Sunday, July 25, 2010

Diari Musafir UNGGAS

tepat pukul 3pm penulis selamat tiba di perhentian Duta Kuala Lumpur. sambil menanti Ust Halim, penulis dan Ust Din memerhati keletah warga masyarakat KL yang bgitu pelbagai. namun seorang wanita menarik perhatian kami untuk dikaji (bahasa aktivis). kelihatan amat serius dan tanpa sebarang senyum walaupun suaminya (kata ust Din) disamping lebar bibirnya menghadiahkan senyuman sambil menyuakan tangan untuk disalami dan dicium oleh si isteri.

ust mengulas "selalunya suami yang banyak bersabar dalam hal rumah tangga. cuba tengok wanita tadi sepatutnya dia la yang menyuakan tangan dahulu untuk menyalami suaminya. ini tidak suami yang terhegeh-hegeh. si isteri salam macam nak tak nak je"

halusnya otakku berputar dengan ulasan ust. dalaman penulis bermonolog sendiri "yea ke gitu?" "emmm ala tidak la menjadi kudis pun kalau kadang-kadang suami beralah kan."

20 minit menanti Ust Halim tiba dan lansung menghantar penulis ke Rumah Sinar Salam. tidak pernah penulis membayangkan akan tidur sekatil dengan wanita yang dijangkiti HIV+, Wanita yang ketagih dadah, hubungan luar nikah sehingga terdapat 5 kanak-kanak berada di rumah tersebut ketika penulis tiba.

namun ini satu lagi episod perjalanan hidup penulis yang mengajar erti hidup sebenar. baru 2 jam sebumbung dengan mereka pelbagai perasaan menyusup masuk ke dalam diriku. setiap penghuni begitu misteri bagiku. dengan usia mereka yang pelbagai namun tetap membiasakan diri mereka memanggil penulis dengan panggilan 'kakak' ah! terasa kematangan pada fizikal.

malam ini penulis akan cuba menelusuri kisah hidup beberapa penghuni. penulis juga amat kagum dengan ketekalan kak Afirida yang sinonim dengan panggilan 'ibu' dalam kalangan pelatih. kecekalannya wajar diangkat sebagai ikon wanita Malaysia. khidmatnya dengan golongan minoriti lagi terpinggir sangat mengujakan untuk dikongsi kepada umum. UNGGAS Penang bertuah dapat menjalinkan silaturahmi denga Rumah Sinar Salam. semoga ada Sinar untuk mereka.

No comments:

Post a Comment