Monday, July 5, 2010

LAPORAN KAJIAN SUSULAN JULAI

UNGGAS PENANG sekali lagi berjaya menggerakkan aktiviti turun lapangan bulan Julai, sesuai dengan jadual turun lapangan yakni hujung minggu pertama setiap bulan. dan bulan Julai minggu pertama jatuh pada 3 Julai.

kali ini, Aktivis UNGGAS turun ke lapangan bertujuan untuk melakukan kajian susulan dari Latihan LANDAS jun lepas. Dengan dibantu oleh Aktivis Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (USM), Warden RAUDAH, juga Koordinator ABABIL. kali ini, kajian diketuai oleh S/U UNGGAS.

kawasan yang menjadi sasaran aktivis adalah Megamall dan Summit Bukit Mertajam. ketika berada di Megamall, kami telah membuat keputusan untuk meninjau tingkat 3 Megamall. tujuan kami adalah mencari kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak keselamatan (Security) Megamall dan orang awam, yang mengatakan tingkat 3 kompleks membeli belah ini merupakan tumpuan golongan remaja melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menghidu gam, minum arak, dan melakukan maksiat.

semasa tinjauan kami di tingkat 3, kami telah terserempak dengan beberapa pasangan yang kami percaya merupakan pasangan kekasih berlandaskan cara pemakian dan purata usia yang masih remaja. ada juga pasangan yang duduk di kawasan tangga kerana kawasan itu terselindung dan sunyi dari dilalui orang ramai. selain golongan remaja.

kami juga menemui banyak kesan-kesan contengan yang kami percaya dilukis selepas melakukan hubungan seks.





turut ditemui puntung rokok beratus-ratus batang di setiap tangga keluar tingkat 3, juga tin-tin arak seperti jenama Tiger.



selepas itu, kami sekali lagi memanjat tangga ke tingkat 4 untuk melihat sekitar Panggung Wayang Bergambar (PAWAGAM), dan pusat 'video games'. hasil pemerhatian kami, terdapat ramai kumpulan remaja lelaki perempuan yang berpenampilan mengikut trend-trend fesyen seperti PUNK dan SKINHEAD. kami juga terserempak kumpulan kanak-kanak lelaki yang berusia sekitar 10 dan 11 tahun. berpakaian ala-ala indie dengan seluar ketat dan baju berwarna hitam serta rambut ala trojan.



pada ketika ini, timbul persoalan di benak kami, dari mana fesyen-fesyen baju dan seluar ini mereka perolehi? kemudian kami mengambil keputusan untuk masuk ke kedai-kedai menjual pakaian. dan kami dapati terdapat beberapa kedai pakaian yang menjual pakaian pelbagai trend khusus untuk remaja. contohnya tulisan pada t-shirt ini





mungkin para pembaca tidak terlalu terkesan dengan apa yang kami paparkan kerana sudah sering membaca didada-dada akhbar mengenai isu ini, namun sedarlah bahawa permasalahan ini sebenarnya sangat mendalam dan begitu kronik. permasalahan sosial ini melibatkan pelbagai isu datang dengan pakej yang lengkap. fesyen, muzik, kapitalisme, liberal, dan banyak lagi pakej-pakej. sebagai contoh golongan remaja berhaluan SKINHEAD, mempunyai muzik tersendiri seperti SKA OI, ada fesyen pakaian tersendiri, berambut botak, dan fahaman sonsang. ini adalah pakej bagi golongan SKINHEAD. hasil dari subbudaya yang ada ini, maka terhasil isu lain, seks bebas kerana dalama fahaman mereka, gadis perlu mengorbankan kesucian, maka timbul pula isu mengandung luar nikah, kemudia buang bayi. belum lagi kita telusuri perkaitan subkultur dan aqidah.

nah! para pembaca, ini sebenarnya tujuan UNGGAS berkongsi maklumat yang ada, kepada para pembaca. supaya masyarakat dapat terdidik mengenai isu ini dan menjadikannya sebagai antibody.

P/S: nantikan laporan di SUMMIT BUKIT MERTAJAM pada edisi pendidikan awam akan datang.

No comments:

Post a Comment