kedai pakaian yang menjual pakaian pelbagai trend khusus untuk remaja. contohnya tulisan pada t-shirt ini





mungkin para pembaca tidak terlalu terkesan dengan apa yang kami paparkan kerana sudah sering membaca didada-dada akhbar mengenai isu ini, namun sedarlah bahawa permasalahan ini sebenarnya sangat mendalam dan begitu kronik. permasalahan sosial ini melibatkan pelbagai isu datang dengan pakej yang lengkap. fesyen, muzik, kapitalisme, liberal, dan banyak lagi pakej-pakej. sebagai contoh golongan remaja berhaluan SKINHEAD, mempunyai muzik tersendiri seperti SKA OI, ada fesyen pakaian tersendiri, berambut botak, dan fahaman sonsang. ini adalah pakej bagi golongan SKINHEAD. hasil dari subbudaya yang ada ini, maka terhasil isu lain, seks bebas kerana dalama fahaman mereka, gadis perlu mengorbankan kesucian, maka timbul pula isu mengandung luar nikah, kemudia buang bayi. belum lagi kita telusuri perkaitan subkultur dan aqidah.

nah! para pembaca, ini sebenarnya tujuan UNGGAS berkongsi maklumat yang ada, kepada para pembaca. supaya masyarakat dapat terdidik mengenai isu ini dan menjadikannya sebagai antibody.

P/S: nantikan laporan di SUMMIT BUKIT MERTAJAM pada edisi pendidikan awam akan datang.

Thursday, July 1, 2010

Catatan Seorang Aktivis UNGGAS

Persoalan peningkatan gejala sosial muda-mudi sehingga menjuruskan kepada akibat yang tidak sihat merupakan antara bahan pemikiran dan perbincangan yang sering dikupas dalam pelbagai program kesedaran seperti ceramah, forum dan bengkel pemantapan rohani. Sebagai seorang aktivis dakwah dan sosial yang mengendalikan isu-isu sosial, penulis pula menjadikan aktiviti turun lapanganan sebagai sebuah kaedah untuk meninjau sendiri permasalahan yang sering berlegar dalam kalangan remaja pada hari ini dengan melakukan tinjauan di tempat-tempat yang dipercayai merupakan kawasan untuk anak-anak remaja berkumpul dan berseronok. Tinjauan yang bermula selepas zuhur hingga lewat malam membawa penulis melihat sendiri keadaaan sebenar yang membentuk pelbagai kerosakan yang wujud dalam diri golongan belia pada hari ini.

Kawasan tinjauan pula meliputi kompleks membeli belah dan bangunan-bangunan terbiar. Tinjauan ke kawasan-kawasasan tertentu mendapati tin-tin arak, botol-botol gam, kesan-kesan tempat berzina, kondom, contengan-contengan kata-kata lucah didinding menjadi antara bentuk sebenar kawasan yang membentuk kerosakan generasi muda pada ketika ini. Penulis terbayang bagaimanakah mereka sanggup melakukan aktiviti mungkar di kawasan ini justeru penulis sendiri merasa jijik dan sesak nafas menghidu bau yang begitu busuk dan hapak. Ditambah lagi dengan keadaan kawasan tersebut yang gelap dan berair disebabkan kebocoran siling, maka penulis beranggapan mereka yang sanggup beraktiviti di situ merupakan golongan yang tegar untuk melakukan kemungkaran.

Kompleks membeli belah pula merupakan kawasan yang menjadi tempat pertemuan antara sesama kekasih dan kumpulan tertentu. Mereka akan menghabiskan sejumlah masa yang banyak untuk bermain permainan di mesin slot. Kebiasaannya pusat permainan ini terletak di tingkat atas dan di sekitarnya pula terdapat pusat snuker dan boling. Mesin slot tersebut pula mengandungi banyak elemen keganasan dan lucah selain beberapa permainan yang berunsurkan judi. Keadaan juga menjadi buruk apabila tidak ada penguatkusaan oleh pihak berwajib untuk menghalang remaja-remaja daripada masuk ke kawasan permainan slot tersebut. Bahkan remaja-remaja juga boleh bermain apa sahaja permainan tanpa kawalan sesiapa. Maka secara ringkasnya penulis boleh mengatakan bahawa permainan yang menjadi pilihan utama golongan ini tentulah yang berunsurkan seks dan lucah. Bahkan beberapa rakan aktivis penulis juga turut diajar oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bagaimana mengendalikan mesin slot tersebut. Keadaan ini menunjukkan betapa licik dan mudahnya kanak-kanak seusia begini dihadapkan dengan alat-alat yang membentuk kerosakan dalam keperibadian remaja.

