Pada 16, 18 dan 19 Febuari 2012 yang lalu, telah berlangsung 1 program yang dinamakan Kem Semarak Kasih. Kem ini adalah hasil kerjasama antara pihak UNGGAS dan Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS-USM). Sekolah Menengah Kebangsaan Saint George Balik Pulau Pulau Pinang telah terpilih untuk menjadi perintis program ini. sekalung penghargaan buat pihak sekolah kerana sudi menerima kedatangan dan tawaran daripada pihak UNGGAS. Program Semarak Kasih ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama Pendidikan Awam Isu Sosial yang telah dilangsungkan di Dewan Terbuka SMK St George Balik Pulau dan bahagian kedua pula adalah Kem Semarak Kasih yang diadakan di Pusat Latihan RAUDHAH Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga
lima telah mengikuti bahagian pertama program ini iaitu Pendidikan Awam
Isu Sosial. Pelajar adalah terdiri dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan daripada berbilang bangsa dan agama. Antara pengisian yang terdapat pada bahagian ini ialah slot
ceramah dan latihan dalam kumpulan.
Menyedari
kepentingan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam masyarakat yang kini hebat
dilanda konflik identiti, kami mengumumkan pelancaran penubuhan Gerakan Menutup
Aurat yang terdiri daripada gabungan 10 NGO Islam di Pulau Pinang. Diharapkan
dengan usaha yang bersepadu ini, dapat menarik minat masyarakat umum untuk
lebih mengenali cara hidup Islam secara syumul khususnya dalam aspek menjaga
aurat dan pergaulan. Dengan ini, 14 Februari setiap tahun akan dijadikan Hari
Kempen Menutup Aurat Antarabagsa dengan disertai oleh NGO bersekutu kami di
Indonesia, Thailand, Hong Kong, England, Macau.
Pemilihan 14 Februari sebagai Hari Kempen Menutup Aurat ini adalah berdasarkan
fakta meningkatnya pergaulan bebas dikalangan belia dan juga sebagai simbolik
menentang ekspliotasi komersial terhadap kerosakan akhlak belia muslim. Hari
ini, telah dijadikan modal promosi untuk melariskan perkhidmatan dan produk
para peniaga menerusi iklan-iklan yang menggalakkan pergaulan bebas dan cinta
tanpa batasan syariah.
NGO anjur gerakan tutup aurat Oleh Faridzwan Abdul Ghafar 2012/02/10
GEORGETOWN: Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan kariah
masjid di Pulau Pinang akan menganjurkan Gerakan Menutup Aurat
Antarabangsa (GEMAR) bagi menggalakkan umat Islam menutup aurat serta
menangani gejala maksiat yang kerap berlaku pada Hari Valentine.
Antara NGO dan kariah masjid yang mengambil bahagian ialah Pertubuhan
Menangani Gejala Sosial Malaysia, IKRAM Pulau Pinang, NISA' Pulau
Pinang, Kelab Remaja Lestari, Ikatan Persaudaraan Muslimah Pulau Pinang
(SALIMAH), Aktivis Pengupayaan Insan (API), Komuniti Suara Kehidupan dan
Kariah Masjid At Taqwa Bertam.
Majlis pelancaran akan berlangsung di Masjid At Taqwa, Bertam dan
akan dihadiri oleh barisan kepemimpinan NGO Islam yang bergerak aktif di
sekitar wilayah utara tanah air.
Setiausaha Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia, Asti Toba,
berkata GEMAR yang digerakkan pada 2009 bertujuan menyedarkan umat Islam
mengenai keperluan menjaga aurat dan membantah sambutan Hari Valentine
di kalangan golongan muda Islam.
Kira-kira 200 aktivis Islam
akan turun ke Pantai Jerejak berdekatan Queensbay Mall, Bayan Baru dan
Hentian Rehat Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth, esok dan Ahad
ini, manakala kemuncak acaranya adalah pada Selasa ini.
“Antara acara yang dilangsungkan oleh aktivis Islam akan mengedarkan
tudung percuma kepada masyarakat Islam dan mengedarkan risalah supaya
menutup aurat," katanya di sini, semalam.
