Mengintai tirai kamar “berita harian online”, ruangan AGAMA bertarikh 19 Julai 2010 membuatkan saya terkesima seketika dengan artikel yang disediakan oleh Saudari Hasliza Hassan. Internet!!Internet & Internet!! Serangan virus hiburan makin merebak sehingga mula menular masuk ke jiwa anak-anak kecil. “Solution” yang diputuskan oleh ibu bapa menyediakan perkhidmatan internet bagi mengawal aktiviti anak-anak di luar rumah bukanlah penyelesaian yang terbaik! Ibu bapa pergi kerja, anak-anak mula “play online”. Inilah “playground” baru untuk mereka.
Tidak dapat disangkal,bila digunakan dengan baik, teknologi Internet tentu berdampak positif. Seseorang dapat mencari informasi yang ingin diketahui dengan mudah. Hanya menekan “clicks”, dunia anda boleh berubah. Namun, hal positif dari Internet ternyata dapat memberi kesan yang buruk bila mana digunakan secara sonsang. Ramai anak yang ketagihan atau kecanduan Internet sehingga mereka sanggup bersengkang mata di depan komputer sehingga lupa akan kewajiban mereka yang lebih penting untuk makan, mandi, solat bahkan enggan untuk belajar. Salah satu faktor seorang anak begitu menyukai Internet kerana mereka mendapat satu pengalaman baru dan mereka berasa begitu puas. Atau mereka mendapat sesuatu dari dunia maya ini yang tidak boleh didapatkan di dunia nyata. Di dunia maya dia boleh menjadi orang lain yang diinginkan. Misalnya, seorang anak yang pemalu dapat dengan mudah berkenalan melalui chating atau e-mail. Dalam game online, mereka dapat membuat karakter mereka menjadi karakter yang cantik, kaya, atau hal lain yang mungkin berbeza dengan kehidupan nyata mereka.
Seiring dengan kemajuan teknologi, penggunaan internet semakin luas di kalangan masyarakat. Banyak keluarga telah menggunakan jasa langganan Internet, sehingga di dalam rumah, anggota keluarga dapat “access” Internet dengan mudah. Mungkin ibu bapa kini sangat gelisah memikirkan “ketinggalan” dunia teknologi dalam usia anak-anak yang makin dewasa. Tapi adakah perlu MENURUT tanpa MENILAI?? Semakin maju dunia, semakin “advance” teknologi sehingga kan kanak-kanak yang berusia 7-8 tahun sudah pandai mengumpul wang saku sekolah semata-mata untuk bermain game di pusat-pusat hiburan. Larangan terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah memasuki Cyber Café hanya tertaip di atas kertas untuk memenuhi ruangan kosong di pintu masuk utama. “MANA UNDANG-UNDANG NEGARA DEMOKRASI??” Mencegah lebih baik dari MERAWAT..Perumpaan yang begitu serasi dengan masyarakat kita.
Dipetik dari kenyataan yang dibuat oleh penulis : Kajian Norton Online Family Report 2010 berdasarkan penyelidikan oleh firma bebas mewakili Symantec Corporation. Penyelidikan secara online itu membabitkan 452 dewasa berusia 18 tahun ke atas (terdiri daripada 101 ibu bapa kepada anak berumur 10 hingga 17 tahun) dan 110 remaja antara 10 hingga 17 tahun yang meluangkan masa satu jam seminggu melayari internet. Hasil penyelidikan itu mendedahkan 87 peratus kanak-kanak melalui pengalaman negatif yang memberi kesan kepada mereka termasuk memuat turun virus dan melihat aksi keganasan serta gambar bogel. Jangan hairan jika anak anda dah pandai menutur perkataan-perkatan lucah di rumah.
Perkara remeh jangan dianggap mudah.Teringat pesan cikgu dulu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh mulakan “ serang hendap” terhadap aktiviti “online” anak-anak anda. Untuk perkhidmatan keselamatan internet , sila layari NORTON ONLINE FAMILY. Perkhidmatan ini dapat “detect” web-web yang tak sepatutnya dilayari oleh kanak-kanak sehinggalah mendapat bimbingan dari ibu bapa. Andai perlu memasang “CCTV” , apa salahnya jika itu yang terbaik untuk masa depan anak-anak anda! ANAK-ANAK ANUGERAH YANG TERNILAI!
NUKILAN DARI: SITI NURBAYA RAMLI
No comments:
Post a Comment