Mengapa kompleks membeli belah menjadi tempat pertemuan muda mudi yang menghabiskan masa seharian bersama-sama merupakan persoalan yang perlu difikirkan bersama. Berdasarkan temu ramah dengan beberapa remaja yang berkeliaran di kompleks tersebut mendapati bahawa antara alasan mereka ialah ibu bapa yang bercerai, ibu bapa yang sibuk bekerja, dorongan rakan-rakan, sengaja menghabiskan waktu cuti dan sebagainya. Lebih malang lagi ialah apabila terdapat kalangan muda mudi tersebut tidak pulang langsung ke rumah dan menjadikan kedai-kedai terbiar sebagai tempat melepak dan tidur. Kaji selidik ringkas juga mendapati faktor rumah yang sempit juga menyebabkan anak-anak menjadi bosan untuk berada di rumah, ditambah pula dengan kawasan perumahan flat yang tidak menggalakkan perkembangan jasadi dan rohani anak-anak. Maka mereka akan melepaskan perasaan yang tidak tenteram tersebut bersama rakan-rakan. Agak malang juga bila mendapati bahawa terdapat pusat-pusat berunsurkan Islam dan dakwah di sekitar kawasan yang penulis tinjau namun gagal memainkan peranan yang sewajarnya untuk membasmi kegiatan tidak bermoral yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Terdapat juga remaja yang membawa adik kecil yang berusia seawal lima hingga enam tahun. Penulis merasakan kebenaran bahawa remaja pada ketika ini “matang sebelum usia”. Malangnya kematangan tersebut tidak pula diarahkan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat dan membanggakan ibubapa. Kematangan yang berlegar dalam jiwa anak-anak remaja sedari sekolah rendah dan menengah ialah kematangan berlumba motosikal, melayari laman-laman web lucah, bercakap soal-soal seks dengan rakan sebaya, memiliki keinginan naluri seks dalam relatif usia yang masih muda. Hal ini belum lagi ditambah oleh remaja perempuan yang sudah cekap memilih pakaian yang ranggi dan canggih, mengenakan mekap di wajah, bercakap soal lelaki dan pekerjaan dan sebagainya. Bentuk-bentuk matang sebelum usia seperti ini merupakan masalah kita yang amat rumit untuk ditangani namun bukan mustahil untuk segera dikendali.

Apa yang dapat penulis jadikan kesimpulan awal ialah isu pembuangan bayi yang semakin meningkat berlaku bukan semata-mata satu isu yang terasing bahkan mempunyai satu “pakej mungkar” yang saling melengkapi. Perhubungan lelaki dan perempuan tanpa kawalan, pusat hiburan yang tumbuh merata-rata dan kurangnya perhatian ibu bapa, masyarakat dan pihak sekolah. Tambahan pula, dengan penyebaran klip video lucah yang sangat mudah untuk diperoleh di internet atau boleh dimuat turun di kedai-kedai telefon bimbit menyebabkan golongan belia sering dirangsang naluri seksnya. Apatah lagi pergaulan bebas yang menjadi perkara biasa dalam kehidupan seorang belia ketika ini, maka naluri seks tersebut menjadi lebih mudah untuk disalurkan melalui jalan berzina. Perlakuan zina tersebut bukanlah dilakukan atas kesedaran yang waras tetapi hanya untuk tujuan keseronokan semata-mata. Maka apabila menyedari dirinya sudah hamil, ditambah pula dengan pemikiran yang tidak matang maka jalan yang tidak matang juga yang akan diambil iaitu jalan yang termudah untuk dilakukan; membunuh atau membuang sahaja bayi yang dilahirkan.

Penulis merasakan kerosakan yang berlaku dalam persekitaran pembangunan generasi muda pada ketika ini amat merisaukan justeru sifat kasih sayang dan kemanusiaan hampir sudah dihilangkan dan terhakis dalam diri mereka sendiri. Hal inilah yang menyebabkan kita dengan mudah pula mendengar berita-berita yang sangat menyanyat hati seperti kes buli sehingga menyebabkan kematian, bunuh bayi dalam kandungan, gaduh antara sesama kumpulan samseng sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan, rempit dan rogol. Majoriti besar yang terbabit dalam kes ini merupakan golongan belia yang bakal menjadi generasi yang bakal meneruskan kesinambungan pemerintahan negara suatu masa nanti. Jika beginilah bentuk generasi yang wujud pada hari ini dengan dilambakkan dengan pelbagai isu yang melemaskan hati dan fikiran, maka apakah pula harapan kita untuk negara ini pada masa mendatang?

Mohd Arif Juhani bin Abdul Rahman
Aktivis Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

MISI KE SURABAYA

Koordinator Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) yang juga merupakan Pengerusi Angkatan Pemuda Pemudi Islam PUMPP telah berangkat ke Kuala Lumpur pagi ini dan penerbangan beliau ke Surabaya dijangka pada pukul 10pm di LCCT.

juga turut serta aktivis dari Patani Saudara Aladi dan Atief. ketibaan mereka akan disambut oleh Pak Herry Nurdi. pemergian Saudara Amir ke Surabaya adalah hasil jemputan dari Forum Silahturahmi Lembaga Dakwa Kampus (FSLDK) Indonesia. yang bertujuan untuk membincangkan halatuju Islam Di Nusantara dalam masa yang sama bertukar-tukar pandangan berkaitan aktivisme mahasiswa dan anak muda antara Indonesia, Malaysia dan Brunei.

semoga Saudara Amir serta sahabat dari Patani akan selamat tiba di Surabaya dan selamat pulang ke tanah air pada 6 julai ini.