Asti berkata, GEMAR
adalah platform terbaik untuk ahli NGO, pelajar universiti dan
segelintir individu Melayu-Islam di negara ini yang prihatin dengan
masalah gejala maksiat yang kerap dikaitkan dengan Hari Valentine.
Katanya, golongan itu akan menggunakan peluang untuk mendekati
umat Islam sambil menyampaikan mesej dakwah kepada pengunjung kedua-dua
tempat tumpuan muda mudi itu.
“Tinjauan kami mendapati Pantai
Jerejak dan Hentian Rehat Pantai Bersih sering menjadi tumpuan umat
Islam terutama remaja untuk menghabiskan waktu, dan pemandangan lelaki
dan perempuan berdua-duaan adalah biasa di kawasan itu,” katanya.
Sementara itu, di KOTA BHARU, BERNAMA melaporkan kerajaan PAS
Kelantan bercadang menggantikan Hari Valentine kepada sambutan Hari
Suami Isteri sebagai acara tahunan.
Menteri Besar Datuk Nik
Aziz Nik Mat, berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja
dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari
Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.
“Untuk
masa akan datang, kita bersetuju untuk menukar Hari Valentine kepada
sambutan Hari Suami Isteri setiap tahun,” katanya selepas merasmikan
Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah Negeri
Kelantan di sini, semalam.
Ruj. Kami : UNGGAS/GEMAR/01
Tarikh 8 Februari
2012
Ruj. Tuan :
Kepada,
Sesiapa
yang berkenaan
Tuan/Puan,
KEMPEN 14 FEBRUARI
: HARI MENUTUP AURAT ANTARABANGSA .
Dengan segala
hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2. Berhubung
dengan perkara di atas, Kempen Hari Menutup Aurat Antarabangsa (GEMAR)
merupakan kempen kesedaran tentang aurat yang dijalankan di seluruh dunia pada
setiap 14 Februari. Kempen ini
bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kewajipan menutup aurat.
3. Dengan ini, pihak kami ingin
menjemput orang ramai untuk bersama-sama dalam menjalankan kempen ini pada :
TARIKH
TEMPAT
MASA
11/02/2012
R&R Pantai Bersih,Butterworth.
8.00mlm
– 10mlm
12/02/2012
Pantai
Jerjak Queensbay,Penang
5.00ptg
– 8mlm
14/02/2012
Pelancaran
& Forum Gerakan Menutup Aurat Sedunia
9.00mlm-11.00mlm
4.
Berikut adalah senarai NGO yang terlibat di dalam kempen ini:
·UNGGAS (Pertubuhan Menangani Masalah
Sosial Malaysia)
·Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
·Persatuan Persaudaraan Muslimah
(SALIMAH)
·ISMA Pulau Pinang
·NISA’ Pulau Pinang
·Kelab Remaja Lestari
·Komuniti Suara Kehidupan
·Aktivis Pengupayaan Insan (API)
·Qaryah Masjid At-Taqwa Bertam
Kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,Wassalam.
Yang menjalankan Tugas,
Koordinator Operasi Sayangi remaja
Asti Toba (Setiausaha Agung Pertubuhan Menangani Gejalan
Sosial Malaysia)
kedua-dua panduan ini bakal membantu anda semasa berada di lapangan. Panduan ini adalah hasil dari pengalaman sebenar aktivis ketika berada di lapangan. apabila anda mengamalkan panduan ini semasa berada di lapangan, anda pasti akan mendapat respon yang memberansangkan.
Salam berikut bahan-bahan yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk mengerakkan kempen ini dikawasan masing-masing. bahan-bahan di bawah adalah percuma dan boleh di 'copy' sebanyka-banyaknya, boleh dikongsi sebanyak-banyaknya... Kempen ini adalah hak milik semua Individu, Kumpulan, Komuniti dan Masyarakat Muslim yang sayang dengan Islam....
"Diberinya
gelaran yang buruk kepada perempuan itu, dinamainya 'sampah
masyarakat', dinamainya 'bunga mengandungi racun', 'kupu-kupu malam' dan
lain-lain nama yang hina dan buruk. Padahal dia sendiri yang menyuruh
mereka sesat ke dalam lembah itu".